Field Marshall Erwin Rommel, seorang jeneral perang yang disanjung kawan dan ditakuti serta dihormati pihak lawan. Mengapa beliau mendapat penghormatan sedemikian? Rommel layak kerana kebijaksanaannya dalam strategi peperangan terutama taktik ‘Blitzkrieg’ atau Perang Kilat dan sikap perikemanusiaannya yang menyebabkan beliau tidak sehaluan dengan Si Misai Kontot yang akhirnya membawa kepada kematian tetapi terus dijulang sebagai wira di Jerman. Ada beberapa perkara anda perlu tahu tentang tokoh yang digeruni Jeneral George S. Patton dan Jeneral Bernard Law Montgomery.

 

Erwin Rommel tak dilahirkan dalam keluarga tentera. Beliau lahir di Heidenheim pada 15 November 1891 dan merupakan anak kepada seorang guru.

 

Beliau menyertai tentera pada 1910 dan berkhidmat ketika Perang Dunia Pertama di Perancis, Romania dan Itali. Beliau selalu sertai misi berisiko tinggi sampai orang bergurau ” Di mana Rommel berada, di situ ada bahagian hadapan .”

 

Pertempuran Caporetto , Jerman yang dipimpin Rommel secara mengejut menyerang menawan Gunung Matajur dan mengepung beribu-ribu tentera Itali. Pencapaian Rommel membuatkan beliau layak menerima pingat Pour le Merite.

 

Sekitar 1930-an, Rommel menulis buku bertajuk Infantry Attacks. Si Misai Kontot membaca buku Rommel dan kagum serta melantik Rommel sebagai jurulatih Tentera Jerman. Dua tahun kemudian, Si Misai Kontot lantik Rommel sebagai pengawal peribadinya semasa Pencerobohan Poland pada tahun 1939.

 

Februari 1940, Si Misai Kontot lantik Rommel sebagai komander bahagian Panzer ke-7 yang dikenali sebagai “Ghost Division.” Semasa Pertempuran Perancis, “Divisyen Hantu” Rommel ni pun menyerang dari Sedan di sempadan Jerman dan Perancis hingga ke pantai Selat Inggeris sejauh 200 batu dalam masa seminggu je dan menawan lebih 100,000 tentera Bersekutu.

 

Rommel dilantik pulak sebagai komander tentera Jerman di Afrika Utara setahun kemudian. Rommel berjaya menawan Tobruk daripada British dalam serangan kedua pada Jun 1942 yang dikenali sebagai Pertempuran Gazala. Rommel dinaikkan pangkat kepada Field Marshal.

 

Kejayaan singkat Rommel di Afrika Utara, membuatkan pihak Berikat hormat kepadanya. Perdana Menteri US, Winston Churchill menggelar Rommel sebagai “seorang lawan yang sangat berani dan mahir ” dan “seorang jeneral yang hebat .” George Patton dan Bernard Montgomery yang bertarung dengan Rommel di Afrika Utara turut memujinya. Beliau digelar “Desert Fox” oleh pemberita Britsh.

 

Pada musim luruh tahun 1942, British menawan semula Tobruk pada Pertempuran Kedua El Alamein dan akhirnya kehilangan Afrika Utara pada Mei 1943. Rommel kembali ke Eropah untuk mengawasi pertahanan Pantai Atlantik pada awal 1944, tepat di mana pendaratan D-Day akan berlaku pada bulan Jun 1944.

 

Rommel mula tak percaya dan ragu-ragu pada Si Misai Kontot pada tahun 1944 kerana dia percaya Jerman akan kalah dalam perang.

 

Walaupun Rommel macam tu, Si Misai Kontot tak nak buang dia. Walaupun begitu, hubungan Rommel terlibat dalam Plot Julai 1944 , iaitu percubaan pembunuhan terhadap Si Misai Kontot pada 20 Julai 1944.

 

Rommel diberi pilihan nak setel dalam mahkamah yang akan buat keluarga dia malu atau bunuh diri. Rommel pilih untuk melindungi keluarganya dengan bunuh diri. 14 Oktober 1944, pegawai Jerman tiba di rumah Rommel untuk membawanya ke lokasi terpencil untuk Rommel membunuh diri dengan telan kapsul sianida.

 

Beliau berusia 52 tahun dan dikebumikan cara tentera, berkemungkinan untuk menenangkan orang ramai Jerman yang tak tahu kaitan Rommel dengan cubaan pembunuhan itu. Rommel diwar-warkan mati kerana kemalangan.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

PERANG DUNIA KEDUA ni konflik antarabangsa yang paling berdarah dalam sejarah! Nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca buku PERANG DUNIA KEDUA ni dan mudah didapati di link shopee ni: https://bit.ly/perangduniakedua


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply