Salah satu daripada keajaiban dunia yang sangat mengagumkan kita manusia yang hidup di zaman moden ialah Empangan Marib atau juga dikenali sebagai Empangan Marib. Ia dibina pada sekitar abad ke-8 sehingga abad ke-6 Sebelum Masihi, sezaman dengan peradaban Melayu Sungai Batu yang juga dijangka berdiri sezaman dengan kerajaan purba ini. Namun, dipercayai juga perancangan untuk membangunkan empangan ini dapat dijejak seawal sehingga 1700 SM. Untuk rekod, Empangan Marib dipercayai merupakan antara empangan pertama yang wujud dalam sejarah dunia.
Empangan ini sangat-sangat dikagumi oleh kebanyakan pengkaji hari ini, dan antara beberapa faktor yang menjentik rasa takjub itu ialah kemampuan masyarakat Arab purba ketika itu membina sebuah binaan yang telah menampung kehidupan di padang pasir gersang, dan juga memakmurkan kota yang paling berpopulasi di semenanjung Arab ketika itu, Marib yang juga nama diberikan kepada empangan ini.
Bayangkan ketinggian yang dimiliki oleh empangan agung Marib ini sahaja mencapai sehingga 15 meter, dengan tembok yang dibina daripada lumpur dan batu-bata yang merentangi sehingga 650 meter panjangnya, yang dimana saiz tembok ini adalah dua kali ganda lebih besar daripada Empangan Hoover di Amerika Syarikat yang dibina pada zaman moden (sekitar 1931, kira-kira 2800 tahun yang lalu. Dek kerana saiz gergasinya serta kehebatan teknologi masyarakat arab purbaketika itu, empangan Marib dikatakan telah mengairi lebih kurang 25, 000 ekar tanah pertanian.
Namun, fakta dan angka-angka di atas adalah datang daripada proses membaipuluh dan meningkat taraf empangan Marib ini. Pada asalnya, ketika sekitar abad ke-7 Sebelum Masihi, kita melihat bahawa tingginya sekadar setinggi 4 meter, tetapi Panjang temboknya masih dalam sekitar 580 meter. Ketinggiannya terus bertambah sekitar 500 SM kepada 7 meter sebelum mencapai ketinggian 15 meter pada 115 SM.
Sudah tentu, empangan gergasi yang sebesar ini mengalami proses pembaikian yang berterusan sepanjang zaman. Bahkan ketika peralihan peradaban di Yaman, tempat berdirinya empangan Saba ini, antara Saba dan Himyar, empangan ini terus dijaga dengan baik. Bahkan pernah dicatatkan, salah satu daripada proses pembaikian dan baik pulih empangan pernah memakan tenaga kerja berjumlah 20, 000 orang dan juga 14, 000 ekor unta. Rekod terawal tentang pembaikian empangan ini adalah oleh Yada’ El Zarih I ketika antara 760–740 SM, iaitu rekod pemerintahan raja ini sebelum disambung oleh Yada’ El Bayin II yang memerintah sekitar 740-720 SM.
Namun, disebalik proses pembaikian yang berterusan oleh pelbagai raja Arab Purba, ia juga pernah dicatatkan pernah rosak dan pecah akibat beberapa faktor seperti peperangan, sebagai contoh berlaku ketika 145 SM menyebabkan empangan ini rosak sehingga menenggelamkan dan merosakkan tanam-tanaman dan ladang yang memang bergantung pada empangan ini.
Namun, usia Empangan Marib berakhir, dipercayai pada 570 atau 575 Masihi, sekaligus keruntuhan empangan ini dikatakan sebagai salah satu punca kejatuhan bangsa Arab ke zaman kegelapan mereka. Legenda mengatakan bahawa kononnya tikus-tikus telah menggigit tembok yang memagari air yang ditampung oleh empangan ini. Ayat Al-Quran pula menceritakan runtuhnya empangan ini sebagai hukuman untuk bangsa Saba yang ingkar pada ajaran ALLAH. Kisah runtuhnya empangan Saba diceritakan di dalam Al-Quran dengan ayat berikut:
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Surah Saba: 15-19)
Hari ini, empangan ini masih boleh dijumpai kesan arkeologinya di sekitar Yaman tempat berdirinya Kerajaan Saba yang diperintah oleh Ratu Balqis. Bahkan ketika Arab Saudi menceroboh Yaman kerana konflik geopolitik, salah satu daripada pesawat Arab Saudi telah menghancurkan kesan-kesan arkeologi empangan Marib yang masih lagi berdirti pada hari ini.
Dalam kita membaca tentang binaan hebat Empangan Marib ini, kita juga mendapat tahu bahawa kesan runtuhnya sebuah empangan mampu mengakibatkan kehancuran yang sangat-sangat menakutkan. Peradaban pernah runtuh seperti Saba kerana runtuhnya sebuah empangan sehingga tercatat dalam Al-Quran yang digelar sebagai Banjir Besar yang dipanggil Al-Arim. Bahkan, dalam sejarah, rekod bencana yang berlaku akibat runtuhnya empangan adalah di China yang memakan nyawa sampai 171, 000 orang dan mengakibatkan 11 juta nyawa hilang tempat tinggal.
Yang peliknya, masih ada lagi page-page tabloid yang mengambil kesempatan ketika musim hujan dan banjir ini dengan memetik video pintu air yang pecah atau sungai dilanda tali air, lalu memberikan gambaran seolah-olah bahawa bencana empangan pecah yang mampu menghancurkan peradaban telah berlaku di Malaysia.
Di manakah hilangnya adab dan intelek admin-admin page tabloid ini?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih