Tuk tuk tuk!

“Dr. K!”

Tiada balasan. Sekali lagi penjaga makmal mengetuk pintu pejabat Dr. Katskee. Bersama beliau adalah penyelia yang sentiasa membimbing kajian yang dijalankan oleh Dr. Katskee.

“Dr. K! Bos nak jumpa!”

Masih tiada balasan. Tidak mungkin Dr. Katskee keluar dari pejabatnya kerana dia memberitahu penjaganya agar dia berada di pejabat semalaman untuk laksanakan kajiannya.

“Dr. K!”

“Mungkin sesuatu telalu berlaku dalam biliknya.” Teka penyelia.

Penjaga risau. Kemudian dia mencapai kunci pendua dari poket kanannya dan membuka pintu bilik. Setelah penjaga menyelakkan daun pintu pejabat, terlihat Dr. Katskee terbaring sebelah meja pejabat. Tubuhnya kaku. Penjaga terus pergi ke pangkuan Dr. Katskee. Nadi diperiksa di leher. Tiada denyutan.

“Dr. K sudah tiada.”

Mereka berdua terdiam. Tidak sangka Dr. Katskee meninggal dunia secepat itu. Lantas penyelia lihat contengan beserta tulisan pencil di dinding sebelah pintu.

“Apa yang dia lakukan tadi?”

“Semalam dia lakukan kajian.” Jawab penjaga. Dia kemudian melihat contengan tersebut. Tulisan pada contengan itu pernah dia lihat. Itu contengan Dr. Katskee mengenai kajian semalam tetapi sangat kabur apa yang Dr. Katskee tuliskan. Seakan huru-hara seperti minda yang tidak teratur pemikirannya.

“Bos tahu apa dia tuliskan?” Soal penjaga.

“Entah… Saya pun tidak pasti.”

******

Kisah di atas adalah kisah yang saya olah dari kisah benar. Dr. Edwin Katskee, lahir pada tahun 1903 di Nebraska, USA. Dia cumalah ahli fizik di tempat kelahirannya dan tidak ada istimewanya tentang beliau sehingga diangkat oleh masyarakat dunia sebagai tokoh disegani yang banyak menyumbang kajiannya. Namun apa yang membuatkan beliau dikenali ramai terutamanya ahli-ahli perubatan adalah kesanggupan beliau menjadikan dirinya sebagai bahan uji kaji.

Bahan yang beliau kaji adalah kokain. Kokain ketika zamannya dijadikan sebagai bahan anestetik. Ramai tidak ketahui kesan sampingannya sehingga Dr. Katskee melakukan eksperimen terhadap dadah ini. Berikut adalah kisah yang saya lanjutkan.

******

GAMBAR 1: Dr. Edwin Katskee

Semalam, sebelum kematian Dr. Katskee…

Dr. Katskee mula menyuntik kokain cair pada lengannya. Gaya persis penagih dadah. Sebagai pakar perubatan, dia sebenarnya melakukan kajian bagaimana kesannya sesuatu dadah terhadap tubuh badan manusia. Telah banyak kali kajian telah dia lakukan. Telah banyak kali juga dia mengalami ‘kematian’ sebentar.

Di zamannya, kokain cecair adalah dadah terpenting dalam dunia perubatan, sebagai anestetik. Walaupun hanya dalam kuantiti dibenarkan saja dalam penggunaan kokain, tetapi para doktor kabur akan kesan sampingannya. Jadi, Dr. Katskee menjadi doktor pertama melakukan kajian kesan sampingan dari kokain.

Untuk memberi kesan efektif untuk rekodkan dalam nota, dia menerima suntikan kokain cecair sebanyak 1.2 gram. Suntukan tersebut sebenarnya melebihi kuantiti yang dibenarkan. Jadi dia hanya mempunyai masa sebanyak 3 minit untuk lengkapkan kajiannya. Maka, dia tahu bahawa lepas 3 minit adalah kematian.

Namun dia tiada pilihan. Dia mesti mengetahui kesan sampingan kokain untuk masa depan dunia perubatan. Dia mesti korbankan dirinya untuk mencapai objektif kajiannya.

Setelah mendapat suntikan, dia duduk menyandar pada dinding. Khayal. Berapa saat khayal dia sedar semula. Dia berdiri kemudian mencapai pensilnya di meja pejabat. Terus ke dinding kosong bersebelahan pintu pejabat. Kemudian dia mulai menulis. Dalam fikirannya cuma dinding saja menjadi ‘kertas’ untuk notanya. Tiada masa untuk mencari kertas.

Sekarang saya mendokumentasikan kajian saya tentang kesan sampingan kokain.

Keputusannya akan dicatat dalam buku Rx. Jika pihak universiti, kolej, doktor dan para saintis telah menemui penemuan tersebut, kira mereka bersyukur kerana saya tidak akan ulanginya lagi…

Leka menulis, datang seseorang dari pintu pejabatnya. Ternyata itu penjaga pejabat.

“Dr. K! Masih buat kajian?” Sapa penjaga.

Dalam keadaan separuh khayal. Dr. Katskee berkata, “Er… Ya. Boleh kamu bantu saya?”

“Apa saja untuk Dr. K.” Sahut penjaga.

Kemudian Dr. Katskee meminta penjaga untuk ambil alat penukul dan tukul lututnya. Setelah lututnya diketuk, tiada respon mengejut pada kakinya.

“Saraf tidak merespon. Lutut tidak bertindak balas.”

“Itu yang Dr. K dapat.”

“Baik terima kasih banyak-banyak.”

“Tiada masalah Dr. K. Bila Dr. K selesaikannya?”

“Er… Saya sampai pagi di pejabat ni.”

“Baik. Kalau siapa-siapa nak jumpa…”

“Jangan masuk bilik ni!”

Tergamam penjaga akan amarah Dr. Katskee.

“Err… Maaf. Tunggu hingga saya beritahu kamu.”

“Baiklah. Nanti Dr. K rehat. Dr. kena banyak rehat. Kalau ada apa-apa hal saya di pondok pengawal.” Kata penjaga sebelum meninggalkan bilik pejabat Dr. Katskee.

Matanya mengembang. Penglihatannya terang bukan seperti biasa. Lalu meneruskan penulisannya.

Mata mengembang. Penglihatan sangat jelas…

Dalam keadaan separuh sedar, terlihat isterinya tengah memotong sayur di dapur. Dr. Katskee mulai mendekati isterinya. Terus isterinya menoleh menghadap Dr. Katskee.

“Abang, hentikanlah kerja gila abang ni!”

“Sayang, kajian ini penting!”

“Tapi abang mengambil dos berlebihan.”

“Dos ini cukup baik untuk siapkan kajian abang.”

“Abang, tolong hentikan!”

“Tapi…”

“Abang ada tanggungjawab. Ingat anak-anak kita!”

Konflik mereka berdua terus lesap dari mindanya. Dia baru sedar akan kondisinya sebenar. Kemudian mulai menulis lagi kesan terbaru dia dapat.

Minda separa sedar…

Otaknya mulai meracau. Nafasnya mulai sesak. Tidak berhenti-henti menghembuskan nafasnya. Dadanya semakin menekan ke dalam. Dengan berusaha menyedut oksigen bersungguh-sungguh, dia tahu bahawa telah tiba simptom seterusnya.

Tangannya mula mencapai gagang telefon di meja pejabat. Cuba mendail penjaganya di luar hospital. Dia cuba memberi arahan supaya penjaganya balik awal dulu dan tak perlu menunggunya.

“Hello…” Sambut penjaganya setelah didail oleh Dr. Katskee.

“Kamu ba… Wal dulu… Payah… Saya… Na…”

Terbeliak matanya. Sebutannya tiba-tiba bermasalah. Seperti kanak-kanak baru belajar menyebut kata.

“Hello…” Penjaganya kembali bersuara.

“@#$$%… &*+$%” Semakin tidak mengena sebutan Dr. Katskee.

“Kamu orang gila boleh tak jangan buat kacau!” Terus penjaganya meletakkan gagang telefon.

Dia cuba menyebut mana-mana perkataan yang terlintas dari otaknya. Kelu. Langsung tiada suara dikeluarkan. Pita suara tidak berfungsi lagi. Lidah membatu. Kini dia tahu bahawa dia hilang upaya untuk berkomunikasi. Dengan pencil di genggamannya, dia mencatat lagi.

Lidah kelu. Pita suara tidak berfungsi…

Tiba-tiba kembali lagi dia berhalusinasi. Bayangan isterinya muncul sekali lagi.

“Cukuplah abang. Saya tak sanggup lagi. Lebih baik kita berpisah dulu. Moga abang baik-baik saja.”

Kemurungan mulai melanda Dr. Katskee bagai tsunami menenggelamkan pulau berpenghuni. Sedih, geram, tertekan dan amarah menjadi satu. Kemurungan yang dia hadapi berlanjutan sehingga ke tahap tidak terkawal oleh otaknya. Dengan keadaan menyeksakan sebegitu, dia menemui jawapan untuk menghilangkan tindak balas kokain. Dia kembali menulis.

Karbohidrat… Itulah penawar sebenar untuk kesan sampingan kokain…

Dari kemurungan yang tersangat kritikal, kedua-dua belah kakinya mula hilang timbangan. Pop! Dia terjatuh terjelopok. Kakinya kini tiada fungsi. Dari situ dia tahu bahawa kelumpuhan datang perlahan-lahan hingga ke seluruh tubuhnya. Dengan pantas dia menulis.

Kelumpuhan…

Tangan kanannya bergegar sehinggalah dia rebah sepenuhnya di lantai dengan nafasnya tercungap-cungap. Maka, berakhirlah kajian yang meragut nyawanya demi masa depan dunia perubatan.

******

GAMBAR 2: Nota terakhir Dr. Katskee di dinding bilik pejabat.

26 November 1936, Dr. Katskee disahkan meninggal dunia di pejabatnya sendiri waktu pagi. Sama ada kematian berlaku disebabkan kajiannya yang silap atau kemahuan dirinya masih diperdebatkan. Keluarganya menegaskan bahawa kematiannya berlaku disebabkan kesilapan pada kajiannya. Penyiasat mendapati pada ‘diari’ yang diconteng Dr. Katskee bahawa dia ada mencatat tentang penawarnya. Namun atas sebab tertentu, dia tidak dapat sembuhkan dirinya. Mungkin kesan sampingannya mendahului meragut nyawa pakar perubatan itu.

Mungkin juga, dia berharap kajiannya mendapat faedah untuk para doktor lain untuk masa depan dunia perubatan. Tetapi kematiannya cumalah sia-sia. Doktor di sesebuah universiti telah memeriksa kajian Dr. Katskee tetapi apa doktor tersebut cuma simpulkan, kajian Dr. Katskee adalah tidak konsisten dan tiada nilai saintifiknya.

RUJUKAN:

  1. Alex Boese,Electrified Sheep, Pan Macmillan, 2011
  2. Doctor Katskee’s Final Experiment:
    http://drvitelli.typepad.com/providentia/2017/09/edwin-katskees-final-experiment.html
  3. Scientific Suicide – Dark Matters:
    https://www.youtube.com/watch?v=3E0gZqaqHDU
  4. Testing the effects of cocaine – a fatal experiment!:
    https://plus.google.com/108612046527316778941/posts/CXqS1mspWDR

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.