Tulisan Jawi merupakan suatu sistem tulisan dalam persuratan bahasa Melayu yang digunakan secara meluas menggantikan sistem tulisan Rencong,pasca kedatangan Islam di Nusantara.Di adaptasikan dari aksara Arab,yang dikenali sebagai Huruf Al-,Hijaiyyah, tulisan Jawi juga mengalami berberapa evolusi dalam memantapkan penggunaanya di samping menyeragamkan penulisannya.

Pada mulanya tulisan Jawi ditulis dengan mengikut kaedah ejaan Bahasa Arab yang menggunakan kaedah Nahu dan Sarf bagi membunyikan huruf-huruf tertentu bagi membolehkan perkataan tersebut dibaca dan menghasilkan maksud.

Boleh dikatakan,pada peringkat awal tulisan Jawi,ia ditulis dengan kaedah transliterasi bunyi perkataan dengan tulisan aksara Arab.Justeru kita akan menemukan berberapa perkataan Jawi lama yang bersifat Homograf, iaitu mempunyai ejaan yang sama tetapi berbeza pada penyebutan dan maksud.

Misalnya perkataan

كمبڠ

Boleh dibaca sebagai Kembang,Kumbang,Kambing atau Kembung.

Penentuan fonetik bagi sebutan tulisan Jawi lama yang bersifat homograf ini kebiasaannya dibuat dengan melihat kepada konteks pengucapan keseluruhan ayat.Walaubagaimanapun terjadi juga kekeliruan dalam bacaan sesetengah perkataan yang homograf maka sesetengah perkataan diberikan ejaan yang baru dengan penambahan huruf-huruf vokal bagi memastikan ejaannya lebih mudah dibaca.Tambahan pula terdapatnya campuran beberapa perkataan dialek Banjar,Pattani dan seberapa etnik rumpun Nusantara yang lain dalam teks-teks klasik Melayu.

Maka wujud usaha-usaha memurnikan serta menyeragamkan ejaan dalam penulisan Jawi oleh para cendikiawan Melayu seperti Pendeta Za’ba yang telah menerbitkan sebuah Daftar Ejaan yang dinamakan Daftar Ejaan Melayu Za’aba pada tahun 1939 yang telah memperkenalkan beberapa panduan dan hukum dalam menetapkan ejaan Jawi.

Usaha ini telah diperkembangkan lagi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan penerbitan “Pedoman Ejaan Jawi Yang Telah Disempurnakan” pada tahun 1986 yang mengambil idea asal Pendeta Za’aba serta memperkenalkan beberapa penambahan panduan ejaan.Seterusnya pada ataupun 1988 pihak DBP telah menerbitkan Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang terkini yang menyeragamkan kesemua ejaan Jawi yang dikenal sebagai Jawi Baharu.

Antara pembaharuan yang diperkenalkan dalam sistem ejaan tulisan Jawi sepanjang proses evolusinya ialah:

1)Penambahan aksara konsonan sepunya dari tulisan Urdu dan Parsi iaitu:

Pa (ڤ ), Cha (ج ), dan Nya (ڽ )

2)Penambahan aksara konsonan terbitan sebagai transliterasi bergerak aksara latin, iaitu:

Ga (ڬ), Nga(ڠ ) dan Va (ۏ )

3) Hukum Deranglu

-Deranglu adalah gabungan huruf Dal ( د), Ra (ر) Nga (ڠ) Lam (ل) dan Waw( و ).Ia bagi menetapkan penambahan huruf-huruf Alif pada ejaan suku kata terbuka yang berakhir dengan huruf-huruf tersebut.

4) Hukum Ka-Ga

-Bagi menentukan suku kata berakhiran huruf Kaf atau Ga perlu dieja dengan tambahan huruf Alif atau tidak

5)Hukum Ra-Ma

-Bagi menetapkan perkataan berakhiran dengan suku kara ra+ma dieja dengan tambahan huruf Alif selepas huruf Ra dan Mim

6) Hukum A-Ha

-Khusus bagi perkatan dengan awalan huruf Ha yang terbina dari tiga suku kata maka huruf Ha dieja tanpa kehadiran huruf Alif

7) Hukum Ha Kedua

-Bagi menetapkan perkataan yang mengandungi huruf Ha di bahagian tengah suku kata penyambung dieja dengan kehadiran huruf Alif atau tidak.

Demikianlah secara ringkas bagaimana tulisan Jawi mengalami suatu proses evolusi yang menjadikannya lebih versatil,tersusun serta lebih mudah dipelajari.Oleh yang demikian tidak wajar sekiranya tulisan Jawi dipinggirkan dan dianggap tidak relevan sedangkan masih banyak usaha-usaha yang boleh dijalankan bagi menambah baik sistem ejaan khususnya bagi berhadapan dengan istilah-istilah pinjaman serta kata terbitan yang moden yang diasimilasikan dalam Bahasa Melayu pada hari ini.

Ingatlah bahawa keruntuhan sesebuah bangsa bermula dengan pengabaian sistem tulisannya sehingga akan menjadikan sistem bahasa pertuturannya juga akan terkesan sehingga akhirnya bahasa itu juga akan pupus seperti bahasa-bahasa purba yang lain.

Rujukan:

Dewan Bahasa dan Pustaka (1999) Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Matlob (2007) Pandai Jawi, Cerdik Publications Sdn. Bhd


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.