Zionis Israel secara haram duduk di atas tanah Arab Palestin.

Tapi korang tahu tak antara punca Palestin tak dapat disatukan disebabkan dua parti politik utama Palestin yang tidak sefahaman politiknya?

Siapakah HAMAS?

HAMAS atau nama panjangnya  Harakat al-Muqawwamatul Islamiyyah yang bermaksud Gerakan Pertahanan Islam dan Hamas (حماس) juga bawa maksud ketekunan. 

Organisasi ni mempunyai sayapnya yang bernama Briged al-Qassam yang mendapat ilham dari nama salah seorang pelopor HAMAS iaitu Izuddin al-Qassam. 

Organisasi ni didirikan oleh Syeikh Ahmad Yassin pada 1987 dengan mendapat sokongan Ikhwanul Muslimin yang berpusat di Mesir. 

HAMAS menganggotai Palestin Liberation Organization atau PLO bersama sama FATAH. Parti ni dianggap parti Islamis di Palestin.

Kemudian, siapa pula FATAH?

FATAH atau Harakat al-Taḥrīr al-Waṭanī al-Filasṭīnī yang bermaksud Gerakan Kebangsaan Pembebasan Palestin dan Fatah (فتح) bawa maksud pembuka dan kemenangan. 

Organisasi ni didirikan oleh Yasser Arafat pada 1950 dan dipimpin oleh beliau sehingga 2004. 

FATAH menjadi kekuatan utama dalam Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) pada 1964 sebagai wakil pelbagai parti yang ingin menentukan nasib sendiri. 

Parti ni dianggap parti Nasionalis dan ada juga yang mengatakan parti ini adalah parti yang bersifat sekular di Palestin.

Tujuan kedua-dua parti ni sama iaitu untuk membawa dan membebaskan Palestin dengan acuan rakyat Palestin sendiri tanpa melibatkan pihak luar. 

Setelah Perang 6 Hari pada 1967 tamat, FATAH jadi wakil utama dalam perbincangan di pihak Palestin.

Mereka setuju dengan penyelesaian 2 negara (two-states solution) dengan Jerusalem sebagai ibu kota bersama dengan Israel. 

Tapi HAMAS tak nak terima langsung kewujudan negara haram Israel dan berjuang untuk menghancurkannya.

Setelah Yasser Arafat meninggal dunia pada tahun 2004, ketegangan di antara HAMAS dan FATAH lebih menjadi-jadi. 

Ketika Pilihanraya Palestin pada 25 Januari 2006, HAMAS dapat kemenangan besar. Tanpa disedari, Amerika dan Israel serta Kesatuan Eropah cuba jadi batu api dan ambil kesempatan keretakan hubungan FATAH dan HAMAS. 

Tujuan mereka hanya satu, untuk mengiktiraf negara haram Israel.

Kedua-dua parti gagal dalam rundingan damai yang berulang kali. HAMAS ambil alih Gaza pada Jun 2007. 

Bermula dari sini secara rasminya pakatan antara HAMAS dan FATAH dibubarkan oleh Presiden Mahmoud Abbas. 

Setelah HAMAS berkuasa di Semenanjung Gaza, dan FATAH di Tebing Barat, tahun 2011 menyaksikan permulaan untuk mengadakan rundingan perdamaian di antara keduanya yang disokong oleh Mesir.

Dalam persengketaan antara kedua-dua parti politik ni, Israel dan Amerika Syarikat cuba jadi ‘penyelamat’ dengan sokong kepimpinan FATAH yang lebih diplomasi dan lembut berbanding HAMAS. 

Untuk menekan lagi kekuasaan HAMAS pada Semenanjung Gaza, mereka tutup sempadan Rafah, pintu masuk ke Palestin dari Mesir sebagai menghalang sebarang bantuan. 

Diorang tekan HAMAS yang dianggap pengganas dan penghalang usaha Israel untuk mendapatkan Palestin secara keseluruhan.

Kemuncak ketegangan pada 2013 ketika berlaku perang saudara antara HAMAS-FATAH. 

Ketika ni juga berlaku Revolusi Mesir pada Julai 2013 yang menumbangkan Presiden Morsi. Revolusi ni diketuai oleh Ketua Tentera Mesir, Jeneral Al Sisi yang disokong Amerika Syarikat dengan memberi bantuan ketenteraan sebanyak $1.5 bilion setiap tahun. 

Ini sebenarnya nak pastikan pintu Rafah sentiasa ditutup sehinggalah HAMAS menerima kepimpinan Mahmoud Abbas. Padahal Mahmoud Abbas hanya boneka Israel dan Amerika.

Pada Oktober 2022, 14 organisasi Palestin yang berbeza termasuk Fatah dan Hamas menandatangani pada Deklarasi Algiers yang menjadi salah sebahagian daripada proses perdamaian kedua-dua pihak.

Oleh: Azizul Farhan

___

Sekecil mana pun bantuan yang kita salurkan kepada orang yang memerlukan, sampai mati dia akan ingat jasa kita. Dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM, pembelian anda akan disumbangkan ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!

http://bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply