Sebelum meneruskan pembacaan, penulis mencadangkan beberapa siri artikel yang telah ditulis di dalam majalah sains, iaitu:

Pengenalan Mekanik Kuantum. https://www.majalahsains.com/pengenalan-mekanik-kuantum/

Siri Falsafah Kuantum: Dari Fizik ke Metafizik (Bahagian 1 hingga 6), oleh Aqil Fitri. https://www.majalahsains.com/falsafah-kuantum-dari-fizik-ke-metafizik/

 “Tafsiran-tafsiran yang Wujud untuk Memahami Alam Kuantum”, oleh Taza Aznam. https://www.majalahsains.com/tafsiran-alam-kuantum/

Dalam artikel “Tafsiran-tafsiran yang wujud untuk memahami alam kuantum”, penulis Taza Aznam menerangkan bahawa terdapat beberapa tafsiran atau interpretasi, sebagaimana satu cubaan, oleh ahli-ahli fizik, bagi cuba merungkai erti fizikal yang terbit dari eksperimen-eksperimen dalam Fizik Kuantum.

Eksperimen Dua Celah dan Belauan.

Antara eksperimen mudah untuk memberi gambaran betapa rumit dan kompleksnya Fizik Kuantum, jika dinisbahkan kepada fizik biasa (atau disebut Fizik Klasikal), adalah eksperimen belauan.

Belauan, menurut pemahaman fizik klasikal, merupakan salah satu ciri khusus bagi gelombang. Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai suatu sumber cahaya (gelombang cahaya), dan cahaya tersebut melalui dua celah, gelombang cahaya tersebut akan menghasilkan corak belauan.

Kaitan antara corak belauan dan gelombang cahaya ini adalah antara hujah Thomas Young pada tahun 1803, di mana Young menyatakan bahawa cahaya itu sifatnya adalah gelombang, berlawanan dengan idea Newton pada masa tersebut, bahawa cahaya itu sifatnya adalah dalam bentuk zarah.

Figure 1: Gambar lukisan Thomas Young yang menunjukkan belauan berlaku apabila satu gelombang melalui dua belahan. Sumber: wiki
Figure 2: Gambar sebenar eksperimen belauan gelombang. Eksperimen ini diberi nama bersempena dengan nama Thomas Young, iaitu Young’s Double Slit Experiment. Sumber: simplyscience.
Figure 3: Corak interferens yang akan muncul sekiranya kita letakkan satu tabir di bahagian hujung eksperimen kita. Sumber: Schmoop.

Maka, pada awal abad ke 19 lagi, saintis telah bersetuju bahawa gelombang akan menghasilkan belauan, dan belauan merupakan ciri khusus untuk mengenalpasti suatu gelombang.

Namun satu perkara yang perlu kita ingat adalah, “belauan merupakan ciri khusus untuk mengenalpasti gelombang” ini hanya terpakai untuk situasi fizik klasikal sahaja. Hal ini kerana, dalam kertas kajian Albert Einstein pada tahun 1905, “Über einen die Erzeugung und Verwandlung des Lichtes betreffenden heuristischen Gesichtspunkt” (On a Heuristic Point of View about the Creation and Conversion of Light), Einstein telah mengambil pandangan radikal Max Planck bahawa tenaga adalah terkuanta (energy is quantized), dan cahaya merupakan satu bentuk tenaga, maka cahaya juga seharusnya terdiri dari entiti kuanta (yang kini dikenali sebagai foton).

Figure 4: Untuk menerangkan fenomena fotoelektrik, Einstein menganggap bahawa cahaya itu terdiri daripada kuanta yang dipanggil foton. Foton kini dianggap sebagai partikel cahaya. Sumber: wiki

Hal ini (idea berkenaan foton) adalah ganjil, kerana menurut fizik klasikal, sekiranya cahaya terdiri dari zarah foton atau cahaya yang terkuanta, maka fenomena belauan (dari eksperimen klasik tadi) tidak sepatutnya terjadi. Maka, mengambil langkah berhati-hati, Einstein menyatakan bahawa cahaya MUNGKIN memiliki sifat gelombang, dan pada masa yang sama, memiliki sifat partikel. Hal ini dikenali sebagai Sifat Dualiti Gelombang-Zarah (wave-particle duality).

Memandangkan Einstein memberikan idea yang agak radikal berkenaan sifat duality tersebut, seorang lagi saintis pada zaman tersebut, de Broglie kemudiannya membuat sedikit kelainan terhadap hipothesis Einstein itu. Sekiranya cahaya yang merupakan gelombang, mampu memiliki ciri-ciri zarah, bagaimana pula dengan zarah seperti elektron? Bolehkah zarah elektron memiliki sifat gelombang?

Berpaksikan kepada idea de Broglie, Clinton Davisson dan Lester Germer kemudiannya menyiapkan eksperimen bagi mencuba idea zarah elektron mempunyai sifat gelombang. Eksperimen apa yang mereka gunapakai untuk melihat sifat gelombang bagi zarah tadi? Tak lain tak bukan, eksperimen Thomas Young.

Kini dikenali dengan nama eksperimen Davisson-Germer, secara mudahnya, zarah elektron akan ditembak satu-persatu untuk melalui dua belahan, sama seperti kes gelombang cahaya kita tadi. Menurut teori fizik klasikal, sekiranya zarah melalui dua belahan tadi, zarah tersebut pastinya akan memilih satu daripada dua belahan tersebut, dan akan melalui belahan tersebut seperti biasa, sama seperti bola boling melalui lorongnya dalam keadaan lurus. Namun, sesuatu yang menarik berlaku.

Figure 5: Pada asalnya,apabila elektron ditembak satu-persatu, tiada apa-apa sifat menarik dapat diperhatikan. Namun begitu, dengan bertambahnya bilangan elektron yang ditembak, suatu corak menarik terhasil. Corak interferens! Sumber: wiki

Apabila saintis mula menyedari bahawa zarah memiliki sifat gelombang (berdasarkan eksperimen Davisson-Germer), maka keadaan mula menjadi bertambah gila. Ahli fizik teori mula berlumba-lumba untuk membina matematik bagi menerangkan situasi “gelombang elektron” ini, dan antara yang terawal adalah Erwin Schroedinger dan Werner Heisenberg. Sehingga ke hari ini juga, eksperimen dua celah ini menjadi subjek tumpuan utama kajian dalam bidang asas pembentukan teori fizik kuantum (Fundamental of Quantum Theory).

P/s: Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Fizik Kuantum, boleh rujuk “Pengenalan Fizik Kuantum”.

Figure 6:Sedikit jenaka mengenai sifat cahaya yang ganjil. Sumber: fb majalahsains

RUJUKAN:

Davisson, C. J.; Germer, L. H. (1928). “Reflection of Electrons by a Crystal of Nickel”. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 14 (4): 317–322.

Einstein, Albert (1905). “Über einen die Erzeugung und Verwandlung des Lichtes betreffenden heuristischen Gesichtspunkt” (PDF). Annalen der Physik. 17 (6): 132–148. doi:10.1002/andp.19053220607. English translations: “On a Heuristic Point of View about the Creation and Conversion of Light“. Translated by Dirk ter Haar

Robinson, Andrew (2006). The Last Man Who Knew Everything. New York, NY: Pi Press. pp. 123–124. ISBN 978-0-13-134304-7.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Universe in a Nutshell, salah satu video yang membuka minda pemikir muda ini untuk mula meminati fizik. Setelah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana, dia kini sedang berusaha untuk merakyatkan sains kepada pelajarnya dan masyarakat umum. Minat utamanya adalah fizik moden, termasuk relativiti dan teori kuantum, di samping falsafah, ekonomi dan tasawuf

Comments are closed.