Dunia ‘Star Wars’ mungkin dapat direalisasikan pada abad ini. Pada bulan lepas (7 Jun 2019), NASA telah mengumumkan bahawa International Space Station (ISS) telah membuka perdagangan angkasa, tuntas mewujudkan sistem ekonomi di ‘Low-Earth Orbit’.

Sebelum ini NASA telah bekerjasama dengan 12 syarikat teknologi angkasa seperti SpaceX, Boeing, Blue Origin, Northrop Grumman, Axiom, Lockheed Martin dan lain-lain untuk membuka jalan penerbangan manusia dan ekonomi yang menjangkaui atmosfera Bumi.

Baru-baru ini NASA bersama 12 syarikat tersebut telah mewujudkan cetak-biru (blueprint) bagaimana untuk membangunkan ekonomi dan perdagangan di angkasa. Antara hal yang mereka usulkan adalah mewujudkan pelancongan dan habitat di angkasa yang berkonsepkan mikro-graviti.

Ayman Rashdan Wong, admin TP baru sahaja berkongsi bahawa Amerika Syarikat dan Perancis telah merancang untuk membuka pangkalan tentera di angkasa. Dunia ‘Star Wars’ mungkin bukan hal ganjil apabila pangkalan tentera dan ekonomi baru diwujudkan di angkasa.

Syarikat Axiom sendiri mahu mewujudkan angkasa sebagai persekitaran biasa untuk hidup dan bekerja seperti di Bumi. Pada masa yang sama aktiviti di angkasa dapat memberikan manfaat kepada penduduk Bumi. 

NASA dan 12 syarikat tersebut akan mewujudkan produk dan servis angkasa yang pertama untuk membantu manusia menjana ekonomi — membuka peluang pekerjaan, membukan jalan inovasi yang baru, pasaran baru, menjana pendapatan baru.

NASA dapat melihat potensi ekonomi di angaksa adalah kerana pasaran angkasa telah meningkat daripada 176 bilion dolar pada tahun 2006 kepada 345 bilion dolar pada 2018 kerana keperluan dan kepentingan sektor swasta dalam peruasahaan angkasa. Pada 2006 pun NASA telah mewujudkan servis perkhidmatan angkasa dengan kerjasama SpaceX (Elon Musk) dan Orbital. Pada 2008, mereka dah mewujudkan Commercial Resupply Services (CRS).

Tetapi, buat masa ini, perkara yang menghalang NASA adalah kos untuk membawa manusia ke angkasa. Itulah antara faktor mengapa manusia tidak mahu ke Bulan lagi. Kalau membawa manusia ke angkasa semudah melepaskan mercun di langit, tentulah sekarang telah banyak manusia di angkasa.

Walau bagaimana pun, agensi-agensi angkasa terus berusaha untuk memastikan supaya servis dan teknologi yang mereka hasilkan tidak memakan kos yang tinggi untuk merealisasikan idea ini.

Berita baiknya ialah kos pengangkutan angkasa semakin lama semakin menurun. Masa mula tahun 2000-an, kos penghantaran kargo ke angaksa telah menurun — sekitar 8000 – 10,000 dolar per pound. Pada tahun 2018, Falcon 9 dari Space X menghantar kargo dengan kos sekitar 1,200 dolar per pound. Kemudian, Falcon Heavy melakukan penghantaran hanya sekotar 700 dolar saja per pound!

Dulu tidak semua rumah ada komputer dan tidak semua pemilik ada telefon pintar kerana kos yang mahal. Kos-kos angkasa ini pun tidak mustahil akan menurun dan semua orang dapat ke angkasa macam pergi kedai.

Di masa depan, mungkin bukan ISS milik NASA saja yang berlegar-legar di angkasa, tetapi pelbagai ISS sama ada milik syarikat persendirian ataupun milik kerajaan.

Tengah fikir mungkin 13 agensi angkasa ini akan menjadi 13 Republik pertama di angkasa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.