Baru-baru ni, tular berkenaan seorang “vtuber” yang lahir dan dari kecik tinggal di Malaysia dengan bangganya tak reti cakap Melayu disebabkan bersekolah di sekolah swasta.
Pernah ke anda jumpa orang Perancis tak boleh cakap Perancis? Orang Jerman tak boleh cakap Jerman? Orang Thailand tak boleh cakap Thai?
Tapi kenapa anda nak justifikasikan yang anda seorang rakyat Malaysia apabila anda tak boleh cakap Melayu?
Kalau Bahasa Melayu tak boleh dipanggil Bahasa Melayu disebabkan bahasa ni hanya untuk orang Melayu, rasanya Bahasa Inggeris pun kena tukar nama kot memandangkan ia bukan lagi hak eksklusif orang England.
Kena tukar jadi “Bahasa United Kingdom” sebab takut orang Wales, Scotland dan Northern Ireland terasa. Tapi kalau buat macam itu nanti US, Canada, Australia pula yang terasa.
Bahasa sememangnya dinamakan mengikut kaum penutur asal: Hindi tetap Hindi, bukannya “Indian Language”. Arab tetap Arab, bukannya “Saudian Language” atau “Yemeni Language”.
Orang Iran pun masih bertutur dalam “Persian” bukannya “Iranian”. Austria tetap guna “German” sebagai bahasa kebangsaan, tak ada nak tukar jadi “Austrian”. Bahasa tak perlu ikut prinsip Westphalia.
Kemudian kalau tak guna Inggeris, pendidikan kita tak bertaraf dunia, tak berdaya saing. Dalam senarai top 10 PISA untuk subjek matematik, 7 negara – Finland, Norway, Ireland, Estonia, Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong guna bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
Yang selebihnya itu – Canada dan New Zealand guna Bahasa Inggeris sebab bahasa kebangsaan diorang memang Bahasa Inggeris.
Takkanlah sebab satu negara iaitu Singapura yang mengagungkan Bahasa Inggeris lebih daripada bahasa kebangsaan yang lain (Singapura mempunyai 4 bahasa kebangsaan), terus kita nak ikut?
Kenapa tak ikut majoriti negara yang mencapai kejayaan dalam pendidikan berbahasa pengantar bahasa kebangsaan?
Sebenarnya, apa masalah sekiranya kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kita dikekalkan?
Apa yang susah sangat untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian?
Apa yang susah sangat untuk mengguna Bahasa Melayu dalam apa-apa urusan? Apa yang susah? Bak kata Winston Churchill, “want thousand powers, don’t want thousand excuses”.
Sebelum kita nak meremehkan Bahasa Melayu seolah-olah ia tak “international” atau tak “commercial”, cuba tanya diri kita apakah usaha yang telah kita lakukan untuk mengantarabangsakan Bahasa Melayu?
Adakah kita mengemaskini media sosial dalam Bahasa Melayu?
Adakah kita berkomunikasi dengan kawan non-Malay dalam Bahasa Melayu?
Atau kebanyakan masa kita sendiri pula yang merasa malu dan “inferior” dengan bahasa kita?
Bila kita mempertahankan perkara ini, terus kita dicop “chauvinist”, “Melayu Ultra”. Padahal kita cuma tak nak identiti kenegaraan kita hilang.
Tak nak jadi orang yang tak kenang budi. Tak nak mengkhianati warisan nenek moyang yang diamanahkan kepada kita.
Bahasa Melayu sekarang pun dah mudah untuk semua orang belajar dan cakap. Bukannya pakai Jawi lagi. Ni dah tulisan rumi dah kot.
Sia-sia je la bangsa Melayu korbankan tulisan jawi yang dah jadi darah daging peradaban Melayu sendiri kepada tulisan rumi semata-mata agar bangsa lain dapat sama-sama rasa nikmat pendidikan tanpa rasa prejudis.
Semua usaha ni pun bukannya baru setahun dua, lagi lama dari kau lahir atas muka bumi ni. Perubahan dari tulisan jawi kepada tulisan rumi untuk pembelajaran di sekolah berlaku pada 1966 dibawah Menteri Pendidikan adalah Allahyarham Khir Johari.
Malah, sebelum itu lagi, Laporan Razak pada 1956 nyatakan bangsa Melayu dah berkompromi kepada kaum minoriti bersetuju untuk tukar konsep sekolah Melayu kepada sekolah kebangsaan dan izinkan kewujudan sekolah vernakular sebagai identiti kebangsaan.
Tanpa persetujuan dan kerelaan ini, mungkin negara kita masih dibelenggu dengan ketidaktentuan dalam hubungan antara kaum. Maka, terima kasih Melayu.
Hanya disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.
Oleh: Azizul Farhan
___
Kenal lagi sejarah dan budaya Melayu bersama Kitab Tamadun Melayu. Dapatkan segera!
Nak ingatkan juga pada korang, Pesta Buku Antarabangsa Selangor dah bermula hari ini di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam! Anda turut berpeluang untuk beramah-mesra bersama penulis-penulis kegemaran anda. Jumpa anda di sana!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply