Baru-baru ini terdapat berita tergempar di Mississippi, AS di mana dua buah artifak ditemui dalam perut buaya yang dibelah perutnya. Artifak tersebut ialah batu tetak pada 1,700 SM dan anah panah senjata Atlatl (pelempar lembing) pada 6,000 SM.

Menurut laporan dari laman web Clarion Ledger, buaya sepanjang 4.1 meter dan seberat 340 kg ini diburu oleh pemburu berlesen bernama John Hamilton, Buaya itu beliau buru di Tasik Eagle pada bulan September ini. Artifak tersebut diselidik oleh ahli arkeologi Mississippi setelah peroleh persetujuan dengan Hamilton.

Rakyat AS dari negeri Mississippi, South Carolina, Texas, Florida, Georgia, Alabama, dan Arkansas harus memperoleh lesen memburu buaya iaitu Alligator Possession Permit jika mahu memburu dan berusia sekurang-kurangnya 16 tahun. Hamilton iaitu pemburu berlesen ini mendapat khabar tentang penemuan dog tag dalam perut buaya yang diburu di South Carolina. Jadi, beliau mencuba nasib pada 2 September jika perut buaya buruan beliau juga mempunya ‘harta’.

Namun, pemburuan beliau umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Perut buaya yang Hamilton buru benar-benar mempunyai harta yang beliau inginkan. Lebih mengejutkan harta itu ialah peninggalan orang-orang terdahulu! Dengan bantuan staf dari Red Antler Processing iaitu kedai yang memberikan khidmat melapah buaya buruan, mereka mengeluarkan artifak tersebut dan menangkap foto.

Foto artifak itu kemudian diselidik oleh pengarah Jabatan Kualiti Alam Sekitar iaitu James Starnes. Beliau yang mahir dalam bidang permukaan geologi itu menganggarkan batu tetak itu direka pada 1,700 SM manakala anak panah senjata Atlatl pula direka pada 6,000 SM.

Hamilton (dua dari kiri) bersama kawan pemburu menunjukkan buaya yang mereka buru.

Bagaimana buaya ini boleh menelan artifak yang begitu oenting dalam membentuk sejarah orang asal Amerika?

Mississippi ialah negeri yang kaya dengan lokasi ekskavasi dengan berjumlah 19,000 buah tempat kajian. Dalam kajian arkeologi, Mississippi ini telah diduduki pada 12,000 tahun lalu, maka tidak hairan jika buaya buruan Hamilton ini secara tidak sengaja menemui artifak ini da menelannya.

Anak panah yang berada dalam perut buaya tersebut berkemungkinan direka pada fasa kuno awal Amerika (8,000 – 5,000 SM). Starnes meneliti dan menemui kepala anak panah ini lebih besar dari kepala anak panah biasa yang selalu orang asal Amerika gunakan. Beliau berandaian bahawa anak panah ini dikhaskan untuk pemburuan haiwan bertubuh besar, dan dilemparkan menggunakan senjata Atlatl.

Manakala artifak kedua iaitu batu tetak berusia 3,700 tahun ini, Starnes mengandaikan bahawa batu ini digunakan oleh nelayan pada tarikh yang sama. Pada mulanya batu ini beliau tidak mengenali fungsinya namun kehadiran dua lubang pada batu tersebut mendapatkan jawapan yang beliau inginkan.

Inilah dua artifak dalam perut buaya Hamilton: Anah panah yang berusia 3,700 tahun (atas) dan batu tetak berusia 8,000 tahun (bawah)

Batu tetak itu sebenarnya ialah ‘penggosok mata kail tulang ikan’. Orang dahulu tidak mempunyai mata kail seperti sekarang jika ingin memancing ikan. Maka, mereka menggunakan kreativiti iaitu menggunakan tulang ikan sebagai mata kail. Apabila mata kail tulang terdedah pada air dalam tempoh yang panjang, hujungnya akan menumpul. Jadi, nelayan menggunakan batu ini untuk menggosokmata kail itu supaya ia tajam semula.

Namun, fungsi batu tetak ini hanyalah andaian semata-mata, tegas Starnes. Mungkin ada fungsi lain yang lebih menonjol berbanding hanya berfungsi sebagai penggosok mata kail.

Penemuan barangan dalam perut buaya adalah perkara biasa dalam AS terutamanya dalam negeri-negeri yang menggalakkan pemburuan buaya yang berlesen. Pada bulan April lepas, terdapat berita penemuan 5 teg nama anjing, sarung peluru, palam, cangkerang kura-kura, dan kaki kucing liar dalam perut buaya sepanjang 3.7 meter yang 202 kg berat.

Menurut Jabatan Hidupan Liar Mississippi yang melaporkan kepada The Clarion Ledger’, objek keras yang buaya telan biasanya berfungsi sebagai ‘alat pencerna makanan’. Objek keras atau batu dalam perut buaya memperoleh fungsi baru dalam memudahkan penernaan buaya. Batu-batu tersebut dipanggil sebagai ‘batu perut’ atau gastrolith. Dalam kes buaya Hamilton, berkemungkinan dua artifak menarik ini ditelan untuk tujuan sebegitu sehingga akhirnya disembelih.

RUJUKAN:

Cowie, A. (14 September 2021). Two Amazing Ancient Artifacts Found Inside Giant Mississippi Alligator. Ancient Origins.

Broom, B. How did artifacts, thousands of years old, turn up in a Mississippi alligator’s stomach? Clarion Ledger.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.