Dalam catatan Rekod Tiga Kerajaan yang lebih asli berbanding novel Hikayat Tiga Kerajaan, sebelum Cao Cao bangkit sebagai kuasa hegemoni terbesar China secara oportunis, sudah ada satu sosok bernama Dong Zhuo atau gelaran kehormatnya, Zhongying, seorang politikus dan panglima per4ng yang hidup dan m4ti sebagai pengkhianat Maharaja semasa akhir tempoh Dinasti Han Timur.
Dia merampas kawalan kuasa ke atas ibu kota Luoyang pada 189 ketika kota itu berada dalam keadaan kekacauan berikutan kem4tian Maharaja Ling dan perbalahan antara puak sida-sida dan beberapa pegawai kerajaan yang diketuai oleh Jeneral Umum He Jin.
Dong Zhuo kemudiannya menggulingkan Maharaja Shao dan menaikkan Liu Xie sebagai Maharaja Xian. Dong Zhuo memperoleh kuasa dominan dalam pentadbiran kerajaan Han dan beliau memerintah dengan kezaliman dan kekejaman untuk jangka waktu yang singkat.
Pada tahun berikutnya, gabungan penguasa-penguasa dan pegawai wilayah serantau bersama dengan beberapa panglima per4ng melancarkan kempen ketenter4an untuk menghukum Dong Zhuo di atas kezalimannya hingga memaksa dia untuk memindahkan ibu kota dari Luoyang ke Chang’an.
Dong Zhuo dibunvh pada tahun 192 oleh anak angkatnya sendiri iaitu Lu Bu, pembunvhan ini merupakan sebahagian daripada plot yang dirancang oleh Menteri Dalam Negeri Wang Yun namun ia lebih menguntungkan Cao Cao.
KEHIDUPAN AWAL
Dong Zhuo dilahirkan di Lintao, Longxi Commandery (sekarang Min County di Provinsi Gansu) dan dikatakan beliau seorang pemuda yang sombong dan sangat mahir dalam memanah sambil berkuda pada zaman belia.
Dia mengembara di sekitar wilayah Qiang dan berkawan dengan ramai orang-orang berpengaruh. Setelah dewasa, dia kembali dan membuka ladang di kampungnya yang terletak di pinggir kota, di mana dia secara tanpa sengaja terjumpa sebilah pedang yang tertulis prasasti kabur yang tercatat “memotong sang raja seperti kayu balak.”
Apabila dia membawa pedang itu kepada seorang sami terkenal, Cai Yong, untuk penilaian, yang akhirnya menegaskan kepadanya bahawa ia adalah pedang milik Raja lagenda dari negeri Chu Barat, Xiang Yu.
Sebagai seorang lelaki dengan fizikal kuat dan memiliki latar belakang yang baik, Dong Zhuo menyertai pasukan pengawal diraja, lalu menyertai Zhang Huan dalam kempen menentang pember0ntak Qiang di Provinsi Bing sebagai seorang Mejar. Dia diberi ganjaran 9,000 gulung sutera terbaik untuk khidmatnya, di mana kesemuanya diberikan kepada rakan-rakan dan orang bawahannya.
Dong Zhuo dihantar untuk menghentikan Pember0ntakan Serban Kuning pada awal tahun 180-an selepas beberapa kali dinaikkan pangkat tetapi dia dikalahkan oleh pember0ntak dan diturunkan pangkat.
Apabila suku-suku Qiang dan Hu member0ntak dengan bangsawan tempatan Han Sui dan Bian Zhang di Wilayah Liang, Dong telah dikembalikan semula sebagai Panglima Kesatria dan dihantar lagi untuk menyekat pember0ntak.
Semasa berper4ng dengan suku Qiang, tenter4 Dong Zhuo kalah dari segi kekuatan jumlah tenter4 dan sebatang sungai menjadi laluannya untuk berundur. Untuk menghalang tenter4nya daripada dimusnahkan oleh musuh, Dong mengarahkan tenter4nya untuk membina takungan empangan sungai dan berpura-pura memancing ikan di dalam takungan yang terbentuk.
Dia menghantar orang-orangnya untuk menyeberang aliran sungai yang rendah dan memecahkan empangan itu untuk menggagalkan sebarang usaha pengejaran oleh musuh. Walaupun gagal dalam kempen, unit Dong Zhuo adalah satu-satunya unit yang tidak terjejas dalam pasukan Tenter4 Han.
Dong Zhuo kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Panglima Pelopor dan Inspektor Wilayah Bing. Walau bagaimanapun, beliau enggan menerima jawatan barunya kerana dia tidak mahu meninggalkan tenter4nya dan pengikutnya di Wilayah Liang.
Menyedari pemerintah Han telah mula merosot akibat dari kegagalannya untuk menundukkan suku Qiang, Dong Zhuo mengalihkan tumpuan dengan mengumpul kekuatan dan kuasa nya sendiri di Liang. Pada masa itu, seorang pegawai tenter4 Han, Sun Jian, mencadangkan kepada pegawai atasannya supaya mengambil tindakan terhadap keangkuhan dan penderhakaan Dong Zhuo terhadap empayar, namun nasihatnya tidak diendahkan.
KEBANGKITAN KUASA DONG ZHUO
Berikutan kem4tian Maharaja Ling pada tahun 189, Jeneral Umum He Jin memerintahkan Dong Zhuo untuk memimpin tenter4nya ke Luoyang bagi membantu beliau dalam menghapuskan puak sida-sida. Sebelum Dong Zhuo sempat tiba, He Jin telah dibunvh oleh puak sida-sida dan ibu kota telah jatuh ke dalam keadaan kekacauan.
Puak sida-sida mengambil Maharaja Shao sebagai tebusan dan melarikan diri dari Luoyang. Tenter4 Dong Zhuo berjaya memintas dan menghapuskan puak sida-sida kemudian membawa Maharaja Shao kembali ke istana.
Pada masa yang sama, adik lelaki tiri He Jin, Jeneral Kereta Kuda Kavalri, He Miao, telah dibunvh oleh orang bawahannya selepas mereka menuduh dia bersekutu dengan puak sida-sida. Pasukan tenter4 He Jin dan He Miao yang kehilangan pemimpin mula mencari perlindungan dengan menyertai pasukan di bawah perintah Dong Zhuo yang akhirnya mengetuai satu ketumbukan terkuat pasukan Xiliang yang ganas memasuki ibu kota.
Dong Zhuo juga menghasut Lü Bu supaya membunvh bapa angkatnya dan Komandan Pengawal Ibukota Diraja, Ding Yuan, setelah Ding Yuan tidak setuju akan usul untuk menggantikan Maharaja Shao dengan Liu Xie yang masih kecil.
Lü Bu kemudiannya menjadi anak angkat Dong Zhuo dan pembantunya yang paling dipercayai, beliau membantu Dong untuk mengambil alih kawalan penuh ibukota diraja Luoyang. Pada awal ketibaannya ke Luoyang, para bangsawan yang kuat dan panglima-panglima per4ng dari timur tidak ingin melihat Dong meluaskan pengaruh.
Dong Zhuo menyedari akan hal itu lalu memberitahu para panglima nya supaya membawa pasukan tenter4 keluar dari kota pada waktu malam dan masuk semula melalui gerbang hadapan pada waktu tengah hari.
Dengan cara itu, para bangsawan yang menentang Dong Zhuo beranggapan bahawa Dong mempunyai kekuatan tenter4 yang besar lalu membuatkan sesiapa yang berniat hendak menentang akan berfikir dua kali, dan Dong dapat merebut kuasa dengan melaksanakan plot bersiri yang dianggap melanggar hukum di mata kebanyakan golongan yang berfahaman Confuciusm.
Pada tahun 190, Dong Zhuo menggulingkan Maharaja Shao dan menggantikannya dengan Liu Xie, Putera Chenliu, yang kemudian menggunakan gelaran Maharaja Xian. Dong mengisytiharkan dirinya sebagai Canselor dan memonopoli kuasa dominan dalam kerajaan.
Dia memiliki keistimewaan khas dan dibenarkan untuk membawa pedangnya masuk ke dalam Dewan Diraja sementara orang lain dilarang melakukannya. Keistimewaan ini tidak diberikan kepada mana-mana pegawai negeri sejak zaman Xiao He sebagai Canselor untuk pengasas Dinasti Han, iaitu Maharaja Gaozu (Liu Bang). Dong Zhuo juga dibenarkan memasuki dewan tanpa menanggalkan kasutnya.
Rekod Tiga Kerajaan mencatatkan kejadian di mana Dong Zhuo mengetuai bala tenter4nya ke Luoyang dan memerintahkan mereka membunvh semua penduduk lelaki dan menjarah kota itu dengan alasan untuk menghapuskan tenter4 pember0ntak. Dikatakan bahawa Dong Zhuo sering tidur di atas katil maharaja dan kerap kali mer0gol pelayan-pelayan wanita di istana.
PAKATAN MENENTANG DONG ZHUO
Pada tahun yang sama, pegawai-pegawai wilayah dan para panglima per4ng di seluruh negara membentuk pakatan gabungan dan melancarkan kempen ketenter4an untuk menghukum penderhakaan Dong Zhuo terhadap Maharaja.
Sebagai tindak balas, beliau menghantar satu pasukan untuk memintas barisan hadapan gabungan yang diketuai oleh Sun Jian, dan memerintahkan menantunya, Niu Fu, untuk membina kubu Mei, di mana Niu menyimpan stok makanan yang boleh diguna selama 30 tahun.
Selepas pasukannya di bawah Hua Xiong, Hu Zhen, dan Lu Bu, dikalahkan oleh Sun Jian di Yangren, Dong Zhuo menghantar seorang perunding yang licik bernama Li Jue untuk mencadangkan usul damai melalui perkahwinan antara anak Sun Jian dengan anak perempuan Dong Zhuo, pelobi itu berjanji kepada Sun Jian bahawa pemerintahan negara boleh dibahagikan antara dua keluarga itu. Tetapi jeneral barisan hadapan itu menghalau Li Jue sebelum membuat persiapan lebih rapi untuk menyer4ng Luoyang.
Oleh itu, Dong Zhuo memindahkan semua orang di Luoyang ke ibukota baru di Chang’an (sekarang Xi’an) di barat. Sebelum berangkat memulakan penempatan baharu, Dong Zhuo mengarahkan tenter4nya untuk menggali makam nenek moyang diraja termasuk makam bekas-bekas Maharaja Empayar Han demi mencuri harta dan khazanah bernilai.
Dia juga menghantar orangnya untuk merampas barang-barang berharga daripada penduduk yang kaya di Luoyang, serta membakar hangus istana dan apa sahaja yang berpotensi dimanfaatkan oleh pakatan pasukan bersekutu.
Kemudian, Dong Zhuo mengumpulkan tenter4nya di kota dan secara peribadi mengetuai mereka untuk menyer4ng pasukan tenter4 yang sedang menghampiri. Ketika Sun Jian sedang menuju ke makam diraja, dia dipintas oleh Dong Zhuo yang telah menunggunya. Walau bagaimanapun, Dong Zhuo tidak dapat bertahan dengan kehandalan Sun Jian, dan dikalahkan semasa pertempvran.
Dia kemudian memerintahkan Lu Bu untuk memimpin pasukan kavalri kembali ke kota untuk menghentikan kemaraan Sun Jian sebelum dia berangkat ke Mianchi. Lu Bu dan para pejuangnya berjaya kembali ke Luoyang sebelum Sun Jian tiba, tetapi mereka tidak mampu mempertahankan pintu gerbang timur ketiga ketika ser4ngan itu berakhir, dan keputusan pertempvran di dalam kota ditakdirkan Lu Bu sekali lagi telah dikalahkan.
KEKALAHAN PAKATAN BERSEKUTU
Walaupun berjaya menakluki kota Luoyang, angkatan bersekutu tidak menemui apa-apa kecuali sekadar runtuhan bangunan, maka mereka berundur dan menunggu perkembangan selanjutnya. Dong Zhuo kemudian menghantar jeneralnya yang mahir, Li Jue, Guo Si, dan Zhang Ji ke barisan hadapan menentang panglima per4ng dari timur.
Pada masa itu, pakatan itu mempunyai masalah konflik dalaman dan gagal menumpukan perhatian terhadap matlamat perjuangan utama mereka, jadi pegawai senior diraja, Zhu Jun hanya mampu memohon sahabat lamanya, Tao Qian untuk membantu dalam usaha yang jelas sia-sia dalam melawan pasukan Dong Zhuo.
Walaupun mempunyai pakatan umum dengan Dong Zhuo, sebenarnya dia turut menghantar 3,000 tenter4 elit kepada Zhu Jun untuk menbantu bertempvr dengan pasukan Dong di Zhongmu, di mana pertahanan Zhu Jun musnah sepenuhnya.
Li Jue dan teman seperjuangannya kemudian melakukan serbuan di sekitar kawasan Chenliu dan Yingchuan, di mana Cao Cao dan orang yang sewaktu denganya gagal menghentikan kemaraan pasukan Dong Zhuo, ramai penduduk di sana telah ditangkap dan diperhambakan.
Tenter4-tenter4 gabungan itu agak takut dengan layanan yang kejam dan gila tetapi kreatif yang direka Dong Zhuo untuk mereka jika mereka ditangkap: tawanan akan diikat dengan pakaian tebal yang basah, dan membakar mereka dengan api bermula dari bahagian kaki; kerana kepala tawanan tidak diikat/ditutup, dia dapat menikm4ti jeritan dan ekspresi muka mangsa yang diseksa, namun, hobi semacam itu tidak dipersetujui dalam diam oleh kebanyakan pegawai diraja yang berpendidikan.
PEMERINTAHAN YANG ZALIM
Memandangkan para panglima per4ng mustahil dapat menghentikannya secara berasingan, pemerintahan sistem autokrasi Dong Zhuo mula stabil di ibu kota baru Chang’an. Dua bulan selepas dia memindahkan ibu kota, Dong Zhuo menghidupkan semula dan memegang gelaran Tuan Besar, satu gelaran kuno yang pernah diperkuatkan kembali oleh Wang Mang, tetapi telah dihapuskan di Han Timur.
Dong Zhuo juga turut melantik adiknya Dong Min sebagai Panglima Kiri, dan memberikan jawatan rasmi kepada beberapa saudaranya. Dong Zhuo juga sentiasa menaiktaraf istana peribadinya di daerah Mei berhampiran Chang’an, di mana dia menganggap dia boleh hidup aman jauh daripada ancaman pakatan bersekutu walaupun sekiranya mereka bekerjasama sekali lagi dan melancarkan per4ng terhadapnya.
Dia juga gemar menganjurkan pesta dan jamuan yang mewah, di mana penyeksaan yang ganas akan dilakukan ke atas musuh-musuh yang ditawan sebagai bahan hiburan: dia akan memotong lidah mereka dahulu supaya mereka tidak membuat bunyi bising dalam langkah seterusnya, di mana kaki mereka akan dipotong dan bebola mata akan dicungkil.
Kaedah seksaan sebegini memerlukan kemahiran profesional kerana mangsa perlu kekal sedar dan tidak pengsan ketika mereka dilemparkan ke dalam minyak mendidih. Maka, “bebola daging” hidup akan berputar di tengah-tengah jamuan untuk dijadikan tontonan semua orang. Dong cukup selesa dengan “karya agung “nya dan terus menikmati hidangannya seperti biasa, namun hadirin yang lain dikatakan mengalami tahap ketidakselesaan yang tinggi hingga ada yang termuntah.
Dong juga akan memberi hukuman kejam ke atas musuh politiknya; ketika dia berada di Luoyang, dia menghapuskan seluruh klan Yuan di dalam kota, kerana Yuan Shao adalah ketua gabungan bersekutu yang berkempen menentangnya. Dalam masa dua tahun, beribu-ribu penjawat awam telah dituduh secara salah dan dibunvh, ramai orang awam diculik atau dibunvh di bawah pemerintahannya yang zalim.
Bagi membeli bahan-bahan untuk pembangunan susulan bagi memperkuatkan benteng kubu Mei yang tak terkalahkan itu, Dong Zhuo mengarahkan loceng dan patung-patung gangsa, di antaranya ialah sembilan dari Dua Belas Logam Colossi dicairkan dan dibentuk semula menjadi wang syiling. Wang ini membanjiri pasaran dan menyebabkan inflasi yang serius, mengakibatkan mata wang negara tidak lagi bernilai.
Polisi dan dasarnya yang beracun itu telah mengurangkan kekuasaan pemerintah sebenar Han dan menimbulkan kemarahan di antara kebanyakan golongan bangsawan dan rakyat biasa pada masa itu, mungkin hanya angkatan tenter4 Xiliang sahaja yang masih memuja Dong Zhuo seperti tuhan.
KEJATUHAN DONG ZHUO
Dong Zhuo sedar bahawa tindakan provokatif dan kelakuannya yang cukup melulu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak dan dia berisiko tinggi dibunvh oleh musuh, jadi dia melantik seorang pahlawannya yang paling kuat merangkap anak angkatnya sendiri, Lü Bu sebagai pengawal peribadi, yang membayangi pergerakan dia hampir sepanjang masa.
Apabila Dong mahu melepaskan rasa marah, dia akan melemparkan tombak ke arah Lü Bu yang seringkali terpaksa mengelak senjata itu, dan kemarahan Dong Zhuo akan segera mereda. Jadi tidak hairan lah jika Lü Bu memendam rasa tidak puas hati terhadap bapa angkatnya itu.
Lagi pula, memandangkan Lü Bu mempunyai akses ke kediaman Dong, dia telah mengadakan hubungan sulit dengan salah seorang perempuan simpanan Dong Zhuo iaitu Diao Chan yang merupakan anak angkat perempuan Wang Yun, Menteri Dalam Negeri merangkap perancang paling awal untuk menjatuhkan Dong Zhuo, Lü Bu dan Diao Chan sering bertemu secara sembunyi.
Pada tahun 192, dengan dorongan oleh Menteri Dalam Negeri, Wang Yun merangkap bapa kekasih hatinya sendiri, Lü Bu mengambil keputusan untuk membunvh Dong Zhuo. Pada suatu pagi, seperti kebiasaannya, Lü Bu menyambut Dong Zhuo di gerbang istana dengan beberapa orang kepercayaannya yang diketuai oleh Kapten Kavalri, Li Su.
Ketika Dong Zhuo keluar, Li Su melangkah ke hadapan dan terus menikam Dong. Dong menyeru Lü Bu untuk menyelamatkannya, tetapi Lü Bu hanya menjawab, “Raja menitahkan kami untuk membunvh pember0ntak!” selepas itu dia mengakhiri nyawa Dong Zhuo dengan tetakan mavtnya. Dikatakan bahawa m4yat Dong Zhuo ditinggalkan di jalanan supaya orang ramai boleh menikm4ti pemandangan ketika m4yatnya dibakar.
Pegawai yang bertanggungjawab membakar m4yatnya menyalakan api pada sumbu yang diletakkan di perut Dong Zhuo dan pembakaran memakan masa seharian dengan menggunakan lemak pada tubuhnya sebagai bahan bakar.
Terdapat satu titah khas yang menyatakan sesiapa yang cuba untuk mengambil sisa m4yat Dong Zhuo akan dihukum bunvh. Bagaimanapun, tiga pegawai termasuk Cai Yong yang terkenal masih mahu mencabar perintah tersebut dan akhirnya dibunvh. Sementara itu, semua pihak yang pernah bersekutu dengan Dong Zhuo telah dibunvh, termasuklah ibu Dong Zhuo yang berusia 90 tahun yang dikatakan menjerit dan merayu supaya diampunkan.
KEBANGKITAN LEGASI DONG ZHUO
Selepas kem4tian Dong Zhuo, beberapa pengikutnya yang setia, seperti Li Jue, Guo Si, Zhang Ji dan Fan Chou, melarikan diri kerana beranggapan bahawa kesetiaan mereka terhadapnya akan dianggap sebagai pengkhianatan. Wang Yun, yang telah menguasai kerajaan, mendengar rayuan mereka untuk pengampunan dan berkata, “Daripada semua orang yang boleh diampunkan, mereka adalah dikecualikan.”
Mereka berempat kemudian melepaskan jawatan mereka dan merancang untuk bersembunyi. Bagaimanapun, seorang penasihat licik bernama Jia Xu mencadangkan mereka harus mengambil kesempatan ini untuk melancarkan ser4ngan ke atas Chang’an memandangkan tenter4 Xiliang sebenarnya masih tidak terjejas. Mereka kemudian mengumpul kebangkitan beberapa ribu pengikut tegar untuk menyer4ng kota Chang’an.
Wang Yun menghantar Xu Rong dan Hu Zhen (bekas pegawai tenter4 Xiliang) untuk menentang pasukan Xiliang yang dalam perjalanan, tetapi Xu Rong terbunvh dalam pertemuan pertama dan Hu Zhen bertindak memimpin tenter4nya untuk menyertai pasukan pember0ntak lalu jumlah pasukan pember0ntak telah bertambah sehingga 100,000 orang ketika mereka mengepung ibu kota.
Lu Bu cuba memecahkan kepungan, tetapi dikalahkan di luar pintu masuk kota, sehingga Chang’an jatuh ke tangan pengikut setia Dong Zhuo dan Maharaja Xian dijadikan tebusan. Kuasa kerajaan jatuh ke tangan suku Liang sekali lagi. Sebelum akhirnya Maharaja Xian berjaya “diselamatkan” oleh Cao Cao yang mula bangkit dan menjadi permulaan kepada perpecahan Pakatan Bersekutu kepada tiga buah kerajaan.
Cao Cao mungkin seorang pengkhianat, namun apa yang dilakukan oleh Dong Zhuo jauh lebih zalim, jadi, layaklah kiranya tindakan Dong Zhuo dianggap sebagai penderhakaan terbesar sepanjang zaman kegemilangan Dinasti Han.
RUJUKAN:
Heroes Of The Three Kingdoms – Shui MuSi
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih