Empayar Gupta adalah sebuah empayar India purba yang wujud pada kurun ke-3 sehingga kurun ke-6 Masehi. Pada zaman ini, India mengalami kemajuan terutama pada sudut kebudayaan.
Pencapaian-pencapaian empayar ini dalam seni bina, seni pahat dan seni lukisan meninggalkan pengaruh yang mendalam terhadap tamadun-tamadun terkemudian dan malah menyebar luas sehingga melangkaui wilayah sempadan. Raja-Raja Gupta pula dikenang lantaran kegagahan mereka dari sudut ket3nteraan, kebaikan hati yang dipamerkan serta usaha-usaha mereka dalam memelihara dan membangunkan kesenian.
Empayar ini adalah kuasa politik yang menggantikan Empayar Maurya, walaupun ia tidaklah menguasai kawasan yang saiznya seluas empayar yang lama itu. Apapun, Empayar Gupta berupaya mengekalkan kekuasaan ke atas bahagian utara India di bawah satu pemerintah selama beberapa tempoh. Malahan, wilayah kekuasaannya merangkumi juga bahagian tengah dan selatan India.
Empayar Maurya tumbang pada sekitar 180SM, berikutan pembvnuhan Brihadratha Maurya oleh salah seorang panglimanya yang bernama Pushyamitra Shunga. Pada zaman pemerintahan Ashoka yakni pada kurun ke-3SM, Empayar Maurya mencapai era kemuncak dalam perluasan wilayahnya.
Empayar ini menguasai hampir seluruh sub-benua India. Sebagai susulan kepada ketumbangan empayar ini pada separuh pertama kurun ke-2SM, berlaku kekosongan kuasa di rantau itu yang mana keadaan ini diisi oleh oleh kemunculan pelbagai negara-negara kecil. Negara-negara ini secara berterusan berper4ng antara satu sama lain dan keadaan ini berlanjutan selama 500 tahun, sebelum tertubuhnya Empayar Gupta pada sekitar tahun 320M.
SIAPAKAH PEMERINTAH-PEMERINTAH GUPTA?
Tidak banyak maklumat yang kita ketahui berkenaan keturunan para pemerintah Gupta. Sejarahwan cenderung berpendapat bahawa mereka adalah pemilik-pemilik tanah yang bangkit berkuasa di wilayah selatan Bihar moden. Sebelum kebangkitan Empayar Maurya, kawasan berkenaan diperintah oleh Kerajaan Magadha.
Tambahan lagi, terdapat juga pandangan yang mendakwa wilayah timur Uttar Prades sebagai sebahagian daripada wilayah asal Gupta. Malahan, wilayah ini dianggap lebih penting berbanding Bihar lantaran banyaknya syiling dan inskripsi raja-raja awal Gupta ditemui di sini.
Direkodkan bahawa pengasas Dinasti Gupta adalah Sri Gupta yang hidup pada kurun ke-3 Masehi. Kedudukan beliau kemudiannya digantikan oleh puteranya yang bernama Ghatotkhaca. Sejarahwan tidak mempunyai banyak maklumat perihal dua orang pemerintah awal Gupta ini, dan pemerintahan mereka pula dianggap kurang signifikan pada waktu itu.
Namun, keadaan mula berubah apabila Chandragupta I, putera kepada Ghatotkhaca menaiki takhta pada tahun 320M. Dengan menggabungkan antara kekuatan ketentaraan dan penjalinan persekutuan menerusi jalan perkahwinan, Chandragupta memperluaskan wilayah sempadan kerajaannya sehingga ia menjadi sebuah empayar.
Daripada kaum Kush yang menghuni wilayah barat Gupta, Chandragupta dapat memahami kepentingan pasukan kavalri. Lantas, beliau menggunakannya secara efektif dalam memerangi mvsuh-musuhnya dan menewaskan mereka dalam medan pertempvran. Tambahan lagi, Chandragupta turut membentuk persekutuan politik yang ampuh dengan mengahwini Kumaradevi, putera puak Licchhavi.
Puak ini berkuasa di bahagian utara Bihar, dan menurut sebilangan pendapat, Nepal. Menjelang akhir pemerintahan Chandragupta yakni sekitar 330M, Empayar Gupta sudah pun melebarkan wilayah kekuasaan mereka di seluruh kawasan Allahabad, kota moden di wilayah Uttar Pradesh. Hal ini benar-benar membuktikan gelaran yang digunakannya, iaitu maharajhadhiraja (raja segala raja).
RAJA YANG IDEAL
Chandragupta kemudiannya digantikan oleh puteranya yang bernana Samudragupta. Beliau memerintah selama empat dekad. Samudragupta dianggap sebagai seorang raja yang ideal dan zaman pemerintahannya diperkirakan sebagai ‘zaman keemasan dalam sejarah India’. Samudragupta melanjutkan polisi perluasan wilayah yang dilakukan oleh ayahandanya dan menaklvk saki-baki wilayah utara India. Berikutan kejayaannya itu, beliau pun mengalihkan tumpuannya ke wilayah selatan pula dengan menaklvk bahagian selatan India.
Samudragupta bukan hanya seorang panglima yang cekap, malah pemerintah yang berkebolehan. Beliau dicatatkan pernah menyumbangkan sejumlah besar wang untuk pelbagai tujuan, termasuklah pendidikan. Beliau juga menggalakkan ketinggian sahsiah dalam kalangan pelbagai komuniti keagamaan yang terdapat di dalam empayarnya. Lebih daripada itu, Samudragupta turut disifatkan sebagai seorang penyair dan ahli muzik. Di bawah pemerintahannya, Empayar Gupta mengalami tempoh keamanan dan kegemilangan.
PENGAKHIRAN HARI-HARI GEMILANG
Keadaan ini berlanjutan di zaman pemerintahan tiga orang maharaja Gupta yang seterusnya, iaitu Chandragupta II, Kumaragupta I dan Skandagupta. Menjelang akhir pemerintahan Kumaragupta, empayar beliau menerima ancaman daripada kaum Pushyamitra, sebuah kabilah dari India Tengah yang mungkin turut menjalinkan persekutuan dengan kaum Huna, sebuah kabilah dari Asia Tengah.
Pun begitu, raja-raja Gupta berjaya menewaskan mereka. Pada zaman pemerintahan Skandagupta pula, kaum Huna menyer4ng empayar Gupta. Namun kali ini juga mereka dapat ditewaskan.
Walau bagaimanapun, ser4ngan daripada kaum Huna kembali semula dan para penganti Skandagupta pula tidak cukup kuat untuk menewaskan mereka. Sebagai susulan, mereka pun kehilangn kuasa ke atas kebanyakan wilayah. Dinasti Gupta terus bertahan sehingga tahun 550M, walaupun pada waktu itu, mereka sudah pun menjadi sebuah negara yang tidak penting. Hari-hari gemilang mereka sudah sirna jauh lebih awal meninggalkan mereka.
TERJEMAHAN:
Wu Mingren. (18 Jun 2018). Gupta Empire of Ancient India was Golden Age of Goodwill, Artistic Endeavors and M!litary Might. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-important-events/gupta-empire-ancient-india-golden-age-artistic-021947
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih