Attack on Titan (AoT) yang menjadi kegilaan ramai sejak 2009 telah tamat secara rasmi pada 2023. Apa yang menarik, Eren Jaeger adalah watak utama yang boleh berubah dari hero kepada anti-hero.

Faham tak ending dia?

Spoiler alert! Sebelum korang teruskan pembacaan, pastikan korang dah tengok sendiri ending AoT. Baru puas hati nak cerita. The Final Season part 3 hanya ada dua episod sahaja. Tak banyak pun.

Apa kena mengena Mikasa?

Cinta. Inilah satu-satunya sebab Ymir memilih Mikasa sebagai manusia yang layak memenggal kepala Eren. Ymir tahu bahawa cinta merupakan tenaga paling berkuasa di atas dunia. Ymir merasakan Mikasa adalah perempuan yang paling memahami isi hatinya tentang cinta.

Rupa-rupanya, Ymir mencintai Raja Karl Fritz. Atas nama cinta, Ymir reda apabila lidahnya dipotong dan ibu bapanya dibunuh. Kerana cinta itu buta. Inilah sumpahan cinta yang mengikat Ymir untuk mengabdikan diri kepada Karl Fritz selama 2,000 tahun.

Mikasa pula mencintai Eren.

Eren pula adalah manusia pertama yang memahami kehendak Ymir yang ingin bebas. Namun, dia masih tidak tahu caranya melainkan setelah melihat Mikasa yang benar-benar mencintainya. Ya, cinta yang sama ada pada Ymir terhadap Karl Fritz.

Apa plan Eren?

Grand design Eren sudah bermula sejak pertama kali memijak tanah negara Marley. Dia mahu menghapuskan semua musuh di luar pulau. Tapi dia sedar, Eldia takkan ada peluang untuk menang kalau diserang Marley. Iya lah, masa Marley dah ada kereta wap dan keretapi, Eldia masih pakai kuda. Maka, Eren bermula dengan merampas titan perisai.

Apa yang Eren nak selama ini?

Eren sengaja menjadi necessary evil demi masa depan Eldia. Biar bangsa Marley berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Eldia. Dia mengaktifkan ribuan titan gergasi untuk meratakan semua ancaman di luar pulau. 4/5 kemanusiaan musnah.

Kenapa Eren tak halang kawan-kawannya.

Kuasa titan pengasas membolehkan Eren masuk ke minda semua kaum Eldia. Tetapi, dia membiarkan kawan-kawannya berbuat sesuka hati. Kenapa? Supaya mereka menjadi wira. Eren mahu reset tamadun dunia. Eren rela biarlah dia yang jadi watak jahat dan kawan-kawannya jadi watak baik.

Kenapa Mikasa bunuh Eren?

Sebab cinta. Kerana Mikasa akhirnya mampu melakukan apa yang Ymir tak sanggup buat. Iaitu mempersetankan cinta demi kemanusiaan. Ymir membela kezaliman demi cinta, Ymir pula membelakangkan cinta demi kemanusiaan. Sumpahan cinta Ymir pun lenyap dan kuasa titan pun terhapus.

Dunia kembali aman. Tamadun Marley sudah setaraf Eldia. Namun, apa yang tidak berubah adalah sifat manusia yang mementingkan kuasa dan gilakan peperangan. Tapi buat pertama kalinya. Eldia tidak lagi menjadi bangsa buangan.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply