Bila sebut tentang Islam dan Eropah, ramai hanya teringat pasal konflik, perang salib atau lambakan imigran Muslim di zaman moden ini. Tapi sebenarnya, satu ketika dulu, pernah wujud sebuah ‘negara Islam’ kecil di tengah-tengah Eropah.

Negara yang dimaksudkan ialah Kekhanan Krimea (Crimean Khanate). Ia wujud selama lebih 300 tahun, dari abad ke-15 hingga abad ke-18. Kekhanan Krimea merupakan sebuah negara Islam yang diiktiraf, lengkap dengan sistem politik, tentera, ekonomi, malah diplomasi antarabangsa.

Ibu negaranya di Bahçesaray (Bakhchysarai hari ini) dan menjadi pusat budaya Islam yang berkembang pesat.

Crimean Khanate adalah sekutu rapat Empayar Uthmaniyyah dan mereka sering terlibat dalam geopolitik Eropah Timur, khususnya berhadapan dengan Poland, Rusia dan Empayar Habsburg. Mereka bukan sahaja kuat secara ketenteraan, malah berperanan dalam imbangan kuasa antara Kristian Katolik dan Ortodoks.

Tapi apabila Rusia mula mengembangkan pengaruhnya, Krimea menjadi sasaran. Pada tahun 1783, Catherine the Great dari Rusia secara rasmi menakluk dan menghapuskan Crimean Khanate. Ini sekali gus mengakhiri sejarah ‘negara Islam’ ini di benua Eropah.

Selepas itu, identiti Muslim Tatar Krimea terus ditekan dan cuba dipadam dari naratif sejarah Eropah. Kenapa Barat jarang bercakap tentang ini?

Ada yang mengatakan sebab ia mengganggu naratif kononnya Islam hanya ‘datang dari luar’ dan tak pernah sebati dengan Eropah. Hakikatnya, Islam pernah menjadi sebahagian dari landskap politik Eropah selama ratusan tahun, bukan sebagai penceroboh, tapi sebagai pemerintah sah.

Kisah Kekhanan Krimea ini buktikan bahawa Islam bukanlah sesuati asing di Eropah. Islam pernah wujud dan subur di Eropah dengan struktur negara, diplomasi dan peradaban.

Tapi macam biasa, kalau sejarah itu tak sesuai dengan naratif dominan mereka, maka sejarah itu akan dilupakan… atau sengaja dipadam.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.