Kunjungan Angela Merkel di kem tahanan Dachau merupakan simbolisme yang sangat besar. Beliau bertemu dengan Abba Naor, seorang Yahudi berusia 85 tahun yang kehilangan ibu dan abangnya (yang berusia lima tahun) bersertakan beberapa ahli keluarga. Mangsa-mangsa berkenaan merupakan antara 41,000 orang yang lain – semuanya menjadi k0rban kezaliman Jerman sendiri. Dan Jerman semasa itu turut mempunyai ribuan kem-kem lain, seperti di Auchw1tz, Belzec, Chlemno, Majdenik, Sobibor dan Treblinka.
Sasaran mereka ialah golongan yang tidak cukup Jerman, terutamanya Yahudi. Sebelum Perang Dunia Kedua meletus, Eropah mempunyai 9.5 juta Yahudi. Oleh kerana kebencian seorang penguasa rakus, hanya 3.5 juta sahaja dianggarkan hidup selepas Peristiwa dilaksanakan. Dua juta dari mereka menetap di Kesatuan Soviet. 1.1 juta dari enam juta yang dilenyapkan merupakan kanak-kanak Yahudi. Mangsa homoseksual pula dianggarkan antara 3,000-9,000 orang.
Malah Jerman juga menghilangkan orang-orang kelainan upaya mental dan fizikal sekitar 200,000 orang. Bangsa Gypsy pun disasarkan juga yang mungkin 500,000 orang dihilangkan.
Memang abad ke-20 mempunyai lembaran-lembaran sejarah hitam yang tidak terjangkau dek akal. Oleh kerana adanya penguasa-penguasa zalim, generasi ketika itu pun digelar antara yang paling tabah. Sejumlah 11 juta dijadikan mangsa, 6 juta dalam kalangan angka tersebut ialah Yahudi. Untuk meletakkan perspektif, jumlah tersebut andai kata dilakukan terhadap rakyat Malaysia akan melenyapkan hampir semua golongan dewasa.
Kalau dilihat dari satu lagi perspektif, bangsa Yahudi jelas sekali diberikan fokus media berlebihan. Ini kerana impak sosial mereka terima sebenarnya jauh lebih teruk. Dengan satu peristiwa ini sahaja, sebanyak dua pertiga daripada Yahudi lenyap dari muka bumi ini. Sungguhpun begitu, Peristiwa ini tetap dijadikan persoalan. Apakah benar ia berlaku? Jawapan paling ringkas ialah “YA”. Meskipun dipertikaikan, terdapat pelbagai bukti yang menokhtahkan bahawa Peristiwa benar-benar berlaku. Dan pelakunya iaitu Ad0lf H1tler merupakan pembvnvh paling kejam, setanding dan sedarjat dengan J0seph St4lin dan beberapa penguasa zalim kontemporari sekitar itu.
Namun seperti pendaratan Bulan, Peristiwa pun turut mempunyai para penafinya. Golongan ini digelar “h0l0caust deniers” yang menjulang salah satu (atau dua, atau semua) dari tiga falasi utama:
- Jerman hanya menghalau Yahudi dari Alam Jerman tanpa menumpahkan setitis d4r4h pun;
- Penguasa-penguasa Jerman tidak menggunakan kem atau bilik gas. Sebarang penganiayaan terhadap Yahudi tidak benar.
- Populasi Yahudi yang dibvnvh tidaklah seramai dikatakan, iaitu 5-6 juta. Hanya 10% sahaja dikenakan Perbuatan, kerana Yahudi tidak ramai pun pada zaman itu.
Satu pun dari tiga hujah ini TIDAK BENAR dan merupakan pili kepada perairan rasisme yang kenyataan sebegitu diharamkan dalam beberapa negara Eropah dan Israel. Dalam skop antarabangsa, penafian ini banyak dijulang negara-negara Timur Tengah seperti Iran misalnya.
Seberapa Ramai Yahudi Yang Dibvnvh
Jujurnya topik ini tidak relevan pun. Kerana jika satu nyawa melayang, sudahpun cukup dikira sebagai jenayah. Tetapi untuk membetulkan keadaan, topik ini perlulah diulas: dari mana datangnya angka enam juta? Angka ini buat julung kalinya disebut oleh Dr. Wilhelm Hoettl yang merupakan seorang sejarawan terlatih kelahiran Austria dalam perkhidmatan SS. Pada November 1945, beliau mengaku dalam perbicaraan Nuremberg sebagai penjenayah per4ng. Sekali lagi beliau menyebut angka tersebut semasa Adolf Eichmann dibicarakan pada 1961.
Sebuah pusat kajian Peristiwa di Israel turut memetik dari Eichman dengan jangkaan bahawa 5-6 juta orang dijadikan mangsa. Angka ini dicapai berdasarkan data bancian pra-peperangan yang mana Jerman menyimpan rekod-rekod terperinci mengenai pengusiran, operasi gas dan lain-lain lagi. Seorang pengkaji bernama Raul Hilberg pula meletakkan bahawa 5.1 juta orang menjadi mangsa dengan pembentangan rapi dalam buku The D3struction of the European Jews.
Buku The W4R Against The Jews pula menggunakan rekod kelahiran dan kem4tian pra-peperangan untuk menyimpulkan angka 5.934 juta. Sarjana German bernama Wolfgang Benz pula meletakkan antara 5.3-6.2 juta. Senang kata masing-masing menggunakan teknik tersendiri untuk mencapai angka 6 juta.
Maka tentu sekali, usaha-usaha kental mereka untuk mendapatkan kesimpulan tidak sama sekali boleh disisihkan dengan sangkalan daif.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih