Lebih kurang 80 tahun selepas kematian ‘Count Dracula’ dalam pertempuran terakhirnya dengan balatentera Empayar Turki, lahir seorang bayi perempuan di sebuah daerah di Hungary. Bapanya adalah keturunan bangsawan Transylvania, salah seorang dari mereka pernah menjadi Voivode, iaitu golongan pegawai tinggi di Transylvania ketika di bawah pengaruh Kerajaan Hungary. Keluarga sebelah ibunya pula memiliki reputasi sebagai Voivode dan Duke di Transylvania manakala sepupunya Stefan Bathory adalah raja Persekutuan Poland-Lithuania.
Menariknya, salah seorang moyangnya adalah sekutu Vlad III ‘Count Dracula’ ketika pertempuran melawan Turki dan sekutu Wallachia mereka yang membawa kepada kematian ‘Count Dracula’ itu.
Nama penuhnya ialah Countess Elizabeth Báthory de Ecsed .
Ecsed adalah nama keturunan bapanya manakala Bathory adalah sasilah sebelah ibunya. Elizabeth banyak menghabiskan masanya di istana keluarganya iaitu Istana Ecsed sebelum berkahwin dengan Ferenc Nádasdy, anak seorang baron Hungary. Dia kemudiannya berpindah ke Istana Nádasdy, mahligai agam milik keluarga baron tersebut di Sarvar, Hungary.
Ketika di istana itu lagi, Elizabeth sudah mula merasa kesepian, apabila kerap ditinggalkan suaminya yang melanjutkan pelajarannya ke Vienna.
Sebagai hadiah perkahwinan mereka, suatu hari Elizabeth dihadiahkan oleh suaminya sebuah istana, Istana Čachtice. Istana itu dikelilingi dengan perkampungan dan kawasan pertanian. Di sini bermula kisah ‘Bride of Dracula’ itu.
Pada tahun 1578, suaminya dilantik menjadi ketua pasukan dalam tentera Hungary dalam kempen peperangan ke atas Empayar Turki. Elizabeth ditinggalkan untuk mengurus ladang dan hal ehwal harta suaminya serta urusan orang-orang di perkampungan sekitar seperti menjaga kebajikan dan pembayaran gaji.
Kisah-kisah di dalam istana misteri itu sepeninggalan suaminya kurang diketahui orang ramai. Elizabeth dihormati masyarakat sekeliling sebagai anak bangsawan dan wanita terpelajar yang menguasai 4 bahasa.
Kisah-kisah ‘darkside’ Elizabeth terbongkar apabila ramai anak bangsawan bawahan hilang. Walaupun sebelum itu terdapat banyak kehilangan anak-anak gadis di perkampungan sekitar namun ianya hanya disenyapkan kerana karenah birokrasi dan pengaruh Elizabeth yang kuat di sekitarnya.
Elizabeth kemudiannya dituduh sebagai punca kepada kehilangan dan pembunuhan beratus gadis di Sarvar dan beberapa hartanahnya. Kononnya terdapat senarai lebih 650 nama anak-anak gadis yang kebanyakannya adalah bangsawan bawahan, belum lagi gadis-gadis petani miskin yang bekerja di istana atau diculik dan dibekalkan kepada Elizabeth oleh pihak ketiga.
Misteri kehilangan gadis-gadis itu telah merebak dan menggemparkan seluruh Hungary sehingga mendesak Maharaja Empayar Roman Suci bertindak.
György Thurzó, Palatine (sama pangkat dengan wizurai/wakil raja) bagi kerajaan Hungary telah diarahkan menyiasat. Setelah mengumpul bukti, tentera menyerbu istana ‘Countess Dracula’ tersebut. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat mayat-mayat gadis merata-rata di dalam istana;ada yang terbaring di atas meja makan, ada yang terikat di tiang dengan kulitnya disayat dan di dalam penjara terdapat sekumpulan lagi yang sedang menunggu untuk dibunuh. Di tab mandi, penuh dengan darah dengan gadis sedang nazak terendam di dalamnya.
Ini adalah benar-benar ‘Untold Story’ bagi penduduk Sarvar. Istana agam itu sebenarnya adalah tempat tinggal ‘pontianak’.
Cerita di sebaliknya terbongkar;kesepian hidup wanita bangsawan itu kerana sering ditinggalkan suami telah menyebabkan dia terlibat dengan skandal beberapa lelaki. Kemudiannya, dia mula menjadi biseksual-mula meminati gadis-gadis muda disamping tetap menjalin hubungan sulit dengan lelaki.
Melalui salah seorang pembantu wanitanya, dia mula mempercayai Satanisme dan ritual seks.
Apabila umurnya melewati 40-an, dia mula trauma dengan kehilangan kecantikannya. Bermula dengan trauma ini, dia mula membunuh gadis-gadis muda apabila percaya bahawa darah anak gadis adalah penawar kepada kecantikannya yang mula luntur. Setelah suaminya meninggal dunia, dia semakin bebas membunuh gadis-gadis petani miskin, setelah itu mula merebak kepada anak-anak gadis bangsawan bawahan.
Legenda mengatakan darah para gadis itu dibuat mandian, biasanya terisi penuh di dalam tab mandi.
Elizabeth akhirnya didapati bersalah dan dipenjarakan di dalam istananya sendiri. Dia sempat hidup selama empat tahun di dalam tahanan tersebut sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 21 Ogos 1614 pada usia 54 tahun.
Imej sadis dan kekejamannya banyak menginspirasikan lewat sejarah. Pada tahun 1982, Venom, sebuah band heavy metal British telah merakamkan lagu bertajuk ‘Countess Bathory’ merujuk kepada perempuan sadis itu. Sebuah band black metal, Cradle of Filth telah mengeluarkan kulit album keluaran tahun 1998, ’Cruelty and the Beast’ yang memaparkan seorang wanita berendam di dalam sebuah tab mandi yang dipenuhi darah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih