Khanate merupakan sebuah entiti politik yang diperintah oleh seorang khan. Khan pula adalah gelaran yang disandang oleh pemerintah Monggol. Seiring peredaran masa, gelaran ini kemudiannya turut digunakan oleh kebanyakan pemimpin Muslim. Walaupun terdapat banyak khanate yang wujud dalam sejarah, khanate-khanate yang paling masyhur adalah khanate-khanate yang menggantikan Empayar Monggol.

Pada kurun ke-13 Masihi, Empayar Monggol ditubuhkan oleh Genghis Khan. Bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah tertinggi Monggol, Genghis Khan memakai gelaran ‘Khagan’ yang membawa maksud ‘Khan Agung’. Gelaran tersebut terus diguna pakai oleh para pengganti Genghis Khan, walaupun tidak lama kemudian Empayar Monggol sendiri mula berpecah.

Lapan dari 15 orang Khagan Empayar Monggol

TIGA KHAGAN SESUDAH GENGHIS

Tiga orang khagan yang menyusuli pemerintahan Genghis Khan – iaitu Ogedei, Guyuk, dan Mongke, masing-masing dilantik oleh kurultai (seumpama persidangan para panglima) untuk memerintah Empayar Monggol. Walau bagaimanapun, sistem kurultai ini mula menampakkan kekurangannya sesudah kemangkatan Ogedei dan ia semakin ketara sewaktu kemangkatan Mongke pada tahun 1259.

Genghis Khan dan tiga dari empat orang puteranya

Walau tiada kesepakatan antara para panglima, Kublai Khan ditabalkan sebagai khagan yang baru bagi menggantikan Mongke. Pun begitu, gelaran khagan yang disandang oleh beliau hanya pada nama semata-mata. Hal ini kerana khanate-khanate kecil sudah mula terbentuk dan Kublai sendiri hanya memerintah Empayar Monggol yang sudah berpecah. Ketika Kublai Khan mangkat pada tahun 1294, Empayar Monggol terbahagi kepada empat buah khanate – iaitu Chagatai Khanate, Golden Horde, Ilkhanate, dan Dinasti Yuan.

EMPAT BUAH KHANATE

Khanate pertama yang terbentuk di antara empat buah khanate tersebut adalah Chagatai Khanate. Khanate ini berpangkalan di Asia Tengah, di mana rantau tersebut sememangnya diserahkan oleh Genghis Khan kepada putera keduanya, Chagatai. Walau bagaimanapun, Chagatai Khanate tidak meninggalkan impak yang besar seperti tiga buah khanate lain.

Pengebumian Chagatai Khan, pemerintah Chagatai Khanate

Di bawah pemerintahan Batu Khan, Golden Horde melu4skan kekuasaannya ke Eropah dan menundukkan kerajaan-kerajaan kecil di Russia. Khanate ini berdiri sehingga pertengahan kurun ke-14 dan setelah itu, ia mula mengalami kemunduran. Menjelang kurun berikutnya, Golden Horde berpecah kepada sejumlah khanate kecil; tiga khanate yang paling utama adalah Khanate Crimea, Khanate Astrakhan, dan Khanate Kazan.

Golden Horde atau juga dikenali sebagai Kipchak Khanate pula merangkumi bahagian barat laut Empayar Monggol. Rantau ini diserahkan kepada Jochi, putera sulung Genghis Khan. Jochi mangkat lebih awal berbanding ayahandanya, dan kedudukan beliau digantikan oleh puteranya yang bernama Batu Khan.

Pasukan Golden Horde menewaskan Ilkhanate dalam pertempuran Terek pada 1262. Ramai tentera Hulagu mati lemas dalam Sungai Terek semasa berundur

Ilkhanate pula berpangkalan di Parsi dan ia ditubuhkan oleh Hulagu Khan, saudara kepada Mongke dan Kublai. Pada tahun 1255/6, Hulagu ditugaskan oleh Mongke untuk menundukkan negara-negara Islam di barat, sampailah ke Mesir. Lantas, Baghdad pun dijarah oleh Ilkhan pada 1258 sekaligus meruntuhkan Kekhalifahan Abbasiyah. Namun pada tahun 1260, kemaraannya ke barat disekat di Palestin apabila mereka tewas dalam Pertempuran Ain Jalut di tangan Kesultanan Mamluk.

Walaupun kekalahan tersebut menandakan terhentinya perlu4san kuasa Ilkhan di Timur Tengah, pengaruhnya sebagai kuasa serantau masih terus bertahan. Hal ini dapat dilihat, misalnya, dalam cubaan para penguasa Eropah yang cuba memeterai persekutuan dengan Ilkhan dalam rangka memerangi Mamluk. Walau bagaimanapun, tidak sampai sekurun sesudah penubuhannya, Ilkhanate mula merudum dan berpecah.

Hulagu di Baghdad menahan Khalifah bersama perbendaharaannya

KHANATE YANG JUGA SEBUAH DINASTI

Khanate yang terakhir adalah Dinasti Yuan yang memerintah China. Maharaja pertamanya adalah Kublai Khan, dan dinasti ini bertahan sehingga tahun 1368. Walaupun usianya juga tidaklah mencecah satu kurun, dinasti ini banyak memberikan sumbangan signifikan.

Misalnya, Khanbaliq (Beijing moden) dibina semula sepenuhnya oleh Kublai Khan untuk dijadikan sebagai ibu kota beliau. Selain itu, Dinasti Yuan juga terkenal dengan kesusasteraan, khususnya dalam pementasan drama dan penghasilan novel.

Kublai Khan juga giat melaksanakan projek-projek awam demi menaik-taraf kehidupan rakyat jelatanya. Pemerintahan beliau yang sejahtera ini direkodkan oleh pengembara masyhur dari Venice, iaitu Marco Polo. Tidak seperti khanate-khanate lain, Dinasti Yuan tidaklah berakhir dengan berpecah kepada khanate-khanate kecil, tetapi ia digantikan oleh sebuah dinasti Han tempatan iaitu Ming.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (7 Oktober 2018). The Famous and Powerful Khanates that Followed the Mongol Empire. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-important-events/khanate-mongol-empire-0010805


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.