Di sebalik perkahwinan, berdiri seribu satu tujuan. Antara tujuan paling utama adalah melahirkan zuriat. Namun, untuk sampai ke situ pun ada banyak penghalangnya. Salah satunya adalah masalah kesuburan.
Bagi mana-mana pasangan, perkara ini selalu dibimbangkan. Sebab, bukan sedikit perce.raian dan kere.takan hubungan berlaku akibat ketidaksuburan – sama ada daripada pihak isteri mahupun suami.
Kalau di India, ia menjadi punca kerun.tuhan 20-30% perkahwina. Yakni, dalam setiap sepuluh pasangan akan ada dua atau tiga pasangan yang berce.rai disebabkan masalah kesuburan. Statistik di Amerika Syarikat pula mendapati tiga dari lima (59%) lelaki mengalami ma.ti pucuk.
Sememangnya, masalah ini membelenggu ramai. Bilangannya di peringkat global dijangka akan mencapai sehingga 322 juta orang menjelang tahun 2025. Angka ini hampir mewakili 1% dari jumlah lelaki di dunia (3.97 billion) dan menyamai juga jumlah kema.tian akibat kanser serviks pada 2018 (311,000 orang).
Sebab itu, wajar jika ia dibimbangkan. Cuma di Eropah (khususnya England dan Perancis) pada zaman pertengahan (khususnya kurun ke-17), kebimbangannya agak melampau. Sampaikan, suami yang ma.ti pucuk boleh disaman. Iya, disaman, dibicarakan, dice.raikan, lalu dihebahkan.
Ikutkan, saman itu sendiri bukanlah apa sangat kalau hendak dibandingkan dengan proses pemeriksaan dan pengesahan. Sebab, kaedahnya memang memalukan. Ia berjalan sebegini:
Pertama-tama, isteri akan adukan perihal kelemahan batin suaminya kepada mahkamah. Tak mesti pun kerana suami lemah. Kadang-kadang, suami yang enggan atau malas melayan pun boleh diadukan. Sebab ia menimbulkan kemusykilan – betul enggan sebab malas (penat) atau sebenarnya sebab tak kuat.
Jadi selepas aduan dibuat, si suami akan dipanggil untuk menjalani pemeriksaan fizikal – bukan di hadapan seorang dua, tetapi sebarisan panel yang merangkumi hakim, paderi, doktor, dan bidan.
Saat itu, ke.laminnya akan diteliti bentuk dan warnanya. Termasuklah juga kemampuannya untuk melakukan itu dan ini; yakni segala yang diperlukan oleh seorang suami untuk mengadakan hubungan intim dan menghamilkan isteri.
Antara kaedah penelitiannya adalah merendam alat tersebut ke dalam air sejuk lalu ke dalam air panas – untuk lihat bagaimana ia bereaksi. Usai diuji, keputusan pun diberi. Jika ia mengecewakan, si suami dibenarkan untuk membuat permohonan bagi menjalani pemeriksaan kedua yang bersifat lebih praktikal.
Jika tadi sekadar diulit-ulit sampai terjungkit dan melekit, kali ini si suami diminta beraksi sendiri di hadapan juri. Iya, beraksi sambil diperhati. Memang canggung bila begitu. Sebab itu, rata-rata mereka akan diberi afrodisiak (ubat penggalak). Cuma kalau sudah diberi afrodisiak pun tidak jalan, memang awal-awal-lah mereka digagalkan.
Pemeriksaan ini bagaimana pun tak mesti dilakukan dengan pasangan sendiri. Sebilangan suami disuruh berhubungan dengan wanita berpengalaman yang dipilih sendiri oleh barisan juri. Sepanjang ia dilakukan, segala gerak-geri diperhatikan. Jika ada sebarang perkara yang tidak normal, ia akan diambil sebagai bukti yang si suami benar-benar tidak subur – yang lantas membolehkan proses perce.raian dilanjutkan.
Kesemua proses ini apa pun tidak berjalan secara sepihak. Isteri juga perlu buktikan hal sama. Mereka selalunya ditanya beberapa soalan. Misalnya, seberapa kerap dan bagaimana hubungan dilakukan.
Ujian-ujian fizikal turut dikenakan. Antara yang paling lazim adalah ujian mengambil ubat diuretik. Jika mereka segera buang air kecil selepas ubat diambil, ia bermakna masalah kesuburan berpunca daripada mereka sendiri. Lantas, pertuduhan pun akan digugurkan.
Sehingga hari ini, kisah-kisah berkaitan perkara ini masih tersimpan rapi – walaupun tidaklah semua. Ia satu budaya yang memang pernah berleluasa, melibatkan ribuan pasangan tanpa mengira marhaen mahupun kayangan.
Ambil John Sanderson sebagai misal. Kesnya berlaku pada 1370-an. Sudah lebih 600 tahun dahulu. Tetapi perincian tentang fizikal kela.minnya masih terpahat, persis sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya, Tedia Lambhird.
Samalah juga halnya dengan Rene de Cordouan (pembesar di Langey, Perancis pada tahun 1657) dan Nicholas Cantilupe (bangsawan England pada tahun 1368). Cuma bagi kes Nicholas, pemeriksaan fizikal tidak sempat dilakukan. Dia lebih dahulu lari bersembunyi.
Memang tidak pelik pun dia lari. Sebab perkara ini tidak cuma berhenti di mahkamah. Tetapi turut tersebar ke kawasan kejiranan. Perbicaraan pun bukan hanya berjalan seminggu dua. Kadang sampai bertahun-tahun lamanya. Jadi, memang malulah bila satu bandar tahu yang alat kela.min sendiri bentuknya begini dan begini. Ikutkan memang terperinci keterangannya. Cuma tak perlulah bubuh di sini.
Apapun, kebiasaannya selepas pemeriksaan dilakukan akan ada tiga kemungkinan yang berlaku – bergantung kepada keputusan. Jika masalah kesuburan dapat disahkan, maka perkahwinan boleh dibatalkan (wang hantaran dikembalikan dan isteri dihantar pulang ke pangkuan keluarga).
Andai sebaliknya, pasangan tersebut akan diperintahkan untuk kekalkan hubungan. Dan dalam kes nadir, mereka disuruh untuk hidup bersama selama tiga tahun untuk melihat keadaan – sama ada boleh bertambah baik atau tidak.
Budaya ini mula terhenti pada kurun ke-19, selepas prosedur-prosedur perce.raian yang lebih bertamadun diperkenalkan dan mendapat penerimaan. Tambahan, hasil pemeriksaan yang tidak tepat juga menyumbang kepada kepupusan amalan berkenaan.
Ini kerana sebilangan suami yang kononnya disahkan ma.ti pucuk tetap dapat menjadi bapa dalam perkahwinan berikutnya. Ia justeru membuatkan orang ramai makin kurang bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh barisan panel. Sebab, ternyata mereka tidak buktikan apa-apa.
RUJUKAN:
Adeleke, Yewande. (2021, 6 December). Many Wives (ditapiskan) Their Husbands For Being (ditapiskan) During the Medieval Times. History of Yesterday.
Mediavalist. (2012, August). (ditapiskan Dysfunction in the Middle Ages – cases from 14th century York.
Smallwood, Karl. (2019, 5 June). That Time Women Could Divorce Their Husbands by Having (ditapiskan) in Court. Today I Found Out.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih