Amerika kini menyaksikan satu lagi konflik terbuka antara dua tokoh paling berpengaruh iaitu Presiden Donald Trump dan Elon Musk. Jika dahulu mereka dilihat saling menyokong, kini hubungan itu bertukar menjadi pertarungan idea yang lantang dan tajam di depan khalayak.
Pada 9 Jun 2025, Elon Musk mengecam dasar kewangan Trump yang didakwa menjerumuskan negara ke ambang kebankrapan. Musk menyifatkan belanjawan pertahanan negara yang mencecah satu trilion dolar setahun sebagai beban yang mengancam masa depan kewangan Amerika.
Lebih parah, katanya, bayaran faedah hutang negara kini melebihi bajet pertahanan dan terus meningkat secara drastik dimana ianya satu keadaan yang dilihat sangat tidak sihat.
Musk mendakwa, dalam masa tiga bulan sahaja, hutang negara bertambah satu trilion dolar, dan trend itu semakin cepat. Bagi beliau, negara sedang berlari laju ke arah jurang ekonomi, dan tiada siapa dalam pentadbiran yang kelihatan peduli.
Kritikan itu disasarkan secara terus kepada Trump dan rang undang-undang terbaharunya, yang diberi nama “Big Beautiful Bill” satu pakej ekonomi besar yang kontroversi.
Perbalahan ini tidak terjadi sekelip mata. Elon Musk merupakan antara tokoh industri yang diberi tempat di Majlis Penasihat Ekonomi Rumah Putih. Ketika itu, mereka sering dilihat seiring dalam perbincangan teknologi dan inovasi.
Tetapi selepas Trump menarik diri daripada Perjanjian Paris, Musk angkat kaki. Keretakan mula muncul dan menjadi lebih jelas setiap kali isu ekonomi dan alam sekitar timbul.
Kini, hubungan mereka sampai ke titik perpecahan. Musk bukan sekadar menegur, tetapi menyerang dasar ekonomi Trump sebagai ancaman kepada generasi akan datang. Beliau juga secara terbuka menyokong idea agar Trump digantikan oleh tokoh yang lebih rasional dari segi kewangan.
Ketegangan ini turut memberi kesan kepada pasaran. Saham Tesla jatuh mendadak dalam beberapa hari terakhir, menunjukkan sentimen pelabur semakin terkesan dengan ketidaktentuan dasar yang berlaku.
Bagi ramai dalam dunia teknologi dan kewangan, suara Musk bukan sekadar amaran tapi isyarat jelas bahawa sudah tiba masa untuk ubah arah.
Reaksi penyokong Trump pula menyalahkan Musk sebagai tokoh elit korporat yang gelojoh, sedangkan penyokong Musk melihat beliau sebagai “suara waras” dalam kekalutan pentadbiran sekarang. Perbalahan ini mengheret rakyat ke tengah medan antara populisme dan kebimbangan fiskal.
Trump dalam beberapa kenyataan terdahulu juga menyindir bahawa Musk selama ini membesar atas kontrak kerajaan dan sokongan cukai rakyat. Sindiran ini dibalas oleh Musk yang mengatakan pentadbiran Trump menjadikan bajet sebagai alat politik, bukan amanah kepada masa depan negara.
Persoalannya sekarang, siapa yang sebenarnya membentuk masa depan Amerika? Adakah ia dipacu oleh suara dari Rumah Putih, atau dari mereka yang menggerakkan inovasi dan ekonomi global?
Pertelingkahan ini memberi gambaran tentang bagaimana sistem dalam Amerika sedang diuji.
Bila dua figura utama saling bertelagah secara terbuka, ia menunjukkan wujud pergeseran besar dalam hala tuju dasar, nilai, dan ideologi negara. Dan dunia sedang melihat, siapa yang bakal menang sama ada suara teknologi, atau suara politik konservatif.
Apa yang berlaku hari ini tidak berlaku dalam ruang kosong. Ia hasil daripada sistem yang terlalu lama bergantung pada hutang, ketenteraan, dan janji politik. Bila ekonomi mula goyah, dan pemimpin gagal membendung defisit, pergolakan seperti ini hanya menunggu masa untuk meletus.
Kita harus melihat pertarungan ini sebagai cerminan kepada cabaran yang lebih besar. Ia tentang siapa yang patut bertanggungjawab mengurus masa depan sama ada mereka yang hanya mahukan sokongan politik, atau mereka yang berani berkata benar walaupun melawan arus.
Dan seperti biasa, Amerika bukan beraksi bersendirian. Bila ekonomi Amerika bergegar, pasaran dunia akan bergetar. Bila keyakinan terhadap Washington menurun, seluruh sistem global akan terjejas. Sebab itu, apa yang berlaku hari ini akan membentuk bukan sahaja nasib Amerika, tetapi masa depan seluruh dunia!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ilmu, inspirasi, makna, ketepatan, dan keindahan.

Comments are closed.