Memandangkan drama bersiri Turki bertajuk Etugrul sedang hangat diperkatakan dalam kalangan rakyat Malaysia, maka moleklah waktu seperti ini, kita berbicara mengenai tokoh yang agak misterius dalam sejarah ini. Tidak seperti drama bersiri yang anda tonton di Netflix, kaca TV atau muat turun di internet, betapa kisah Etugrul ini lebih banyak dipenuhi oleh perbahasan para sejarawan mengenai kisah-kisah menyelubungi dirinya kerana rekod-rekod yang bercerita mengenai tokoh ini berusia puluhan, malahan ratusan tahun selepas kematiannya pada tahun 1280.
Adapun, kelahiran Etugrul ini tidak diketahui bila. Kita hanya mengetahui kewujudannya itu benar apabila sebuah syiling yang dihasilkan oleh anakandanya, pengasas Empayar Uthamaniyah iaitu Osman I, yang di mana dalam syiling itu memaparkan bahawa dia merupakan anak kepada Etugrul. Tradisi Turki pula bercerita bahawa dia anak kepada Suleyman Shah, ketua kepada puak Kayi daripada bangsa Turki Orghuz, yang melarikan diri daripada ancaman Monggol dan dari Barat Iran ke Anatolia.
Kononnya ketika itu, Etugrul membawa bersamanya 400 orang pengikut yang memberi khidmat setia kepada Empayar Seljuk. Ini membuatkan Empayar Seljuk ketika itu telah menawarkan kepada Etugrul sebuah wilayah kecil iaitu Sogut yang bertindak sebagai salah sebuah barisan hadapan di sempadan melawan Empayar Byzantine yang merupakan musuh azali Seljuk.
Kiranya kalau ada apa-apa serangan daripada Byzantine, maka mereka harus berhadapan dengan Etugrul dan puaknya. Etugrul mempunyai seorang isteri bernama Halime Hatun yang dipercayai sebagai puteri kepada Sultan Mesud II daripada Kesultanan Seljuk. Daripada perkahwinan mereka, lahirlah Gündüz Alp, Savcı Bey Saru Batu dan Osman I.
Legasi Etugrul yang diingati ialah makamnya yang dibina sendiri oleh Osman I di Sogut. Binaan asal makam tersebut tidak diketahui bentuknya bagaimana kerana peredaran zaman menyaksikan betapa beberapa sultan membina binaan yang baru. Makam yang dilihat hari ini adalah hasil tangan Sultan Abdul Hamed II, dalam mengenangkan nenek moyangnya. Betapa pekan Sogut hari ini sentiasa mengenangkan asal-usul pemimpin hebat itu membina kejayaan di situ ratusan tahun dahulu, maka setiap tahun diadakan sambutan mengenang dan meraihkan Etugrul.
Nanti Etrugul akan mewariskan kepada anaknya Osman I penguasaan wilayah yang diberikan oleh Seljuk kepadanya. Ia adalah permulaan kepada Osman I yang akhirnya akan mencipta keagungan hebat yang kekal selama ratusan tahun, penyambung tamadun Islam yang gemilang. Sebuah kapal Frigat pada tahun 1890 yang dibina oleh Turki Uthamniyah dinamakan sempena dengan namanya manakala sebuah masjid bernama Turkemenistan yang disiapkan pada tahun 1988 mengambil namanya daripada Etrgul sendiri dan dikenali sebagai Masjid Etrugul Gazi sampai hari ini.
RUJUKAN:
Shaw, Stanford (1976). History of the Ottoman Empire and Modern Turkey. Cambridge University Press.
Shaw, Stanford (1976). History of the Ottoman Empire and Modern Turkey. Cambridge University Press.
Finkel, Caroline (19 July 2012). Osman’s Dream: The Story of the Ottoman Empire 1300-1923. Hodder & Stoughton.
Halal Incorp.
(2019). Ertugrul: The Legendary Warrior of the East
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih