Selasa, 24 November 202624 Nov 2026
Falsafah Alamiah

E = mc2: Formula Paling Terkenal Dalam Dunia

Lari sedikit dari
topik yang sering aku sentuh, masa, graviti dan teori kuantum, hari ini tulisan
aku adalah berkisar tentang salah satu formula, atau persamaan yang amat famous dalam dunia. Ya, bukan formula
harga minyak RM 1.50 seliter, tapi formula E = mc2, yang juga
dikenali sebagai Mass-Energy Equivalence.

Serba sedikit
mengenai sejarah formula ini, Einstein mengeluarkan formula ini dalam kertas
kajiannya yang bertajuk, “Does the
inertia of a body depend upon its energy-content?”,
pada tahun 1905, tahun
yang dikenali sebagai Tahun Keajaiban bagi Einstein (tahun di mana Einstein
berjaya mengeluarkan empat kertas kajian yang merevolusikan fizik), yang turut
dikenali sebagai Annus Mirabilis (extraordinary year). Terdapat khabar
angin yang mengatakan bahawa isteri Einstein pada waktu itu, Mileva Maric, turut terlibat dalam
penulisan kertas kajian ini, namun hal itu belum dapat dibuktikan kesahihannya.

Berbalik kepada
formula itu tadi, E = mc2 merujuk kepada 3 benda, iaitu E adalah Energy, ataupun tenaga, m merujuk kepada
mass, ataupun jisim seesuatu objek,
manakala c2 merujuk kepada pemalar kelajuan cahaya kuasa dua (speed of light squared). Sewaktu dalam
kertas kajian tersebut, formula asal yang Einstein tulis bukanlah berbentuk E =
mc2, sebaliknya bentuk asalnya adalah m = E / c2, di mana
Einstein ingin “bertanya” mengenai sifat sebenar jisim dan perkaitannya dengan
tenaga.

Antara Jisim dan
Berat.

Sekejap. Apa benda
jisim ni sebenarnya? Jisim ni berat ke?

Katakan kalau kita
ada ayam 1 kg, adakah ayam ni berat dia 1 kg, atau jisim dia 1 kg? Kalau dalam
konteks ini, 1 kg merujuk kepada jumlah jirim (amount of matter) yang wujud
dalam ayam tersebut. Maksudnya, daging ayam tu, lemak ayam tu, kesemua benda tu
apabila dicampurkan akan menjadikan ayam tersebut berjisim 1 kg.

Berat pula merujuk
kepada tarikan graviti Bumi terhadap jisim kita tadi. Katakan kita ambil nilai
tarikan graviti Bumi 10 m/s2, maka berat yang kita akan rasa pada
ayam tersebut adalah 1 kg x 10 m/s2 = 10 Newton, lebih kurang dalam
10 Newton.

Terma berat ini
boleh bertukar, mengikut kepada tarikan graviti sesebuah planet. Katakan kita
berada di bulan, dan tarikan graviti di bulan adalah 16.5% dari tarikan graviti
Bumi. Maksudnya dekat sini, kalau dekat Bumi berat (berat bukan jisim ya)
adalah dalam 200 pound (dalam 90 kg), berada di bulan, berat kita adalah dalam
33 pound, namun jisim kita tidak akan berubah, masih lagi 90 kg, sebab semua
bilangan jisim yang ada dalam badan kita takkan berubah, tak kira dalam planet
mana kita duduk.

Permasalahan
sebutan jisim dan berat pula sebenarnya adalah satu bentuk kesalahan yang
diterimapakai secara meluas (termasuk dalam urusan jual beli). Jadi, sekiranya
orang biasa menggunapakai terma berat, boleh difahami bahawa mereka sebenarnya
sedang bercakap mengenai jisim. Bayangkan kalau makcik-makcik pergi kedai nak
beli ikan 3kg, takkan makcik tu nak cakap kat tukang jual tu “Makcik nak
ikan jisim 1kg”, iye dak? Jadi, orang selalunya akan faham kalau kita
cakap ‘berat’, apa yang kita maksudkan sebenarnya adalah ‘jisim’.

Maka, sekarang kita
buka pula perbincangan mengenai topik, apa yang dimaksudkan dengan jisim?
Menurut teori pada zaman sebelum Einstein, jisim sesuatu bahan merujuk kepada
komposisi struktur sesuatu bahan. Katakan kita sebagai manusia. Kita mungkin
terdiri daripada kepala, tangan, badan serta kaki, sekiranya kita memiliki
fizikal yang sempurna. Jadi, kalau kita campurkan kesemua jisim anggota badan
ini, kita akan mendapat jisim kita secara menyeluruh. Ini merupakan idea yang
logik, bukan?

Namun, idea bahawa
jisim hanyalah terdiri dari struktur sesuatu bahan sebenarnya adalah tidak
lengkap. Dalam salah satu cubaan menerangkan Mass – Energy Equivalence, jisim sebenarnya terhubungkait dengan
jumlah tenaga bagi sesuatu sistem, atau dalam erti kata lain, yang menyebabkan
jisim wujud adalah kerana adanya tenaga.

Idea ni kelihatan
aneh bukan?

Baiklah, aku bagi
analogi mudah, sama seperti yang Einstein pernah gunakan. Bayangkan kau ada
secawan kopi yang panas, dan secawan kopi yang sejuk. Komposisi kedua-dua kopi
itu adalah sama, terdiri daripada air, gula, dan sedikit larutan kopi perisa
kegemaran engkau sendiri. Maka, menurut Einstein, meskipun kopi itu
komposisinya terdiri dari objek yang sama, namun kopi yang panas itu sepatutnya
adalah lebih berat dari kopi yang sejuk. Kenapa? Kerana kopi yang panas itu
memiliki tenaga haba yang lebih, kalau nak dibandingkan dengan kopi yang sejuk.

Masih merasakan
idea ini aneh?

Baiklah, aku bagi
satu lagi contoh mudah.

Katakan kau
mempunyai lampu suluh, dan lampu suluh itu punca puasanya adalah bateri AA yang
kau beli dari 7E. Sekarang, seandainya kau nyalakan lampu suluh kau tu, tenaga
dari bateri lampu suluh itu akan berkurangan, dan lampu kau akan mengeluarkan
cahaya. Perlu kau ketahui bahawa cahaya tidak mempunyai jisim, jadi dalam erti
kata mudah, lampu suluh kau kehilangan tenaga. Jadi soalan aku adalah, adakah
jisim lampu kau akan sentiasa kekal tidak berubah? Jawapannya, tidak, lampu kau
akan kehilangan jisim, kerana ia telah kehilangan tenaga, dalam bentuk cahaya
serta tenaga haba (sebab ayuhlah jadi realistik, lampu pasti akan keluarkan
haba bukan?).

Terma saintifik
bagi jisim ini adalah “relativistic mass”,
jisim relativistik.

Perkara ini adalah
antara perkara yang Einstein tanya dalam kertas kajian beliau. Jisim, kalau
sebelum ini kita ingat ia adalah satu entiti fizikal yang kita boleh kira dan
sukat pakai penimbang, kini diubah maksudnya. Jisim kini merupakan satu bentuk
atribut yang kita sandarkan kepada tenaga.

Kau bayangkan pula,
bintang dalam sistem solar kita, matahari. Di tengah-tengah matahari, kita ada
proses nuclear fusion, proses yang
memberi matahari tenaga. Maka, matahari pada asalnya ada jisim dia yang
tersendiri. Namun, tiap-tiap hari matahari mengeluarkan cahaya, dalam erti kata
lain, tiap-tiap hari matahari kehilangan tenaganya. Maka, dalam kes ini,
meskipun matahari kehilangan cahaya (yang tiada berat), ia juga sebenarnya
kehilangan jisim dalam lebih kurang 4 juta kilogram setiap saat. Jangan risau.
4 juta kilogram tu, kalau nak dibandingkan dengan jisim sebenar matahari,
sebenarnya amatlah sedikit.

Baiklah, sekarang
kita pergi pula kepada objek dalam skala yang lebih kecil.

Kalau kau ingat
tadi, kita ada jisim kepala, tangan, badan, kaki, dan kita gabungkan
kesemuanya, kita akan dapat jisim kita. Bukan?

Hal ini tidak pula
terpakai kepada objek-objek kecil, seperti elektron dan proton. Bayangkan kau
ada 1 elektron, dengan berat elektron adalah 9 x 10-31 kg dan 1
proton yang mempunyai berat 1.67 x 10-21 kg. Kalau kau gabungkan
kedua-dua objek ni, ia akan menjadi elemen Hidrogen (Hidrogen ada 1 elektron
dan 1 proton), dan berat Hidrogen adalah 1.67 x 10-24 kg. Tapi,
kalau kau tambah berat elektron dan proton secara terus, berat dia adalah 1.67
x 10-21 kg. Maksudnya dekat sini, berat atom Hidrogen tu sebenarnya
adalah lebih sedikit kalau dibandingkan dengan berat elektron tambah proton.

Tapi kenapa ada
beza pulak?

Sebabnya adalah ini
– sewaktu proton dan elektron bergabung untuk menjadi atom Hidrogen, sebahagian
tenaga akan dilepaskan sewaktu proses ini berlaku. Tenaga yang dilepaskan ini
adalah “berat yang hilang” dari jisim sebenar atom Hidrogen tersebut,
menjadikan ia lebih ringan berbanding objek-objek yang membentuknya.

Kembali kepada
analogi kopi kita tadi, aku ada bagitahu bahawa kopi yang panas sepatutnya
“lebih berat” dari kopi yang sejuk. Jadi,kenapa kita tak mampu nak
rasa “keberatan” kopi panas tersebut? Kuncinya ada pada nilai c2
dari formula tu, yang membawa nilai yang teramat besar. Jadi, andaikata nilai
tenaga kita tu adalah kecil, dan dibahagikan dengan nilai c2 tu tadi
(sebab rumusnya adalah m = E/c2), nilai berat tu adalah teramat-amat
kecil. Maksudnya dekat sini, ya, memang ada perbezaan berat, tapi beza berat tu
teramat-amat sikit, sampai deria pancaindera kau sendiri tak mampu nak rasa
bezanya.

Jadi, aku harap kau
faham perkaitan antara jisim (atau bahasa pasarnya berat) dengan tenaga. Makin
banyak jisim kau, makin banyak tenaga kau ada.

RUJUKAN:

PhysicsForum
– https://www.physicsforums.com/threads/why-is-a-hydrogen-atom-lighter-than-a-electron-and-a-proton.622194/

“The
Sun is Losing Mass and Getting Larger at the Same Time” – Forbes. https://www.forbes.com/sites/briankoberlein/2018/04/10/the-sun-is-losing-mass-and-getting-larger-at-the-same-time/#440656334ead

“Why
Does E = mc2?” – Forbes. https://www.forbes.com/sites/startswithabang/2016/05/27/why-does-emc2/#50a740c03a70

“The
Three Meanings Of E=mc², Einstein’s Most Famous Equation.” – Medium. https://medium.com/starts-with-a-bang/the-three-meanings-of-e-mc%C2%B2-einsteins-most-famous-equation-a0ec1549b4cd

“The
Real Meaning of E = mc2” – PBS Space Time. https://www.youtube.com/watch?v=Xo232kyTsO0

“Your
Mass is NOT from the Higgs Boson” – Veritasium. https://www.youtube.com/watch?v=Ztc6QPNUqls

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet