Manusia gergasi dalam cerita rakyat bukanlah suatu tradisi turun-temurun yang terpencil, suku-suku asli Amerika Utara seperti Iroquois, Osage, Tuscaroras, Hurons, Omahas, dan banyak lagi pernah mendakwa kewujudan bangsa gergasi yang hidup di tanah nenek-moyang mereka.
Lebih 1,000 rekod tentang tulang rangka tinggi tujuh kaki lebih dilaporkan telah digali dari tapak perkuburan purba dalam tempoh dua ratus tahun di Amerika Utara.
Laporan akhbar, catatan sejarah tempatan, jurnal saintifik, gambar dan laporan etnologi Smithsonian telah mendokumentasikan perkara ini dengan teliti. Rangka ini telah dilaporkan mempunyai bentuk anatomi yang aneh seperti barisan gigi yang berganda, tulang rahang yang sangat besar dan tengkorak memanjang.
Saintis Smithsonian mengenal pasti sekurang-kurangnya 17 rangka memiliki panjang(kedudukan masa dibaringkan) lebih daripada tujuh kaki, termasuk satu contoh rangka yang tingginya 8 kaki, purata tengkorak manusia biasa adalah kira-kira 20 inci lilitan namun tengkorak ini lebih besar dengan lilitan 36 inci yang dijumpai di Anna, Illinois pada 1873. keunikan penemuan ini dari segi saiz mereka yang agak ‘mindblown’.
Beaver Lake, Ozark Caves, Arkansas, 1913 –10 kaki
Catatan dari sebuah Gua Ozark di Arkansas ini pertama kali dilaporkan dalam Majalah The New Age (Jilid 18, 1913). Semasa sesi penggambaran Search for the Lost Giants, lokasi gua Ozark itu dalam siasatan oleh pakar dan pelbagai agensi yang terlibat. Sebenarnya Gua Ozark ketika itu ditenggelami air akibat kesan daripada tasik buatan Beaver Lake dan empangan.
Bill Vieira dan penyelam skuba profesional Mike Young ditugaskan menyelam ke dalam tasik dan mereka menemui sebuah gua besar yang dipercayai menjadi tapak penemuan rangka gergasi. Walaupun dinding batu setinggi 70 kaki ditemui di pintu masuk gua, ini menunjukkan kemungkinan ia pernah menjadi penempatan manusia. Teks dari artikel asal berbunyi seperti berikut:
“Walaupun ciri-ciri sejarah Ozarks menarik perhatian kami, setakat ini penemuan yang paling menarik ialah penemuan yang dibuat oleh seorang pertapa dan naturalis, selama sepuluh tahun beliau tinggal di sebuah gua perlindungan berhampiran tempat kami berkhemah. Pada kedalaman lebih daripada tiga kaki dia(Riggins/pertapa) menemui beberapa rangka mayat manusia gergasi, termasuk tengkorak yang hampir sempurna bentuknya. Apabila sebahagiannya dicantumkan, didapati rangka mayat tersebut adalah hampir sepuluh kaki tinggi. Riggins menunjukkan kepada kami ukiran hieroglif pada pagar kayu Palisades yang dianggarkan berusia ribuan tahun.”
Lompock Rancho, California, 1819 –12 kaki
Laporan Mengenai Penemuan Rangka Setinggi 18 kaki
Seorang lelaki bernama Hugh telah menyiasat laporan terkenal ini pada November 2008, dengan melawat kawasan ladang tempat ia ditemui.
Pada tahun 1819 seorang wanita tua mendakwa melihat rangka gergasi yang digali oleh askar di Purisima Lompock Rancho. Suku asli menganggapnya sebagai tuhan, dan ia ditanam semula dengan arahan Paderi.
Laporan ringkas ini muncul semula dengan rangkaian butiran yang lebih luas pada tahun 1833. Ceritanya begini, tentera di Purisima menggali lubang untuk tujuan tertentu, mereka pun melepasi lapisan batu kerikil dan menemui keranda sepanjang 12 kaki.
Rangka gergasi setinggi kira-kira dua belas kaki ditemui di dalamnya. Kubur itu dikelilingi oleh kapak batu besar, dua lembing dan batuan yang menutupi rangka mayat ini.
Mereka dapati manusia gergasi ini ada dua baris gigi, kedua-dua atas dan bawah. Pihak askar yang terlibat pun berunding dengan suku asli tempatan, namun mereka didesak untuk berpindah ke kawasan Lembah Ohio. Apabila orang asli mula melampirkan beberapa kepentingan agama pada penemuan itu, pihak berkuasa mengarahkan rangka dan semua artifak itu ditanam semula secara rahsia.
Namun begitu, Tiada maklumat lanjut tersedia jadi adalah mustahil untuk mengesahkan maklumat ini, tetapi banyak rangka lain setinggi ini telah dilaporkan dalam akhbar The New York Times.
Dua lagi contoh penemuan rangka 12 kaki dilaporkan di Jeffersonville, Kentucky ( The New York Times , 22 Mei 1871) dan Barnard, Missouri ( The Providence Evening Press , 13 September 1883). Tambahan pula, penemuan 13 kaki dikatakan telah digali di Janesville, Wisconsin ( The Public Ledger , 25 Ogos 1870) dan juga tulang yang dianggarkan setinggi 14 kaki di Etowah Mounds ( The New York Times , 5 April, 1886). Ini semua adalah di luar julat normal untuk manusia normal tetapi perlu diperhatikan di sini kerana saiz yang besar ini muncul berulang kali dalam akhbar yang dipercayai dan dihormati.
Pemilihan catatan kecil ini membuatkan kita menyedari mungkin terdapat beberapa kebenaran pada laporan ini walaupun tidak semua dapatan tersebut tulen dan boleh diragui kesahihannya.
Kisah asal-usul gergasi Amerika Utara diselubungi misteri, tetapi ada yang percaya bahawa mereka terlibat dalam budaya Mound yang hebat di Barat Tengah, kerana makam diraja yang dilaporkan sangat besar dijumpai di dalamnya. Terdapat banyak legenda suku Asli yang menempatkan cerita kaum gergasi dalam era Megafauna (mammoth, mastodon) sekitar 13,000 tahun dahulu.
Terdapat berpuluh-puluh sejarah lisan yang menghormati mereka(orang gergasi) sebagai tuhan, dan kadang-kadang dalam bentuk pahlawan kanibal yang menakutkan. Peperangan besar dikatakan telah berlaku di antara manusia gergasi ini.
Saksi langsung yang melihat gergasi ini turut dilaporkan oleh penjelajah Inggeris, Sepanyol dan juga beberapa presiden Amerika awal. Ahli mistik seperti Edgar Cayce, Rudolph Steiner, Madame Blavatsky, serta Rosicrucians dan Freemason menganggap manusia gergasi sebagai realiti.
Asal usul gergasi Amerika Utara diperdebatkan dengan hangat oleh penyelidik, ahli akademik dan individu yang skeptik.
kini terdapat data yang mencukupi untuk memulakan penyelidikan serius ke dalam subjek itu. Terdapat juga bukti kukuh bahawa gergasi itu mungkin berasal dari benua Amerika.
Beratus-ratus mitos asli Amerika dan sejarah lisan menyentuh hal ini, Satu contoh boleh didapati dalam tulisan Tuscarora Indian David Cusick dalam bukunya Six Nations (1825). Dia menyatakan bahawa apabila Roh Agung(tuhan?) mencipta manusia, sebahagian daripada mereka menjadi gergasi.
Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tidak mempercayai makhluk gergasi, sebaliknya memperlekeh idea itu sebagai mitos. mengatakan itu semua hanya cerita rakyat yang dicampur aduk dan disensasikan oleh wartawan akhbar.
Jawapannya ya dan tidak. terdapat banyak bukti dalam mitologi Orang Asli Amerika, data genetik, kajian etnologi, laporan saintifik, rekod penggalian awal, catatan tangan pertama dan penemuan yang dipaparkan dalam akhbar dan buku sejarah tempatan memberikan pandangan sebaliknya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih