Pernah tak korang dengar lagu Diari Seorang Lelaki karya Pretty Ugly? Pretty Ugly juga ada keluarkan sebuah lagu yang agak “dark” bertajuk En Ronald Moore di dalam album pertama mereka sendiri iaitu AbstrakVersiFantasi.

 

Persoalannya, siapa En Ronald Moore ni?

 

Sebenarnya lirik tersebut adalah berdasarkan tragedi yang benar-benar berlaku di Dallas, Amerika Syarikat pada tahun 2001.

 

Lebih menarik lirik lagu tersebut diambil dari satu keratan akhbar berbahasa Melayu yang dipercayai daripada Utusan Malaysia dalam segmen ‘Dunia’.

 

Akhbar itu pula merujuk kepada kejadian benar yang berlaku pada April 2001 yang terjadi di Dallas, Amerika Syarikat, dimana seorang bapa yang bernama Ronald Moore menyuruh anaknya yang tidak didedahkan namanya, menembaknya di kepala menggunakan pistol yang menggunakan peluru kaliber .22 atau 5.6mm yang mana kemungkinan besar adalah dari jenis mini revolver atau starter pistol untuk tujuan rekreasi. Artikel dan lirik tersebut berbunyi seperti berikut:

 

Seorang lelaki Dallas

Yang menurut polis mabuk seharian, sebelum memaksa anak lelakinya berusia 6 tahun menembaknya di kepala

 

Mati akibat kecederaannya semalam, lapor jurucakap hospital

Ronald Moore 42 ditembak di kepala pada hari Easter Ahad lalu

 

Apabila dia mengarahkan budak itu mengacu pistol .22 ke kepalanya dan menarik picunya, kata polis

Kata polis, kata polis Dallas

 

Keluarga lelaki itu memberitahu polis, Moore menjadi kecewa dan agresif, selepas meminum arak vodka hampir seharian, budak lelaki itu dan abangnya berusia 11 tahun sedang bermain di rumah

Apabila Moore mendekati mereka, nama kanak-kanak itu tidak didedah

 

Kalau korang baca lirik dia pun, mesti korang rasa meremang. Inilah pembawaan genre psychedelic rock dengan tempo yang berbau nada klasik merry-go-round, akan membangkit satu aura gelap yang mengganggu. Mungkin inilah mengapa ia dipanggil psychedelic, seperti sesuatu yang surreal yang menimbulkan tandatanya yang mengkhayalkan.

 

Apa pula yang jadi pada anak lelaki En Ronald Moore ni?

 

Kisah pembunuhan ini diceritakan oleh kanak-kanak itu disokong oleh abangnya yang berusia 11 tahun.

 

Polis percaya cerita kanak-kanak lelaki itu dan berkata kanak-kanak berusia enam tahun itu tidak akan didakwa. Kedua-duanya diberikan perkhidmatan kaunseling.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Lagu pasal pembunuhan, sangat unik lagi-lagi untuk kita yang berada di Malaysia ni. Kalau korang rasa nak trigger lagi diri korang dengan pembunuhan, korang baca di dalam novel TANGISAN SRI MELATI. Dapatkan segera!

https://bit.ly/TangisanSriMelatiShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply