Siapa pernah tonton filem hebat Forrest Gump lakonan aktor Tom Hanks pasti ingat akan babak ini.
Forest Gump mewakili Amerika Syarikat dalam sukan ping pong menentang skuad kebangsaan ping pong dari China di negara China sendiri.
Forest Gump digambarkan dalam filem itu cukup handal bermain ping pong hatta atlet dari China pun kelihatan berhempas-pulas menentang beliau.
Sebenarnya, babak dalam filem itu diinspirasikan dari peristiwa sebenar.
Detik yang digelar ‘Diplomasi Ping Pong’.
Pada 10 April 1971, kerajaan Republik Rakyat China menjemput skuad kebangsaan ping pong Amerika Syarikat bertandang ke Tanah Besar China.
Skuad Amerika Syarikat waktu itu sedang dalam persiapan menghadapi Kejohanan Ping Pong Dunia di Jepun.
Seoarang pemain ping pong Amerika Syarikat, bernama Glenn Cowan terlepas menaiki bas pasukan untuk pulang ke bilik penginapan. Jadi Glenn Cowan sempat menghabiskan masa selama 15 minit di pusat latihan yang terletak di Nagoya, bermain ping pong bersama pemain China bernama Liang Geliang.
Pegawai pusat latihan mahu menutup area latihan, tinggallah Cowan keseorangan ternanti-nanti anggota pasukan Amerika Syarikat yang lain.
Jadi skuad China menjemput Cowan menaiki bas bersama mereka menuju ke kompleks penginapan. Zhuang Zedong juara dunia 3 kali, menjemput Cowan duduk bersamanya di dalam bas. Masing-masing bak itik dan ayam, kerana tidak faham bahasa pertuturan. Hanya sedikit terjemahan dari rakan-rakan skuad China yang tahu berbahasa Inggeris. Manusia, sesukar dan sebesar mana pun jurang bahasa, kerana insan itu bernaluri di hati, hatta orang bisu pun boleh terjemahkan hasrat terpendam.
Perjalanan ke kompleks penginapan tidak lama, hanya mengambil masa kira-kira 10-15 minit sahaja.
Zhuang Zedong telah menghadiahkan Cowan satu lukisan sutera yang memaparkan Banjaran Huangshan.
Cowan mahu membalas pemberian Zhuang Zedong, namun bila diseluk-seluk beg sukannya, yang ada hanya lah sikat rambut.
“…saya tidak boleh beri kamu sikat, kalau lah saya dapat beri sesuatu yang lebih bermakna kepada kamu…”. Ujar Cowan kepada Zhuang Zedong.
Saat Cowan turun dari bas, imej itu dirakam oleh ramai jurugambar dan wartawan. Cowan kemudiannya menghadiahkan sehelai t-shirt berwarna merah, biru dan putih siap tertera ayat ‘Let It Be’ kepada Zhuang Zedong.
Bila ditebak soalan oleh wartawan adakah Cowan mahu melihat dan melawat negara China, Cowan secara jujur beliau memang teringin benar melawat China jika punyai peluang dan kesempatan.
Zhuang Zedong mendedahkan, 10-15 minit dalam bas itu mengubah persepsi dan doktrin yang ditanam ke atas beliau sejak kecil. Manusia tetap manusia, yang bermusuh itu negara, dan sukan itu sepatutnya menyatukan.
Berita tersebut menjadi perbualan hangat. Akhbar-akhbar Jepun mensensasikan berita pertemuan Cowan-Zhuang Zedong. Foto Cowan-Zhuang Zedong menjadi sensasi dunia.
Kerajaan China mulanya tidak memperduli hasrat skuad Amerika Syarikat yang ingin melawat negara China, lantaran hubungan diplomatik yang cukup tegang antara kedua negara.
Namun setelah beberapa perbincangan Mao Zedong (毛泽东) kemudiannya membenarkan skuad ping pong Amerika Syarikat bertandang ke China.
Lalu, pada 10 April 1971, seramai 9 pemain, 4 pegawai, dan 2 pengiring menyeberang jambatan dari Hong Kong ke China. Mereka mengadakan beberapa pelawanan ping pong persahabatan dengan pemain China, dibenar melawat Tembok Besar China selain di bawa melawat ke lain-lain tempat bersejarah di China. Lebih kurang seminggu mereka di sana, ia adalah detik penting dalam hubungan diplomatik antara China dengan Amerika Syarikat.
Peristiwa tersebut merintis kepada kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon ke China bertemu dengan Mao Zedong, pada tahun 1972.
Jadi dalam filem Forrest Gump itu memanglah ia dari peristiwa sebenar. Cuma menjadi kelaziman filem-filem Hollywood menokok-tambah sedikit fakta bagi menjadi penyedap cerita.
Cerita Forrest Gump buatkan penonton terfikir, betapa setiap detik sejarah manusia ini berkait rapat antara satu sama lain. Filem boleh digarap dari peristiwa sebenar.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih