Dalam tamadun Mesir Purba, konsep pemerintahan bersama (coregency) sering menjadi masalah kerana Firaun dianggap sebagai jelmaan dewa Horus.
Menurut konsep Ma’at, hanya seorang raja sahaja boleh wujud pada satu-satu masa.
Namun, bukan setiap masa mereka mengikut konsep ini, terutamanya ketika era Kerajaan Pertengahan di mana firaun kadang-kadang melantik penggantinya sebagai raja bersama untuk memastikan peralihan kuasa berjalan lancar.
Sistem ni digunakan sejak era Kerajaan Pertengahan untuk memastikan pemindahan kuasa berlaku dengan stabil.
Pemerintahan bersama dipercayai berlaku antara Amenemhat I, Senusret I, Amenemhat II dan Senusret II.
Kemungkinan besar raja sebenar yang berkuasa adalah yang lebih tua (bapa) melantik raja yang lebih muda (anak), sementara raja bersama hanya mendapat kuasa penuh selepas kematian yang lebih tua.
Namun, tahun pemerintahan biasanya dikira dari permulaan pemerintahan bersama. Disebabkan inilah sukar untuk mengetahui bila bermulanya pemerintahan seseorang raja dan menyebabkan penentuan kronologi Mesir agak rumit dan masih diperdebatkan hingga kini.
Namun, pemahaman tentang kewujudan pemerintahan bersama mengurangkan kekeliruan dengan ketara.
Institusi pemerintahan bersama berbeza dengan naib-kerajaan (vice-regency), di mana seorang raja dewasa (dalam Mesir Purba sering ibu kepada raja) berfungsi sebagai penjaga yang memerintah atas nama raja yang masih di bawah umur.
Beberapa naib-raja wanita Mesir mencapai status yang setara dengan Raja-Dewa dan menjadi penguasa bersama seperti Hatshepsut.
Selepas kematian suaminya Thutmose II, Hatshepsut memerintah atas nama Thutmose III, anak saudaranya dan anak tirinya.
Kemudian, pada tahun ke-7 pemerintahan Thutmose III, baginda ambil alih takhta diraja dan diberi gelaran Raja Mesir dengan nama takhta (prenomen) Maatkare.
Bagi tempoh-tempoh kemudian dalam sejarah Mesir Purba, kewujudan institusi pemerintahan bersama dipertikaikan oleh ahli kaji Mesir.
Oleh: Azizul Farhan
___
Anda pastinya tak sabar dengan buku terbaharu The Patriots, KITAB TAMADUN MESIR PURBA yang bakal menjelma semasa PBAKL nanti.
Buku ini lengkap menceritakan sejarah dan budaya masyarakat Mesir Purba sesuai untuk bacaan semua peringkat umur.
Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/ktmp/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih