Perhiasan Dream Catcher yang pernah menjadi trend suatu ketika dahulu yang dimana ianya dijual sebagai perhiasan kerana bentuknya yang ringkas, cantik dan berwarna-warni. Harganya pun tidak terjangkau mahalnya malahan masih dalam harga yang mampu dibeli oleh rakyat biasa.
Tetapi kebanyakan Dream Catcher yang dijual di pasaran merupakan rekabentuk Amerika moden kerana ianya digunakan daripada bahan-bahan yang murah dan kurang berkualiti dari segi keasliannya. Ianya dijual semata-mata sebagai sebuah perhiasan kraftangan budaya masyarakat asli Indian. Tidak seperti Dream Catcher asli milik suku Chippewa yang dihasilkan daripada ranting kayu biasa (yang dijampi) dan benang-benang halus lalu dihiasi dengan bulu pelepah burung helang atau burung hantu.
Masyarakat Chippewa Indian mempunyai hubungan yang dekat dengan suku Ottawa Indian dan Potawatowi Indian serta masyarakat ini membuat penempatan utama di sekitar kawasan Michigan, Wisconsin, Minnesota, North Dakota, dan Ontario.
Dalam masyarakat asli Indian, khususnya suku Chippewa, Dream Catcher dikenali sebagai ‘asabikeshiinh’ atau dalam bahasa Melayunya adalah ‘Labah-Labah’. Ada pelbagai kisah, legenda dan sejarah yang mengaitkan tentang asal usul azimat atau tangkal yang dikenali dalam masyarakat/suku penduduk asli Chippewa Indian ini. Dalam kepercayaan masyarakat suku-suku Indian, majoriti menganggap labah-labah sebagai serangga yang menakutkan atau mengerikan melainkan suku Chippewa menganggap labah-labah sebagai serangga yang suci dan melindungi sukunya daripada pelbagai anasir atau roh jahat.
Dalam kisah dongeng masyarakat suku Chippewa, wujudnya sebuah entiti atau semangat iaitu Asibikaashi (Spider Woman), yang melindungi keselamatan puak, kanak-kanak dan bayi daripada serangan roh jahat. Apabila zaman semakin berlalu, masyarakat daripada suku Chippewa mula berpindah-randah dari suatu tempat ke tempat yang lain lalu menyebar ke seluruh tanah Amerika. Asibikaashi yang bertugas untuk menjaga keselamatan suku Chippewa berasa serba-salah dan tidak berkemampuan untuk menyelamatkan kesemua suku Chippewa di merata tempat dalam masa yang sama ketika berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini ke atas mereka.
Jadinya, pada suatu masa, Asibikaashi menciptakan tangkal asabikeshiinh yang pertama dan memberikan kepada keluarga dari suku Chippewa yang ingin berpindah ke suatu tempat yang jauh. Daripada kisah dongeng inilah, maka terciptalah tangkal asabikeshiinh dan ianya menjadi sebahagian budaya rasmi dalam suku Chippewa. Tangkal asabikeshiinh ini wajib dipakai oleh setiap keluarga atau suku Chippewa walaupun di mana mereka berada. Daripada pertembungan budaya suku Chippewa dan suku Indian yang lainnnya, maka budaya Asabikeshiinh ini diikuti oleh suku-suku yang lain juga dan mereka turut berkongsi dalam pemakaian budaya yang wajib untuk memiliki sebuah tangkal Asabikeshiinh.
Fungsi Dream Catcher atau Asabikeshiinh dalam kepercayaan suku Chippewa adalah sebagai tangkal/azimat yang dipasang di tempat tidur pada waktu malam. Mengapa ianya dipasang di tempat tidur? Berikut merupakan simbol-simbol yang ada pada Asabikeshiinh:
1. Sarang labah-labah: Mengikut tradisi kepercayaan Chippewa, manusia akan mengalami mimpi baik dan mimpi buruk ketika tidur. Azimat Asabikeshiinh yang mempunyai jaring-jaring seperti sarang labah-labah berfungsi sebagai penapis yang menapis mimpi jahat dan hanya melepaskan mimpi yang baik sahaja. Lalu mimpi jahat yang tersangkut di jaring tersebut akan terbakar apabila terkena sinaran matahari di pagi hari.
2. Bentuk jaring dalam bulatan: Suku Chippewa meyakini bulatan adalah sebuah simbol yang baik yang dimana mewakili kitaran hidup manusia pada setiap hari. Ianya juga melambangkan bentuk bulat matahari dan bulan yang sentiasa berputar setiap hari menghiasi bumi.
3. Bulu pelepah: Mewakili unsur kelembutan. Membawa aura untuk si pemakai untuk tidur dengan lena tanpa sebarang gangguan roh jahat atau mimpi yang buruk.
Ada dua jenis bulu yang disulam di dalam Asabikeshiinh iaitu bulu pelepah burung hantu untuk perempuan yang melambangkan kebijakkan dan bulu pelepah burung helang untuk melambangkan keberanian.
Kini, tangkal Asabikeshiinh menjadi salah satu simbol penyatuan budaya masyarakat asli Indian dan budaya ini dijaga oleh mereka walaupun zaman semakin menuju perkembangan dunia teknologi. Jangan pelik jikalau masyarakat kita juga berbangga dengan kepemilikan ke atas tangkal Asabikeshiinh tersebut atau nama ‘hipster’nya Dream Catcher. Sekian, penulisan serba ringkas mengenai sejarah asal usul perhiasan Dream Catcher yang pernah popular pada suatu tika dahulu.
Persoalan, adakah memakai perhiasan Dream Catcher ini membawa unsur tasyabbuh (meniru atau memakai simbol agama selain Islam)?
Untuk melihat kepada hukum ini, perlu dilihat adakah pemakaian Dream Catcher atau Asabikeshiinh mengandungi unsur tasyabbuh yang dibolehkan? Adakah ianya memberikan manfaat atau mashalat kepada ummatNya? Sekiranya ianya tidak memberikan sebarang unsur kemanfaatan atau kemashalatan, maka ianya termasuk dalam kategori tasyabbuh yang diharamkan kerana mengandungi unsur syirik dan ianya masih menjadi identiti keagamaan bagi masyarakat asli Indian sehingga kini.
Boleh membaca tentang fatwa seputar Dream Catcher di:
http://muftiwp.gov.my/…/2456-al-kafi-755-hukum-memakai-tudu…
Wallahu’alam.
Rujukan:
1. New World Encyclopedia: Dreamcatcher.
2. Akta Lakota Museum and Cultural Center: Legend of the Dreamcatcher.
3. Where did the Ojibwe dream catcher come from? oleh Terry Lusty, Sweetgrass Writer, Edmonton.
5. AL-KAFI #756: HUKUM MEMAKAI TUDUNG BERCORAK DREAMCATCHER, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Mohd Faizal Yusof, 2018.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih