Pada awal abad ke-20, dunia sedang bergelut dengan wabak pandemik yang telah merebak dari China dan disebarkan melalui bandar-bandar pelabuhan di seluruh dunia.

Oleh itu apabila seorang lelaki Cina berusia 41 tahun bernama Wong Chut King meninggal dunia di San Francisco akibat penyakit merbahaya ini pada bulan Mac 1900, tercetuslah kebimbangan besar tentang wabak itu yang akhirnya berjaya menjejaki bumi Amerika Syarikat dan kemudian dikenali dengan nama San Francrisco Epidemic Plague.

Kronologi nya bermula dengan laporan yang mengejutkan mengenai penyakit pandemik yang berpusat dari China kemudian sampai ke pantai barat Amerika Syarikat.

Pemeriksa kesihatan berusaha dengan teliti memeriksa para penumpang yang datang dari pelabuhan di Timur untuk menghalang kemasukan gejala wabak bubonic, mereka boleh kuarantin semua orang tetapi tidak mungkin mereka boleh “kuarantin” semua tikus yang menumpang di dalam kapal kargo di pelabuhan San Francisco.

WABAK YANG MENCETUSKAN DISKRIMINASI KAUM

Ada juga kemungkinan bahawa beberapa ekor tikus ini masuk melalui sistem pembetungan di Chinatown. Pada awal Januari, 1900 peningkatan dalam statistik kem4tian tikus secara tiba-tiba berlaku di kejiranan sempit Chinatown.

Kemudian, pada 7 Februari 1900, seorang berbangsa Cina, Wong Chut King jatuh sakit dengan apa yang disangkakan oleh doktor Cina sebagai typhus atau gonorrhea.

Wong adalah seorang lelaki bujang berusia 41 tahun yang tinggal di ruangan bawah tanah Hotel Globe, di persimpangan Jalan Grant dan Jackson, di tengah-tengah kawasan panas masyarakat Cina, yang dipenuhi dengan masalah sosial seperti kongsi gelap, pelacuran dan dadah.

Para doktor merawatnya selama empat minggu, tetapi ubat-ubatan biasa tidak mendatangkan sebarang kesan positif. Selepas menderita selama empat minggu, dia meninggal dunia pada 5 Mac.

Hotel Globe

Keesokan pagi nya, m4yatnya dibawa untuk diperiksa oleh pakar bedah polis San Francisco Frank P. Wilson. Wilson memanggil A.P. O’Brien, pegawai jabatan kesihatan bandar, selepas menemui kelenjar limfa membengkak yang meragukan.

Wilson dan O’Brien kemudian memanggil Wilfred H. Kellogg, pakar bakteriologi kota San Francisco, dan tiga lelaki itu melakukan bedah siasat. Melihat melalui mikroskopnya, Kellogg menyangka dia melihat penyakit dari wabak bacilli.

Penemuan mencurigakan itu mendorong Wilson dan O’Brien menggesa Lembaga Kesihatan bandar supaya kawasan Chinatown dikuarantin dengan segera.

Menjelang subuh pada 7 Mac, 1900, Chinatown dikelilingi dengan tali sekatan dan dikepung oleh anggota polis yang menghalang akses keluar dan masuk semua orang. Kira-kira 25,000-35,000 penduduk tidak dibenarkan keluar.

Jeneral Konsul Kerajaan Qing (China) membantah dengan mendakwa kuarantin itu satu bentuk diskriminasi dan meminta arahan untuk membatalkannya, tetapi datuk bandar San Francisco, James D. Phelan menegaskan bahawa orang Cina-Amerika adalah pengotor dan menjadi ancaman yang berterusan kepada kesihatan awam.

Walau bagaimanapun, Lembaga Kesihatan menarik balik perintah kuarantin pada 9 Mac selepas ia berkuatkuasa hanya selama 2½ hari selepas aduan Jeneral Konsul Qing didapati terlalu besar untuk diabaikan, ditambah dengan keputusan makmal yang menyanggah teori bahawa wabak itu adalah penyebab kem4tian Wong Chut King.

Kemudian pada 11 Mac, dua ekor babi guinea dan seekor tikus telah m4ti selepas terdedah kepada sampel dari mangsa, membuktikan wabak tersebut memang berlaku di Chinatown. Tanpa mengembalikan perintah kuarantin, Lembaga Kesihatan bertindak memeriksa setiap bangunan di Chinatown dalam usaha membasmi jangkitan.

Harta benda dirampas, bangunan ditutup dan semuanya dibakar kerana disyaki mengandungi kotoran. Menggunakan kuasa fizikal, anggota polis menguatkuasakan pematuhan arahan Lembaga Pengarah. Masyarakat Cina yang marah dan bimbang bertindak balas dengan menyembunyikan orang mereka yang jatuh sakit.

Selepas memeriksa sampel hasil daripada bedah siasat terhadap m4yat Wong, ketua Perkhidmatan Hospital Marin mengesahkan kebimbangan tersebut : wabak itu telah tiba ke Amerika Syarikat. Dan menambahkan lagi situasi buruk, ia dijangka tidak lagi akan meninggalkan Amerika.

Kesan selepas bangunan dibakar di Chinatown

Kem4tian Wong menandakan permulaan wabak epidemik yang pertama di Amerika Syarikat, di mana ia menjangkiti sekurang-kurangnya 280 orang dan membunvh sekurang-kurangnya 172 dalam tempoh lapan tahun yang mendatang (jumlah kes dan kem4tian yang sebenarnya mungkin lebih tinggi).

Penyakit itu mungkin sama dengan wabak Black De4th di Eropah jauh beberapa abad sebelum itu. Ia merupakan wabak bubonic dipercayai dibawa melalui tikus yang datang dari kapal-kapal pengangkut yang tiba di pantai California dari kawasan yang terjejas, kebanyakannya dari Asia terutamanya China.

Sudah lah tidak memberi sebarang amaran kepada orang awam, pihak pengurusan bandar raya dan negeri, termasuk lah pihak gabenor California sendiri bertindak menafikan tentang cetusan wabak berpenyakit di bandar itu.

FAKTOR EKONOMI JADI ALASAN

Ekonomi menjadi faktor utama kerajaan merahsiakan bencana ini. Terdapat kerisauan di San Francisco dan ibukota negeri Sacramento bahawa sekiranya berita tentang wabak itu tersebar, ia akan melemahkan ekonomi California.

Saya menemui faktor ini melalui buku karangan Marilyn Chase, pensyarah di UC Berkeley School of Journalism bertajuk The Barbary Plague: The Black De4th in Victorian San Francisco.

“Terdapat ancaman yang sangat nyata bahawa industri penghasilan produk segar di California bernilai $ 40 juta akan hilang”.

Kerajaan negeri itu didakwa telah mengarahkan dan bahkan mengadakan kolaborasi dengan para pakar bedah dan kesihatan Amerika Syarikat untuk memastikan isu penyebaran wabak itu terus menjadi satu rahsia.

Perintah kerahsiaan tentang penyakit itu juga turut menggusarkan Dr. Joseph J. Kinyoun, ketua Marine Hospital Service di San Francisco yang telah mengenal pasti bakteria wabak yang ada pada m4yat Wong. Sebagai pegawai kesihatan awam, beliau bertekad untuk menghentikan penyakit ini daripada terus menyebar.

Dr. Joseph Kinyoun

Pada masa yang sama, ahli politik tempatan, pemilik perniagaan dan akhbar-akhbar tempatan bertindak mengabaikan sebarang kenyataan doktor tersebut, memetik kenyataan David K. Randall, wartawan Reuters dan penulis Black De4th At Golden Gate: The Race To Save America From The Bubonic Plague :

“Kami mendapati akhbar tempatan memanggil dia (Dr. Kinyoun) palsu, menganggap dia seperti mencurigakan, menyiratkan bahawa dia hanya cuba memperoleh wang (dana) dari tabung awam dan ini semua dianggap penipuan yang besar,” katanya. Akhbar-akhbar ini malahan menuduh dia sengaja menyuntik m4yat dengan bakteria berpenyakit supaya dia kelihatan seperti pahlawan kerana akhirnya dia yang akan menamatkannya.

Taikun-taikun perniagaan dan ahli politik menyahut seruan retorik ini. Seorang senator negeri di Sacramento berucap di dewan senat dengan mencadangkan bahawa Dr. Kinyoun harus dihukum gantung atas apa yang dilakukannya.

KERAGUAN DALAM BIDANG SAINS PERUBATAN BAHARU

Penafian berskala besar-besaran wabak ini juga merupakan sebahagian daripada penolakan terhadap jenis sains baru yang yang tidak ramai memahaminya. Dr. Kinyoun, yang kini dikenali sebagai bapa Institut Kesihatan Negara di Amerika Syarikat, berada di barisan hadapan dalam bidang bakterologi perubatan.

Tidak seperti doktor-doktor dari era terdahulu, Dr. Kinyoun menggunakan mikroskop untuk mengkaji mikroorganisma pesakitnya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Gabenor California waktu itu, Henry Gage, menolak sepenuhnya ilmu pengetahuan yang baru ini.

Henry Gage

Gage pada asasnya berpegang pada kenyataan beliau yang berbunyi : “Jika anda tidak dapat melihat penyakit itu, jika anda tidak dapat melihat apa yang berlaku, maka bagaimana kita boleh tahu ianya wujud?”

Dan seperti kebanyakan orang kulit putih lain di California, Gage tidak benar-benar yakin bahawa orang putih boleh dijangkiti wabak itu terlebih dahulu. Idea beliau yang bersifat perkauman itu ialah jika nenek moyang mereka boleh terselamat menghadapi wabak di Eropah, boleh jadi mereka sebagai keturunannya akan melalui proses perkembangan sistem imuniti.

Bertentangan dan kontra sepenuhnya dengan kepercayaan yang sesat ini, wabak itu menjangkiti ramai orang kulit putih San Fransisco;  tetapi pada mulanya, ia menyebar di kalangan penduduk Chinatown ke tahap yang sangat teruk dahulu.

Ramai penduduk kulit putih pada mulanya tidak ambil peduli kerana mereka berpegang kepada persepsi perkauman bahawa hanya pendatang Cina yang akan dijangkiti penyakit kerana mereka pembawa penyakit dan budaya pemakanan Cina yang kotor.

Penduduk Chinatown kadang-kadang terpaksa menyembunyikan m4yat mangsa wabak bubonic itu demi untuk mengelakkan daripada diskriminasi kaum yang lebih meluas terhadap komuniti Cina.

Masyarakat Cina di Chinatown cukup terdesak untuk memastikan ia kekal rahsia, dan mereka ada alasan yang kukuh merahsiakannya. Selepas kem4tian akibat wabak yang pertama disahkan dan sekatan dikenakan terhadap Chinatown, di mana penduduk tidak dapat keluar bekerja, mereka tidak boleh mendapatkan barangan dan makanan kerana dilarang dari masuk atau keluar hingga menyebabkan mereka kebuluran.

Terdapat kebimbangan yang jelas tentang peningkatan mangsa wabak yang lebih ramai akan menyebabkan perintah kuarantin akan lebih ketat, sehingga mencetuskan keganasan seperti membakar bangunan, satu kaedah paling ekstrim untuk memer4ngi penyakit.

Berita tentang wabak berpenyakit itu akhirnya berjaya menyebar keluar dari California. Akhbar luar negeri memetik berita-berita tentang wabak beberapa minggu selepas kem4tian Wong, dan Dr. Kinyoun menghantar memo tentang peningkatan wabak tersebut kepada pegawai tetap persekutuan.

Seperti apa yang dijangkakan dan sangat dirisaukan oleh para pemimpin politik dan taikun perniagaan California, negeri-negeri lain telah mengancam akan menhentikan hubungan dan urusan perdagangan dengan California bagi mencegah wabak itu daripada tersebar.

Pemimpin-pemimpin California terus cuba berdolak dalih. Dalam satu surat kepada setiausaha negara Amerika Syarikat yang ditandangani bersama jutawan jenama pakaian jeans San Francisco, Levi Strauss, Gabenor Gage menyalahkan Dr. Kinyoun atas tuduhan “wabak palsu” sebagaimana yang digelarnya, dan mendakwa San Francisco tidak pernah mencatatkan kes wabak.

San Francisco

Setahun selepas k0rban wabak pertama meninggal dunia, Gage berjaya meyakinkan kerajaan persekutuan untuk memindahkan Dr. Kinyoun ke Detroit. Pada masa itu, terdapat kira-kira 100 jumlah kem4tian yang diketahui berpunca dari wabak tersebut.

Ketika pilihan raya umum 1902 hampir tiba, ahli-ahli lembaga Southern Pacific memutuskan bahawa masa untuk kepimpinan politik baru telah tiba. Penafian umum Gage terhadap wabak itu yang dibuat untuk melindungi ekonomi negeri dan kepentingan perniagaan sekutu politiknya telah menjadi isu yang memalukan. Kedudukannya sebagai gabenor kemudian digantikan oleh George Pardee.

BERAKHIRNYA PENULARAN TIDAK BERERTI WABAK TIDAK AKAN KEMBALI

Orang yang menggantikan Dr. Kinyoun sebagai ketua Marine Hospital Service di San Francisco ialah Dr. Rupert Blue. Walaupun dia juga menghadapi tekanan dalam memer4ngi wabak itu, dia mempunyai kelebihan berbanding Kinyoun.

Beliau menyampaikan maklumat saintifik dan perubatan kepada orang ramai dengan lebih baik, dan beliau memiliki kebolehan untuk memperoleh kepercayaan dari masyarakat Cina di bandar ini.

Blue membantu menamatkan wabak melalui inisiatif untuk membersihkan bandar dan membasmi populasi tikus, di mana kutu dari tikus menjadi punca yang menjejaskan manusia dengan wabak itu.

Menjelang tahun 1908, San Francisco pada dasarnya telah bebas dari wabak, dan akhbar-akhbar California mula melaporkan berita ini walaupun sebelum ini mereka sering menafikan kewujudan wabak tersebut.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna wabak itu telah meninggalkan negara ini. Amerika Syarikat masih melaporkan rata-rata tujuh kes wabak manusia setiap tahun menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Hampir semua kes ini berlaku di barat Amerika Syarikat. Pada musim panas tahun 2019, laporan mengenai tupai tanah yang membawa wabak berpenyakit melalui kutu menyebabkan sebahagian pusat perlindungan haiwan liar di bawah Colorado Rocky Mountain Arsenal National Wildlife Refuge ditutup.

Dalam laporan untuk bukunya, Marilyn Chase mendapati bahawa saintis di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Fort Collins percaya bahawa kuman yang kini wujud di seluruh barat berasal dari kuman yang mula-mula dibawa ke pelabuhan Amerika Syarikat oleh tikus dari kapal sekitar tahun 1900.

Chase dan beberapa saintis lain percaya, kemungkinan besar kelewatan dalam mengawal wabak penyakit di San Francisco menjadi penyebab utama untuk ia terus tersebar dan berterusan sehingga masih gagal dihentikan sehingga saat ini.

RUJUKAN:

Marilyn Chase – The Barbary Plague: The Black De4th in Victorian San Francisco

David Randall – Black De4th At Golden Gate: The Race To Save America From The Bubonic Plague


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.