Foto yang anda lihat di bawah ini adalah foto Enceladus, satelit semula jadi Zuhal yang sedang memuntahkan partikel ais ke angkasa lepas. Foto ini diambil ketika prob angkasa Cassini sedang mencerap bahagian kutub selatan satelit semulajadi tersebut dalam siri ekspedisi mengumpul data mengenai sistem Saturnian, dan ia memberikan gambaran jelas mengenai struktur serta komposisi atmosfera, topografi permukaan dan bawah permukaan Enceladus.

Enceladus adalah satelit keenam terbesar plane Zuhal dan terletak di lingkaran luar (E-ring) planet tersebut.

Ia mula dikesan oleh ahli astronomi William Herschel pada tahun 1789 namun data mengenainya sangat kurang diketahui.

Enceladus adalah salah satu destinasi prob angkasa Voyager yang misinya adalah untuk mencerap dan mengumpul data saintifik mengenai planet planet di dalam sistem Suria. Hasil cerapan saintifik Voyager pada era 80-an memberikan gambaran jelas mengenai satelit semulajadi tersebut.

Dengan ukur lilit 500km, Enceladus adalah lebih kecil berbanding Titan, satelit semulajadi terbesar Zuhal dan permukaannya terdiri dari daerah yang mengalami hentaman meteorit hingga kawasan berais dengan suhu mencecah – 198 darjah Celsius.

Prob angkasa Casinni memberikan gambaran lebih tepat mengenai satelit semulajadi tersebut, dengan imejan permukaan yang merangkumi geiser yang memuntahkan jet wap air, partikel ais dan sodium klorida hasil dari aktiviti cryovolcanic menunjukkan satelit tersebut sangat aktif dari segi geologi.

Enceladus mengorbit Zuhal pada jarak 238 000 km, dan orbitnya terletak diantara orbit dua satelit semulajadi yang lain yakni Mimas dan Tethys.

Selain Titan, Enceladus adalah antara satelit semulajadi planetari yang mempunyai kehadiran atmosfera yang sangat signifikan berbanding satelit-satelit semulajadi Zuhal yang lain. Komposisi gas dalam atmosfera Enceladus terdiri dari 91% wap air, 4% nitrogen, 3.2% carbon dioksida, dan 1.7% methana.

Struktur satelit semulajadi ini dikatakan kaya dengan unsur ais, dengan permukaannya atau topografinya memperlihatkan aktiviti cryovolcanic yang memperlihatkan letusan air, garisan garisan sesaran, ngarai dan sedikit kesan kawah hentaman objek angkasa yang telah terhakis akibat aktiviti tektonik yang memberikan indikasi satelit semulajadi ini mengalami aktiviti tektonik aktif yang senantiasa merubah topografinya. Permukaan Enceladus jika dibandingkan dengan satelit planet Musytari, Europa menunjukkan persamaan yang sangat signifikan. Aktiviti volkanik berbentuk pengeluaran dan pemuntahan air dari teras ais dan lautan global bawah permukaan senantiasa memperbaharui permukaan satelit semulajadi ini.

Untuk pengetahuan pembaca, Enceladus, Titan dan Europa mengalami fenomena cryovolcanism yg mana berbeza dari gunung berapi di Bumi atau Marikh yang memperlihatkan pengeluaran lava dalam bentuk batuan silika bersuhu tinggi, ia mengeluarkan atau meletuskan air dan unsur unsur mudah terbakar, menghasilkan debu seperti salji yang mencanak naik ke atmosfera dan lantas terlepas dari cengkaman graviti satelit tersebut lalu membentuk lingkaran pada Planet Zuhal yang sangat popular.

Siri aktiviti tersebut berjaya ditangkap alatan cerapan prob angkasa Cassini, dengan foto yang memperlihatkan geiser yang meletus seperti tembakan jet yang mengandungi partikel ais, serta cerapan dari alatan saintifik seperti magnetometer, penganalis debu kosmik dan spektrometer jisim neutral dan ion mengukuhkan lagi bukti komposisi atmosfera dan bahan dalam kandungan permukaan dan dalaman dengan pecahan jisim yang terdiri dari partikel ais, nitrgogen dan metana yang membentuk Enceladus.

Bukti mengenai hipotesis akan kewujudan air dalam bentuk cecair di Enceladus juga mula menemukan kebenaran hasil dari cerapan yg dibuat prob angkasa Cassini setelah melakukan beberapa siri penerbangan lintas keatas Enceladus.

Di bawah permukaan beku Enceladus, adalah sahih dikatakan terdapatnya lautan global dengan komposisi air berbentuk cecair dengan isipadunya dikatakan hampir sama dengan isipadu Tasik Superior di Amerika Utara.

Hasil cerapan dengan menggunakan kaedah Doppler Shift memberikan gambaran mengenai adanya jasad yang lebih tumpat dari permukaan ais yang beku tetapi tidak setumpat batuan. Kehadiaran jasad air dalam bentuk cecair ini memberikan kemungkinan akan wujudnya hidupan biologikal. Sehingga kini usaha untuk kembali ke Enceladus sedang dilakukan oleh agensi-agensi angkasa global, yang merangkumi ekspedisi saintifik dan robotik ke Titan dan Enceladus bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kewujudan jasad air dalam bentuk cecair yang membentuk lautan global dibawah permukaan satelit tersebut dan seterusnya mencari kesan kewujudan hidupan biologikal.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Leave A Reply