Cristiano Ronaldo adalah satu nama besar yang tidak asing lagi di dalam dunia khususnya buat penggemar sukan bola sepak.
Sosok berusia 35 tahun kelahiran wilayah Funchal, Portugal ini bukan sahaja hebat di atas padang, malah beliau turut dikenali sebagai ‘self-made billionaire’ yang memiliki rangkaian jenama perniagaan ‘CR7’.
Setakat 3 November 2020, Cristiano Ronaldo telah meledak 634 jaringan gol di dalam 4 buah kelab terkemuka dunia iaitu Sporting CP (5), Manchester United (113), Real Madrid (450) dan Juventus (70).
Lebih hebat, Kapten Portugal itu telah mencatat 101 jaringan gol ketika menyarung jersi Kebangsaan, yang mana jumlah itu meletakkan beliau sebagai penjaring kedua terbanyak dunia di belakang Ali Daei dari Iran (109 gol). Jika diikutkan senario semasa, tak lama lagi rekod 109 gol itu akan dipecahkan oleh Ronaldo.
Kedua-dua rekod jaringan tersebut telah menobatkan Cristiano Ronaldo sebagai pemain bola sepak ke-5 terbaik dunia di dalam ranking ‘all-time top scorer’ terbitan R.S.S.S.F dengan jumlah keseluruhan 737 gol dijaringkan sepanjang 1019 perlawanan kompetitif setakat 7 Oktober 2020.
Pemenang 5 kali anugerah Ballon d’Or ini turut memiliki 30 buah trofi utama di ruangan kabinet piala miliknya, termasuk 5 kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), 7 kejuaraan Liga (3x Premier League, 2x La Liga dan 2x Serie A), 1 trofi kejuaraan EURO dan Nations League.
Di dalam ruangan media sosial yang tidak bersempadan pula, Cristiano Ronaldo memiliki ‘followers’ seramai 241.5 juta di akaun Instagram, 140.9 juta di Facebook dan 88.9 juta di Twitter.
Angka-angka tersebut telah menjadikan beliau sebagai influencer paling ramai pengikut di akaun Instagram dan Facebook, dan ke-5 terbesar di akaun Twitter setakat bulan 4 November 2020.
Menurut kajian yang dibuat oleh Business Insider pada tahun 2019, anggaran bayaran yang diterima oleh Cristiano Ronaldo untuk setiap satu ‘post’ pengiklanan di Akaun Instagram beliau adalah berjumlah $975 000 atau RM4.065 juta mengikut kadar pertukaran semasa.
Maka, secara keseluruhannya Ronaldo dilaporkan menerima bayaran sehingga $47.8 Juta USD hanya melalui pengiklanan Instagram berdasarkan kajian daripada firma Hopper HQ pada tahun 2019.
Dalam pada itu, Forbes meletakkan Cristiano Ronaldo di tangga ke-2 di dalam senarai atlet sukan yang memiliki pendapatan terbesar dunia pada tahun 2020, dengan bayaran (sebelum cukai) berjumlah $105 Juta USD menerusi penerimaan gaji sebanyak $60 Juta dan ‘Endorsement’ bernilai $45 Juta dibelakang Roger Federer ($106 Juta).
Tahun 2020 juga menyaksikan Ronaldo mendapat pengiktirafan sebagai atlet sukan ketiga di dunia yang berjaya mencapai kekayaan berjumlah $1 Bilion, mengikut jejak langkah pemain golf terkenal dunia, Tiger Wood (2009) dan bekas ahli tinju profesional dunia iaitu Floyd Mayweather (2017).
Dari sudut perniagaan pula, Cristiano Ronaldo terlibat secara langsung dengan beberapa kontrak penajaan (sponsorship) bernilai jutaan dollar bersama jenama-jenama terkemuka dunia seperti Nike Inc, Herbalife Nutrition, Tag Heuer, American Tourister, KFC, Shopee, dan juga Egyption Steel.
Ronaldo dilaporkan telah menandatangani kontrak kerjasama seumur hidup dengan Syarikat Nike Inc yang dianggarkan bernilai $ 1 Bilion USD menurut investopedia.com. Selain Ronaldo, hanya dua orang atlet sahaja yang pernah menandatangani kontrak serupa iaitu Michael Jordan dan LeBron James dari sukan bola keranjang (NBA).
Selain itu, empayar perniagaan Ronaldo yang dikenali sebagai ‘CR7’ memiliki rangkaian barangan seperti seluar dalam, kasut, cologne, cermin mata dan beberapa cawangan hotel mewah yang dikenali sebagai Pestana CR7 Lifestyle Hotels. Kejayaan ini jelas memperlihatkan Cristiano Ronaldo sebagai sebuah jenama terkemuka di persada antarabangsa.
Walaubagaimanapun, artikel ini bukanlah ditulis untuk mengagung-agungkan keperibadian Ronaldo. Penulisan ini lebih bersifat ‘inspirational sharing’ yang mana kita boleh ambil inspirasi daripada kejayaan beliau sebagai salah satu penguat motivasi diri.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih