SEJARAH penciptaan pesawat belon udara komersial bermula pada tahun 1783 diPerancis. Selepas seorang pegawai Perancis bernama Meusnier membayangkan sebuah pesawat udara yang menggunakan reka bentuk belon udara panas, tetapi dapat dilayari dan seterusnya dikemudi.
Pada tahun 1852, seorang lagi rakyat Perancis, iaitu seorang jurutera bernama Henri Giffard, membina pesawat belon udara yang secara praktikalnya berjaya diterbangkan diudara. Diisi dengan gas hidrogen, ia digerakkan oleh enjin stim 3 Hp (Kuasa kuda) seberat 350 lb (160 kg), dan pesawat udara in berjaya diterbangkan pada kelajuan 6 bt / jam (9 km / jam). Walaupun pesawat belon udara Giffard berjaya mencapai penerbangan jarak yang boleh dikatakan jauh, namun ia tidak boleh dikawal sepenuhnya.
Pesawat belon udara pertama yang berjaya dilancarkan dan boleh dikendalian secara kawalan penuh oleh juruterbangnya digelar La France, dibina pada tahun 1884 oleh dua lagi rakyat Perancis, Renard dan Krebs. Kipas pesawat dirangsang oleh enjin elektrik 9 kuasa kuda dan Ia terbang pada kelajuan 15 batu/jam (24km/jam).
INOVASI DALAM REKAAN PESAWAT BELON UDARA
Pada tahun 1895, seorang rakyat Jerman bernama David Schwarz telah membuat inovasi terhadap pesawat belon udara. Beliau terkenal apabila mencipta sebuah pesawat udara dengan struktur sarung sampul yang memuatkan gas hydrogen dibuat sepenuhnya daripada logam. Namun David Schwarz meninggal dunia beberapa bulan sebelum berjaya menerbangkan generasi kedua pesawat tersebut.
Reka bentuk kapal udara yang dicipta David Schwarz membawa kepada kejayaan pembangunan Zeppelin, sebuah pesawat belon udara yang kukuh dari segi bentuk struktur dan dikatakan lebih selamat dan dibina oleh Count Zeppelin. Zeppelin menggunakan dua enjin 15 kuasa kuda dan terbang pada kelajuan 25 batu/jam (42km/jam).
Hasil Inovasi ini dikembangkan lagi oleh Zeppelin dalam merintis menghasilkan sebanyak 20 pesawat lagi kemudiananya. Perkembangan ini memberi satu kelebihan dari segi taktikal ketenteraan oleh pihak Jerman pada awal permulaan Perang Dunia 1.
PERLUMBAAN TEKNOLOGI
Kejayaan pasukan udara Jerman dalam mengeksploitasi penggunaan kapal udara zeppelin untuk misi peninjauan dari udara, mendorong pasukan ketenteraan Tentera Laut Diraja British untuk mencipta pesawat belon udara sendiri. Daripada meniru sepenuhnya reka bentuk angkatan udara Jerman yang berstruktur tetap, British membangunkan teknologi sampul belon udara tanpa menekankan struktur kerangka dalaman yang kekal tapi lebih fleksibel.
Pesawat belon udara ini digunakan untuk mengesan kapal selam Jerman dan diklasifikasikan sebagai pesawat udara “British Class B”. Hasilnya sangat memuaskan. Dipercayai maksud perkataan “kelas-B’ diambil dari perkataan “Blimp” yang bermaksud pesawat belon udara yang dibangunkan tanpa kerangka struktur dalaman atau lekuk. Tidak seperti Pesawat belon udara yang dikukuhkan oleh kerangka struktur besi seperti Zeppelins, blimps bergantung pada tekanan gas ringan(biasanya helium, bukan hidrogen) di dalam sampul sarung dan kekuatan sampul itu sendiri untuk mengekalkan bentuk pesawat udara tersebut.
Menjelang tahun 1920-an dan 1930-an, Britain, Jerman, dan Amerika Syarikat melalui perlumbaan teknologi dalam memberi tumpuan kepada pembangunan pesawat udara belon yang besar, berstruktur dalaman yang kukuh, dan dicipta supaya boleh dinaiki penumpang sebagai pesawat komersial. Tidak seperti Britain dan Jerman, Amerika Syarikat menggunakan gas helium dalam pembangunan pesawat belon udara mereka.
Di Amerika Syarikat, gas helium hanya boleh ditemui dalam jumlah kecil dalam deposit gas asli. Gas helium agak mahal untuk dibuat dan diproses; Keistimewaan gas helium adalah ia tidak mudah terbakar seperti hidrogen. Disebabkan kos yang tinggi dalam pembuatannya, Amerika Syarikat mengharamkan eksport helium ke negara-negara lain, memaksa Jerman dan Britain bergantung pada gas hidrogen yang tidak stabil dan mudah berubah.
Banyak pesawat pengangkut penumpang yang menggunakan hidrogen dan bukannya helium terlibat dalam bencana dan kemalangan. Oleh kerana penyebab kepada kehilangan nyawa yang besar, zaman kegemilangan pesawat udara belon pengangkut penumpang yang besar berakhir secara tiba-tiba.
RUJUKAN:
1. Ferdinand, Graf von Zeppelin. https://www.britannica.com/biography/Ferdinand-Graf-von-Zeppelin
2. Airships, Dirigibles, Zeppelins, & Blimps what’s the Difference. www.airships.net/dirigible/
3. The forgotten era of the Airships, 1900s-1940s. https://rarehistoricalphotos.com/airships-in-pictures-1900s-1940s/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih