Sekitar 2,400 tahun dahulu, Athens mempunyai seorang penghibur yang tersohor bernama Aristophanes. Walaupun dia tiada kaitan langsung dengan industri pertahanan Tamadun Yunani ketika itu.

Namun beliau pernah meriwayatkan satu kata petikan yang masih relevan sehingga hari ini: “Kota-kota bertamadun belajar daripada musuh, bukan sekutu sebenarnya, tentang kepentingan membina benteng tinggi dan kapal p3rang.”

Senj4ta moden sekarang ini pun dibuat berdasarkan pengalaman dalam pep3rangan.

Sekitar tahun 1941 hingga 1945, banyak negara berlumba-lumba untuk membvnuh orang. Tiada apa yang masuk akal dalam tempoh itu. Untuk mematahkan s3rangan Kesatuan Soviet, dua senj4ta digunakan oleh tentera Jerman.

Flakzielgerät 76 (V-1) dan Vergeltungswaffe-2 (V-2) tidak boleh disamakan dengan sistem misil lebih moden pada zaman sekarang.

Namun kedua-dua misil ini ialah kelengkapan sangat canggih pada zaman itu. Malah Jerman juga menggunakan b0m penindik besi (armor-pi3rcing b0mb) khas untuk kapal dan kubu.

Kekalahan dalam P3rang Dunia Kedua mengakhiri peranan Jerman dalam dominasi senj4ta.

Amerika Syarikat pula diabadikan sebagai negara termasyhur berkaitan persenj4taan. Apa-apa saja berkaitan ket3nteraan mesti pasal Amerika, mungkin atas pengaruh besar dalam dunia perfileman pun.

Hubungan baik bersama Amerika Syarikat juga menjadi manfaat besar untuk Israel. Sebuah misil bernama AGM-142 Hav Nap dibangunkan semata-mata untuk meny3rang musuh dalam gua seperti di Afghanistan (Rayment, 2001).

Semakin lama, sistem m1sil pun dimajukan lagi ke arah satu matlamat yang diimpikan semua pemain industri.

Sekitar zaman 1970-an, pengetahuan ringkas tentang m1sil mesti satu perkara yang boleh dikagumi. Dilepaskan dari langit atau kapal, musuh di darat pun boleh berkec4i.

Tetapi 50 tahun kemudian, sekarang ini, sistem m1sil sudah menjadi perkara biasa. Jadi Amerika Syarikat mahu sistem yang lebih canggih.

Mereka tidak menambahkan kandungan b0m, ataupun melebihkan lagi bilangan m1sil. Sebaliknya, mereka menumpukan perhatian pada kelajuan sebuah m1sil.

Dari segi teknologi roket, hipersonik ialah satu perkara biasa untuk mereka. North American X-15 pernah saja membelah langit dengan kelajuan 7,274 km/j pada tahun 1967. Sehingga tahun 2020, rekod ini masih belum ditandingi sesiapa (Haskins, 2017).

Enam kali ganda lebih laju daripada bunyi, entahnya sekali kelip mata X-15 pun hilang. Sekarang bayangkan sebuah m1sil dengan kelajuan ini.

Tentu sekali satu mimpi ng3ri bagi musuh. Itulah apa yang Amerika Syarikat sedang buat, iaitu sebuah m1sil hipersonik.

Pihak DARPA melancarkan program MACH untuk mendapatkan rekaan dan pembentangan m1sil sebegini dengan idea dan pelaksanaan yang lengkap. Program ini terbahagi kepada dua rangkuman:

  1. Membangunkan sistem pengurusan haba semasa di udara.
  2. Menyelidik untuk pembangunan bahan hipersonik dengan keupayaan komputer yang tepat.

Jika berjaya, sistem pertahanan ini akan menjadi sebuah revolusi industri. Kos pembikinan pun semestinya akan turun selepas beberapa tahun, membolehkan Amerika buat apa saja dengan pakatan diplomasi sedia ada.

Malah negara-negara pengeluar m1sil juga akan membeli M1sil Hipersonik ini bagi tujuan pemb3dahan.

Dan negara-negara itu pun tentu sekali mampu mengeluarkan jenis tersendiri, terutamanya Israel yang mungkin boleh melengkapkan Iron Dome.

Tidak pelik pun jika m1sil hipersonik dijadikan punca perlumbaan senj4ta seperti zaman dulu. Kiranya siapa dapat dulu akan menang.

Berdasarkan sejarah, Amerika Syarikat tidak mudah ditewaskan dalam apa-apa jua perlumbaan. Jika Soviet lewat tiga minggu, tentu sekali Alan Shepard menjadi orang pertama memasuki angkasa.

Tempat kedua tidak menjadi penghalang untuk pencapaian Amerika yang lain, seperti pendaratan Apollo 11, 12, 14, 15, 16 dan 17.

RUJUKAN:

Haskins, C. (2017, Oktober 7). Why the piloted flight speed record hasn’t been broken in 50 years. Vice. Daripada https://www.vice.com/en_us/article/qvj5vp/piloted-aircraft-flight-speed-record-1967-nasa-air-force-william-knight-x-15

Rayment, S. (2001, Disember 16). ‘Intelligent’ m1ssile used against b1n L4den caves. The Telegraph.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.