“Saya tidak mampu berjuang dengan sena-pang atau pe-dang, tetapi saya menemui cara untuk menakut-nakutkan Jerman.” – Eugene Lazowski

Semasa Pe-rang Dunia Kedua sedang berlangsung, seorang lelaki menemui doktor di Rozwadów, Poland dengan aduan yang agak unik. Dia merupakan salah seorang daripada ribuan penduduk Poland yang dipaksa oleh penja-jah Nazi untuk bekerja di kem buruh Jerman. Lelaki itu telah diberikan pelepasan untuk bercuti selama 14 hari bagi mengunjungi keluarganya, dan tempohnya sudah hampir tamat.

Dia cukup terdesak mahu melarikan diri dari kem tersebut, tetapi dia tahu bahawa jika dia tidak kembali, dia akan diburu lagi dan anggota keluarganya akan ditangkap dan dikirim ke kem konsentrasi hanya untuk menunggu hukuman ma-ti, berdasarkan kebanyakan kes yang lain.

Dia juga pernah berkira-kira mahu menamatkan kesengsaraan dija-jah dengan cara membu-nuh diri, tetapi dia juga tahu bahawa adanya harapan untuk bebas dan keluar dari kem Nazi, hanya sekiranya dia ‘menghidap’ sejenis penya-kit kronik yang berjangkit dari wa-bak tertentu, dan buktinya adalah ianya disahkan sendiri oleh doktor.

Dua doktor yang menemui lelaki itu memutuskan untuk membantunya dalam menyediakan diagnosis, dan menawarkan suntikan virus kepadanya. Dia menerimanya dengan sukarela. Doktor-doktor itu kemudian mengambil sampel da-rah lelaki itu dan menghantarnya ke makmal Jerman untuk disaring.

Tidak lama kemudian, mereka menerima kiriman telegram yang berbunyi: “Weil-Felix positif.”  Pesakit mereka itu didapati positif dijangkiti oleh wa-bak tifus (kepialu). Maklumat yang terkandung dalam telegram itu diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan yang dikawal Jerman sebagai bukti bahawa pesakit itu menderita akibat wa-bak penya-kit berjangkit, dan lelaki itu akhirnya mencapai matlamatnya, iaitu dilepaskan dari tugasnya di kem Nazi.

Dia juga turut dikecualikan dari sebarang risiko penahanan semula pada masa akan datang, begitu juga dengan ahli keluarganya yang akhirnya disatukan kembali dengannya.

Ten-tera Jerman di Rozwadów

Sudah tentu doktor-doktor itu tidak membuatkan pesakit mereka sakit. Taktik ini terhasil dari pemikiran di luar kotak, walaupun sedang berada di tengah-tengah pepe-rangan yang amat memusnahkan itu.

Epidemik tifus yang mereka bawa ke Rozwadów itu sebaliknya adalah sejenis ‘sihir’ dalam bentuk sains yang tak terjangka oleh sesiapa pun, ianya adalah ‘wa-bak’ yang dicipta oleh doktor-doktor ini sendiri demi menguatkan lagi bukti bahawa ‘pesakit’ mereka telah dijangkiti oleh wa-bak yang palsu tersebut. Ia secara tidak langsung telah berjaya melindungi para pesakit dan jiran-jiran mereka dari terus menjadi mangsa pengania-yaan Jerman yang fasis lagi ke-jam.

Sebenarnya doktor-doktor tersebut telah menyelamatkan nyawa lelaki itu dengan menciptakan sejenis simulakrum berdasarkan penya-kit tersebut, ianya merupakan sel virus yang boleh memberikan penghidapnya mengalami simptom dan gejala penya-kit yang menyerupai penya-kit sebenar, dan dengan memberikan suntikan yang sama terhadap ramai lagi penduduk lain di daerah itu, mereka akhirnya berjaya menyelamatkan ribuan nyawa lagi.

Dr. Eugene Lazowski (bermain akordian) bersama rakan konspirasinya, Dr Stasiek Matulewicz

Salah seorang doktor tersebut adalah Dr. Eugene Lazowski, antara pakar muslihat yang menentang Nazi ketika muslihat itu bermula. Semasa pendudukan Jerman di Poland, sekitar seperlima populasi penduduk negara itu terbu-nuh dalam tragedi pembu-nuhan beramai-ramai dan ma-ti di dalam kem konsentrasi.

Menurur Lazowski, pakar-pakar bidang perubatan Poland ketika itu berhadapan dengan tugasan khas yang memerlukan mereka bukan hanya untuk mencegah penya-kit dan merawat pesakit lagi, tetapi mereka juga memainkan peranan terbesar sebagai pahlawan negara di barisan hadapan demi mempertahankan nyawa mereka dan bangsanya sendiri.

Lazowski mula melancarkan apa yang dianggapnya sebagai “pe-rang peribadi” terhadap penja-jah. Setelah melarikan diri dari kem tahanan pe-rang Jerman dengan memanjat tembok dan menumpang kereta kuda secara senyap-senyap, dia berjaya kembali ke rumahnya di Rozwadów dan kemudian dia mula berkhidmat untuk Sukarelawan Palang Merah Poland.

Rumahnya membelakangi pagar yang memisahkan penempatan ghetto penduduk Yahudi dari seluruh bandar. Berikutan keadaan yang tidak terurus di ghetto tersebut, maka ia berisiko menyebarkan penya-kit yang memang telah berleluasa, tetapi doktor dilarang dari merawat mana-mana orang Yahudi, jadi dia mengatur agenda sulit untuk menolong orang Yahudi.

Apabila terdapat seseorang di ghetto itu mula jatuh sakit, mereka akan mengikatkan kain pada pagar, dan Lazowski akan menyelinap masuk pada waktu malam bagi membawa bekalan perubatan dan merawat orang-orang yang sakit. Bagi mengelakkan sebarang syak wasangka dari pihak Nazi, dia memalsukan catatan perubatannya dan membesar-besarkan jumlah bekalan dan ubat yang dia gunakan untuk pesakitnya yang bukan kaum Yahudi.

Rakan Lazowski, Stanislaw Matulewicz turut sama mempelajari dan mempraktikkan ilmu perubatan di Rozwadów, dan penemuan idea muslihat wa-bak palsu tersebut membolehkan pasangan itu berupaya melindungi lebih ramai orang dengan memanfaatkan rasa ketakutan pihak Nazi terhadap wa-bak berpenya-kit.

Mengingatkan sejarah wa-bak tifus yang pernah tersebar di kalangan ten-tera Empayar Jerman yang berkubu di dalam parit pertahanan semasa Pe-rang Dunia Pertama sebelum itu, penja-jah Nazi bimbang akan kemungkinan wa-bak itu bermula sekali lagi di kalangan anggota ten-tera mereka.

Pihak berkuasa Jerman di Poland menyuruh para doktor melaporkan setiap kes demam kepialu akibat tifus samada yang disahkan bergejala mahupun yang hanya disyaki kepada pihak Jerman dan menghantar sampel da-rah ke makmal yang dikendalikan oleh Jerman untuk diuji. Orang-orang Poland yang menghidap penya-kit itu akan dikuarantin atau ditahan di kem buruh, berbeza pula dengan orang-orang Yahudi yang dijangkiti kerana mereka akan terus dibu-nuh serta merta.

Ironinya, apabila terdapat terlalu banyak kes yang dilaporkan dari suatu daerah, maka daerah-daerah tersebut akan terus diisytiharkan oleh Lembaga Kesihatan Awam Jerman sebagai ‘zon wa-bak’. Berdasarkan catatan kedua-dua doktor itu selepas tamatnya pe-rang, situasi sebegini menghasilkan beberapa kelebihan bagi orang awam, kerana ten-tera Nazi Jerman lebih cenderung menghindari wilayah-wilayah ‘zon wa-bak’ tersebut dan penduduknya secara tidak langsung telah bebas dari pengania-yaan.

Bangunan peninggalan era WWII di Rozwadów, Poland hari ini

Ujian tifus yang paling lazim pada waktu itu adalah ujian Weil-Felix, berdasarkan kajian pada tahun 1916 yang menunjukkan bahawa antibodi yang dihasilkan oleh sistem imun sebagai tindak balas terhadap jangkitan tifus juga bertindak balas terhadap Proteus OX-19, sejenis bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran pundi kencing. Untuk ujian Weil-Felix, bakteria Proteus OX-19 yang telah ma-ti dicampurkan dengan sampel da-rah dari pesakit. Sekiranya campuran menjadi keruh, itu adalah tanda penya-kit tifus yang jelas.

Sementara dia mempelajari cara-cara menjalankan ujian itu sendiri agar dia dapat melepasi saringan makmal Jerman dan merahsiakan sebarang laporan jangkitan tifus di kalangan pesakit Yahudi, Matulewicz mendapati bahawa seseorang yang disuntik dengan bakteria ma-ti yang sama akan menghasilkan antibodi yang sama, ia menghasilkan simptom dan keputusan positif penya-kit tifus tetapi tidak berisiko.

Justeru, kelebihan itu serta merta dimanfaatkan doktor-doktor ini, ia jelas terbukti bahwa Weil-Felix buatan juga boleh digunakan sebagai bentuk pertahanan terhadap dasar pemerintahan penja-jah Jerman.

Mereka kemudian menyarankan agar orang ramai mengambil ujian saringan melalui mereka sendiri dan menciptakan keputusan positif yang palsu untuk mencetuskan ‘kluster epidemik tifus’ di sekitar daerah Rozwadów demi menjauhkan ten-tera Jerman dari tanah air mereka.

Semuanya bermula dengan seorang pekerja kem Nazi yang diberi pelepasan untuk mengunjungi keluarganya itu. Semenjak itu, doktor-doktor Poland mula memberikan pesakit mereka yang bukan dari kaum Yahudi beberapa gejala yang menyerupai gejala tifus peringkat awal, seperti demam, batuk, ruam, dan sakit kepala, serta memberi mereka suntikan Proteus OX-19 yang ma-ti sebagai penyamaran yang menunggang ‘terapi rangsangan protein’.

Doktor-doktor ini melaksanakan agenda mereka secara rahsia dan bahkan mereka tidak memberitahu pesakit-pesakit mereka apa yang mereka lakukan, mereka hanya mendedahkan konspirasi ini kepada dunia pada tahun 1977 dalam artikel untuk buletin American Society for Microbiology. 

Mereka juga dengan penuh teliti meniru pasang surut aliran epidemik yang sebenar, memberi lebih banyak suntikan dan mengada-adakan lebih banyak kes ‘tifus’ pada musim sejuk dan musim gugur. Untuk meyakinkan lagi pihak berkuasa, mereka akan membawa beberapa pesakit mereka sendiri yang telah disuntik untuk dirujuk kepada doktor yang lain, yang akan turut menyediakan diagnosis dan melaporkan jangkitan tifus itu sendiri.

Semakin banyak hasil ujian Weil-Felix yang positif dilaporkan oleh makmal yang dikendalikan oleh pihak Jerman, kepada pihak berkuasa Jerman sendiri, dan ia akan disahkan melalui laporan doktor-doktor yang mendalangi konspirasi ini.

Tidak lama kemudian, jumlah kes yang dilaporkan sudah cukup besar untuk mengisytiharkan wilayah yang mereka jadikan sebagai sasaran operasi muslihat ini (melibatkan puluhan desa) sebagai ‘zon merah epidemik’, yang secara tidak langsung telah memberikan wilayah itu satu kemerdekaan dari penindasan Nazi.

Seorang pegawai Nazi berehat untuk makan tengah hari di Warsaw

Pembohongan doktor-doktor ini nyaris terbongkar dek kerana jumlah kes yang terlalu tinggi tetapi laporan kema-tian adalah sangat rendah. Dengan epidemik tifus yang kononnya sedang membadai ga-nas di wilayah Rozwadów, pihak Nazi mula tertanya-tanya mengapa tidak banyak laporan kema-tian dari sana, hinggalah seorang pemberi maklumat cuba mendedahkan bahawa wa-bak itu bukan seperti yang dilaporkan. Sepasukan doktor Jerman dihantar ke bandar itu untuk menyiasat.

Lazowski menyambut mereka dengan menghidangkan aneka juadah makanan tradisional Poland dan vodka. Sementara ketua rombongan doktor Jerman menikmati pesta, orang-orang bawahannya dibawa mengelilingi bandar bersama-sama doktor-doktor Poland.

Sebelum rombongan doktor dari Jerman itu tiba, Lazowski telah bersedia dengan mengumpulkan pesakit-pesakitnya yang kelihatan paling tidak sihat, dan semuanya telah disuntik dengan bakteria Proteus, mereka semua ditempatkan berkelompok di bilik yang sangat kotor.

Bimbang akan risiko dijangkiti setelah melihat ‘keuzuran’ penduduk bandar itu, doktor muda Jerman yang mengunjungi bandar itu hanya melakukan siasatan khas terhadap pesakit yang Lazowski tunjukkan itu, sekadar sekilas pandang sahaja.

Setelah melakukan beberapa ujian da-rah secara ringkas untuk mengesahkan wa-bak itu di dalam laporan mereka, mereka dengan terburu-buru segera berlalu pergi. Manakala ketua mereka pula mungkin terlebih minum vodka dari had yang sepatutnya hingga dia tidak mengarahkan agar pemeriksaan semakan ulang dilakukan sekali lagi.

Zon kuarantin yang dicipta Lazowski dan Matulewicz menjadi syurga bagi orang Yahudi di Poland, mereka dapat bersembunyi di Rozwadów di bawah perlindungan wa-bak epidemik yang palsu tanpa perlu merasa takut akan ancaman pihak Nazi kerana sebaliknya merekalah yang sedang ditakuti oleh Nazi.

Menurut laporan tidak rasmi selepas pe-rang, para doktor ini telah menyelamatkan kira-kira 8,000 orang daripada terbu-nuh, dijadikan buruh paksa, atau dipenjarakan sepanjang kempen rahsia mereka selama tiga tahun dengan bantuan bakteria pencetus UTI.

Ini membuktikan, bahawa kadangkala jarum suntikan lebih berguna daripada mata pe-dang di dalam pepe-rangan.

Dr. Eugene Lazowski meninggal dunia pada tahun 2006 di Amerika Syarikat.

RUJUKAN:

Christopher R. Browning, Jurgen Matthaus, The Origins of the Final Solution, page 262 Publisher University of Nebraska Press, 2007


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.