Kita sebagai warga Malaysia mesti kenal punya akan buah hijau tua yang berduri ini, dengan isinya berwarna kuning keputihan atau keemasan yang gebu dan penuh lemak.
Minggu lepas, 12 orang berbangsa Jerman yang bertugas sebagai pekerja pos dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut kerana tumbang akan bauan busuk durian. Mungkin ada antara kita kelucuan dan katakan orang Barat ini ‘weak’ dengan durian, namun kita mencari jawapan mengapa durian begitu busuk bagi orang Barat.
Untuk artikel ini kita bincangkan kenapa bau durian mempunyai pelbagai aroma dalam kalangan peminat durian dan golongan yang tidak berapa sukakan durian.
Pertama sekali kita mengenali dulu durian ini secara mendalam. Durian adalah buah milik spesis pokok dari kumpulan genus Durio. Terdapat 30 buah spesis Durio, namun hanya sembilan buah spesis saja yang buahnya boleh dimakan. Durian yang kita sering makan adalah dari spesis Durio zibethinus. Spesis durian ini biasa dikomersialkan di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Buah durian biasanya membesar sehingga 30 cm dan berdiameter hingga 15 cm. Beratnya pula sekitar 1 hingga 3 kg. Rupanya seperti kita kenal, sedikit bujur dan berduri, Warna buahnya dari hijau tua hingga keperangan. Isu buah durian pula bergantung kepada spesis tertentu: kuning keputihan, kuning keemasan, atau merah.
Asal-usul pokok durian dari Sumatra dan pulau Borneo, kemudian ia tumbuh meliar di Semenanjung Melayu, dan ditanam secara komersial dari India ke pulau New Guinea. 400 tahun dulu, buah durian didagang disepanjang Myanmar, dan ditanam secara komersial di Thailand dan Vietnam Selatan.
Pertama kali orang Eropah mengenali pokok Durian adalah melalui catatan Niccolò de’ Conti yang pernah mengembara ke Asia Tenggara pada abad ke-15 Masihi. Catatan tersebut bertulis:
“They [people of Sumatra] have a green fruit which they call durian, as big as a watermelon. Inside there are five things like elongated oranges, and resembling thick butter, with a combination of flavours.”
Kemudian ramai saintis pada abad tersebut merekod tentang pokok tersebut seperti Garcia de Orta (ahli fizik Portugis) dan Georg Eberhard Rumphius (ahli botani Jerman). Namun Georg merekod dengan teliti akan pokok durian dan menjadi rujukan selama seabad.
Pernah saintis Barat dulu keliru mengkelaskan antara pokok durian dengan pokok Annona muricata, iaitu durian Belanda kerana kedua-dua buah mempunyai ciri-ciri yang sama. Kemudian mereka berpendapat bahawa durian dan durian Belanda bukan spesis yang sama.
Pernah Alfred Russel Wallace, ahli biologi yang terkenal dengan buku The Malay Archipelago, menerangkan tentang aroma buah durian yang menurutnya dia tidak berapa selesa. Namun beliau perasan buah durian pernah dimakan oleh penduduk Borneo apabila melihat buah tersebut terkopek di hadapan rumah.
Menurut Wallace pada tahun 1599, buah durian mempunyai aroma yang kuat berbanding buah-buahan lain. Aroma yang hadir bagi sesiapa yang pertama kali menghidunya adalah: ia berbau seperti bawang reput dan setelah merasa isinya mereka pasti ingin merasa makanan lain, namun jika isi durian dimakan banyak kali, mereka akan terbiasa akan aroma tersebut. Tambahan lagi, tekstur isi durian seperti krim keju dan rasanya agak berlemak, tidak terlalu berasid dan manis.
Sebenarnya, ada sejenis bahan kimia yang bertanggungjawab mengeluarkan aroma dari buah-buahan seperti durian. Bahan kimia tersebut adalah Phytochemical. Aroma buah durian terdiri dari pelbagai jenis bahan kimia seperti ester, ketone, alkohol (ethanol), dan organosulfur.
Aroma yang harum kemanisan bagi peminat durian adalah berasal dari ketone dan ester, namun ia bercampur dengan amine yang terhasil dari pemecahan amino asid, justeru mengeluarkan bau tengik seperti bangkai. Sebab itulah ada sesetengah orang dapat menangkap bauan manis durian dan ada antara mereka tangkap bauan bangkai.
Aroma kuat durian mampu dikesan oleh haiwan yang berbatu jauhnya. Tujuan aroma ini terhasil adalah menarik perhatian pelbagai haiwan seperti tupai, kancil, khinzir, beruang, orangutan, dan gajah. Haiwan karnivor seperti harimau juga tertarik akan aroma durian tersebut. Haiwan yang tertarik kemudian memakan isi durian dan mereka boleh menjadi ejen perebakan biji durian untuk tumbuh liar di kawasan lain.
RUJUKAN:
12 German postal workers receive medical treatment due to pungent smell of durians. https://www.todayonline.com/…/12-german-postal-workers-rece…
A Aziz, Nur; Mhd Jalil, Abbe (13 March 2019). “Bioactive compounds, nutritional value, and potential health benefits of indigenous durian (Durio zibethinus Murr.): A review”. Foods. 8 (3): E96
Genthe, Henry (September 1999). “Durians Smell Awful – But the Taste Is Heavenly”. Smithsonian Institution. Retrieved 29 June 2020.
Heaton, Donald D. (2006). A Consumers Guide on World Fruit. BookSurge Publishing. pp. 54–56
Morton, JF (1987). “Durian”. Fruits of Warm Climates. Florida Flair Books; republished in New Crop Resource Online Program, Center for New Crops and Plant Products, Department of Horticulture and Landscape Architecture, Purdue University.
Wallace, Alfred Russel (1886). The Malay Archipelago: The land of the orang-utang and the bird of paradise. London: Macmillan & Co. pp. 74–75.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih