Menjelang tahun 2020, Emiriyah Arab Bersatu atau UAE akan melancarkan prob tanpa pemandu pertama mereka ke Marikh.
Emiriyah bukanlah lama sangat dalam aeroangkasa tapi mereka tak mahu ketinggalan. Mereka bermula dengan membangunkan satelit komunikasi, kemudian memperluas kepakaran dalam negeri dengan menyediakan pengajian di universiti berkenaan sains angkasa dan aeroangkasa. Dan mereka berwawasan jauh.
Prob yang dinamakan HOPE (Harapan) ini akan dilancarkan sekitar tahun 2020,dan akan tiba di Marikh sekitar tahun 2021, selari dengan sambutan 50 tahun pembentukan Emiriyah Arab Bersatu.
Ya ini akan menjadikan UAE sebagai negara Arab dan negara Islam pertama yang mendepani eksplorasi ke Marikh.
(Di Malaysia orang Islam Melayu berbalah tentang logik akal,Bumi leper dan bulan bebola gas dan matahari 20km)
Program yang dikendalikan oleh Agensi Angkasa Emiriyah dan Pusat Angkasa Mohamed bin Rashid ini adalah bertujuan melaksanakan kajian saintifik keatas atmosfera planet Marikh yang antaranya bertujuan mengenalpasti sebab planet tersebut mengalami keadaan yang mana atmosferanya semakin menipis dan menghilang, kadar pelepasan hidrogen dan oksigen ke angkasa lepas, cerapan global yang menyeluruh berkenaan keadaan atmosfera planet Marikh.
Prob angkasa dari Emiriyah ini akan sedang dibina, melibatkan 75 orang tenaga pakar tempatan Emiriyah yang mana ia dibahagikan kepada 7 kumpulan utama yang mengendali segmen pembangunan prob dan kelengkapan saintifik, kumpulan kajian saintifik, tim pelancaran dan tim kawalan Bumi yang mengendali operasi prob selain mereka turut bekerjasama dengan universitas tempatan dan antarabangsa yang bakal berkongsi data yang dikumpul berkenaan Marikh ini nanti.
Dan ya, bertentangan dengan kepercayaan kebanyakan orang yang menyangka negara Arab menindas wanita, program ini meletakkan wanita sebagai ketua operasi kajian sains dan logisitik misi serta kumpulan pengurusan projek, yang mana latar belakang mereka juga bukan calang calang dimana sebelum misi HOPE, mereka telah terlibat dengan program pembagunan satelit KHALIFASAT dan Nayif-1,pembangunan sistem UAS dan kajian berkenaan HAPS. Bukan sebarangan orang.
HOPE bakal dilengkapi radas pengimejan yang akan mencerap dan mengambil foto digital resolusi tinggi (EXI), Spektrometer InfraMerah (EMIRS) bagi cerapan perubahan suhu,wap air dan ais serta debu yang terkandung dalam atmosfera Marikh serta Spektrometer Sinaran Ultralembayung (EMUS) yang akan mencerap lapisan atmosfera tinggi Marikh.
Sistem EXI,EMUS dan EMIRS ini akan dibina sendiri oleh pakar tempatan Emiriyah.
Tetapi program ini bukan semata mata mengenai Marikh.
Ia adalah usaha Emiriyah untuk mengembangkan kepakaran teknikal dan intelektual didalam bidang aero angkasa dalam negara dan pada masa sama mengukuhkan pelan pembangunan negara. Ini adalag wawasan Emir Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, pemerintah Emiriyah yang melihat visi untuk memajukan rakyat dan negaranya menjadikan sektor aeroangkasa sebagai sektor utama ekonomi Emiriyah.
Misi HOPE adalah batu loncatan yang akan membawa Emiriyah lebih jauh dalam industri angkasa lepas – dan visi angkasa UAE memperlihatkan sasaran untuk mewujudkan koloni mereka sendiri di Marikh menjelang 2117.
Ya Emiriyah mensasarkan untuk menjadi salah satu negara yang mempunyai koloni mereka sendiri dalam masa 100 tahun.
Kita?
Masih berbalah tentang dobi taliban dan membahalol kan otak orang lain.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih