An San (안산) pecah banyak rekod pada Olimpik Tokyo 2020; beliau menang 3 pingat emas, menjadi rakyat Korea Selatan pertama menang lebih dua pingat di Kejohanan Musim Panas, wanita pertama memenangi 3 pingat emas dalam acara memanah sejak 1904. Ini baru acara Olimpik pertama An San.

Lebih mengagumkan? Usianya baru saja memasuki 20 tahun pada Februari lepas.

Tapi disebalik pencapaian cemerlang An San, isu rambut pendeknya pula hangat di tanah air sendiri siap diserang golongan anti-feminis oleh wargamaya Korea. An San kool, siap balas tohmahan tu dengan kemenangan pingat emas Olimpik ketiganya lagi. Next, level punya diss. (baca ada nada aespa)

Stigma sosial seperti ni boleh ditelusuri asal muasalnya dalam lipatan sejarah.

Gyeongguk Daejon (경국대전) di Muzium Nasional Korea

Sejak Joseon tertubuh pada 1392, Joseon mengenakan sistem pemakaian Confucian yang digariskan pada Gyeongguk Daejon (경국대전 經國大典). Dalam paradigma minor Sinocentrism (소중화사상 小中華思想), Joseon dianggap negara kedua selepas China Imperial1.

Paradigma ni berevolusi ke Joseon-Sinocentrism (조선중화사상 朝鮮中華思想) selepas Ming ditumbangkan oleh Qing – bermakna sekarang Joseon bertanggungjawab untuk pelihara budaya Confucian dan manifestasinya di sistem pakaian tradisional.

Pasca Perjanjian Pulau Ganghwa 1876 yang memaksa Joseon untuk buka pelabuhan, diorang ditekan oleh Barat dan Jepun untuk amalkan polisi pintu terbuka dan paksaan proses modenisasi ini berlanjutan ke Empayar Korea (대한제국).

Joseon dilihat separa-bertamadun (semi-civilized) oleh Barat sebab status ekonomi dan penerimaan formal diplomatik Barat. Sama dengan Barat, Jepun masa itu juga sudah ada pakaian khas untuk majlis formal.

Jadi, timbullah pertembungan antara model budaya Sinitic dengan Barat di Korea. Reformasi pakaian Joseon menjelmakan pergelutan politik identiti di Joseon masa tu.

Gambar hiasan dari babak drama popular Mr Sunshine (2018)

Joseon alami dua reformasi pakaian utama sebagai proses modenisasi utama. Pertama, Reformasi Pakaian Gabsin (갑신의제개혁) pada 1884. Tapi, reformasi ini akhirnya batal atas bantahan nasionalis dan pertelingkahan reformis sendiri.

Reformasi kedua, Reformasi Pakaian Gabo (갑오의제개혁) pada 1894. Dalam reformasi radikal ni, Akta Potong Rambut 1896 (단발령)  adalah akta yang paling kontroversi dan radikal. Raja Gojong (고종) pun potong rambut sendiri tanda komitmen, akhirnya memaksa semua lelaki di kerajaan Korea untuk buang simpulan rambut (topknot) dan berubah ke pemakaian gaya Barat.

Akta ni mencabar tradisi berabad lama Confucian di tanah Joseon sebab rambut panjang adalah tanda hormat ibu bapa. Orang mengamuk, terjadinya Pemberontakan Rakyat Eulmi (을미의병) sampaikan Raja Gojong terpaksa berlindung di Legasi Rusia (아관파천).

Punya dahsyat tentangan terhadap Akta Potong Rambut, ada orang sanggup bunuh diri daripada potong rambut dan pemimpin wilayah sanggup mulakan pemberontakan tentera.

Lepas penamaan semula ke Empayar Korea 1897, semua pakaian pegawai dan keluarga imperial sudah diBaratkan. Menariknya, wanita dari kelas pemerintah tak ambik port pasal pemBaratan fesyen. Malah diorang kekal dengan pakaian tradisi mereka.

Memang ada yang klaim ia adalah bukti kepentingan wanita dibolot oleh pemerintah lelaki, tapi sebenarnya ia lebih kepada penolakan wanita Korea terhadap sistem pakaian Barat. Ia juga menjadi saksi tindakan nasionalistik mengekalkan identiti bangsa dan susur galur mereka.

Maharani Sunjeonghyo pada awal 1960-an

Beza dengan Maharani Jepun yang mengenakan pakaian Barat, maharani terakhir Korea, Maharani Sunjeonghyo memakai hanbok (한복) sepanjang hidupnya. Sekalipun lepas pencerobohan Jepun 1910, kod pakaian tradisi wanita diraja dan kelas elit jalan terus.

Dengan kemunculan sekolah wanita moden, pakaian seperti hanbok moden dibenarkan dan ia disangkut bersama imej “new girl”. Imej moden ni tak diterima awam kerana pembebasan gaya hidup wanita. Gaya pemakaian ni pula seolah menunduk bawah telunjuk kerajaan kolonial Jepun.

Imej “new woman” (신여성) tak berapa cantik dalam masyarakat moden Korea kesan tekanan politik dan imperialisme ekonomi Jepun. Promosi modenisasi sangat rancak sepanjang pendudukan Jepun untuk memudah mereka kawal ekonomi dan politik Korea. Secara tak langsung, meruntuhkan budaya tradisional Korea.

Selain tu, penampilan gisaeng (기생 – penghibur wanita professional) moden yang saling tak tumpah dengan “new woman” elit pada era kolonial Jepun buat media melabel mereka sebagai wanita ‘mudah’. Imej wanita moden adalah hibrid janggal “new woman” dan “pelacur” dan imej ni masih berlegar dalam masyarakat Korea hari ini.

Hanya selepas kemerdekaan Korea, barulah prejudis kat pakaian Barat dan semangat anti-Jepun dalam pakaian mula kendur. Fast forward, fesyen wanita Barat tak lagi dikaitkan dengan stigma sosial di Korea kerana Perang Korea dan pertumbuhan ekonomi rancak era 1960-an.

Wawancara An San di stesen TV pasca kemenangan 3 pingat emas di Olimpik pertama beliau.

Kebanyakan masa orang tak perlu pun respon ganas akan tuduhan nista kepada diri sendiri. Kejayaan kita bergema lebih kuat daripada kata kosong mereka. Jadilah kool seperti An San, membalas kata kesat dengan pingat.

P/s. An San popular di Korea juga sebab dia dilihat sempat layan performance artis masa rehat acara memanah dia. Beliau pun ikut grup feveret sama dengan penulis, LOOΠΔ (이달의 소녀). Heh.

RUJUKAN:

Wong, A. Y. Fashion, Identity and Power in Modern Asia.

Jumin Park (Reuters), South Korean archer’s short hair draws anti-feminist sentiment at home, https://www.reuters.com/lifestyle/sports/archery-skorean-archers-short-hair-draws-anti-feminist-sentiment-home-2021-07-29/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik UiTM yang minat untuk menulis. Juga membangunkan LamAlifBa sebagai blog ilmiah. Menolak untuk menjadi seorang idealis. Berminat dengan ilmu.

Comments are closed.