Ramai tak tahu, suatu ketika dahulu, dunia Arab pernah lumpuhkan Dunia Barat. Bukan dengan senjata moden atau kekuatan ekonomi, tapi dengan sekatan minyak yang buat negara-negara Barat panik!
Tahun 1973, berlaku Perang Arab-Y1sraul yang juga dikenali sebagai Perang Yom Kippur. Negara-negara Arab seperti Mesir dan Syria cuba rampas balik tanah yang dirampas Y1srael pada tahun 1967.
Tapi seperti biasa, Amerika Syarikat dan Dunia Barat tampil bantu Y1sraul, beri senjata dan sokongan ketenteraan.
Negara-negara Arab, terutama yang dalam Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), naik marah dan bengang dengan Barat. Mereka pun ambil langkah luar biasa. Mereka lancar sekatan minyak terhadap negara-negara yang sokong Y1sraul, terutamanya Amerika dan sekutunya di Eropah.
Akibatnya? Dunia Barat lumpuh seketika. Harga minyak naik melambung, berlaku krisis tenaga, stesen minyak kosong, ekonomi merudum dan inflasi melonjak naik macam roket.
Rakyat Amerika sampai terpaksa beratur panjang hanya untuk isi petrol. Waktu itu, dunia sedar satu hakikat penting, bahawa dunia Arab pegang kunci bahan tenaga global.
Walaupun kesan sekatan ini tak kekal lama, ia berjaya ubah lanskap geopolitik dunia. Barat mula sedar pentingnya “mengawal” sumber tenaga. Dari situlah kita mula nampak campur tangan lebih agresif dalam politik di Timur Tengah.
Dunia Barat yang risau sejarah 1973 berulang, mula menyusun pelbagai langkah untuk menjaga kepentingan minyak mereka di Timur Tengah. Baik dari kerja-kerja menjatuhkan kerajaan, menyokong diktator, hinggalah menceroboh negara demi “stabilkan” pasaran minyak.
Jadi kita dapat lihat, peristiwa Sekatan 1973 bukan hanya tentang minyak. Tetapi menjadi satu mesej kuasa politik dan solidariti Dunia Arab. Ia buktikan bahawa negara-negara yang kelihatan lemah dari segi ketenteraan, masih mampu menggoncang dunia dengan cara lain.
Hari ini, sejarah ini sentiasa diceritakan. Sejarah ini adalah bukti bahawa kuasa bukan hanya terletak pada senjata, tapi juga pada apa yang dunia perlukan untuk terus bergerak iaitu minyak. Dan ketika itu, dunia Arab pegang kad kuasa paling kuat.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih