Untuk yang tidak mengetahui, Netflix baru sahaja menerbitkan sebuah doku-drama berkenaan pen4klukan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Peminat sejarah Uthmaniyah pasti berminat untuk tonton doku-drama sejarah ini sebab bukan selalu Netflix nak paparkan kepada kita sejarah agung umat Islam kan? Kalau kau orang berminat, boleh cari The Rise Of Emp!re: Ottoman.

Kepada yang tidak mengetahui, doku-drama ini ialah sebuah drama sejarah yang diselang-selikan dengan ulasan-ulasan dari pakar sejarah, juga akan diiringi oleh naratif persis dokumentari daripada narrator.

Ada beberapa bahagian dalam dokumentari ini aku bersetuju, tetapi ada gambaran sejarah dalamnya yang buatkan aku geleng kepala kerana ketepatan yang diragui, dan ada bahagian dalamnya buat aku panas sebab sejarah yang sepatutnya dipaparkan langsung tak diceritakan kepada umum.

Cerita ni nak gambarkan sisi Machiavelli/Real Politik Al-Fateh. Atau cuba nak gambarkan sedemikian. Bagi aku ia nampak ahak try-hard sebab Al-Fateh tak nampak sisi cunning yang aku selalu baca dalam sejarah. Al-Fateh tampak seperti seorang anak muda panas baran, yang bertindak ikut kepala panas dia. Tak langsung nampak cici Machiavelli/Real-Politik/Helah Al-Fateh. Aku agak kecewa sebab percubaan untuk tonjolkan sisi yang aku jangkakan daripada Netflix ini gagal.

Yelah, selama aku hidup, drama, ceramah dan filem terlalu merontismkan sejarah hidup Al-Fateh, jadi aku cuba lari dari naratif romantism sejarah yang popular di Malaysia. Ya, memang ada babak yang menunjukkan sisi licik Al-Fateh, tetapi ditenggelamkan dalam kebanyakan babak kebudak-budakan, tidak efisyennya dia sebagai jeneral p3rang.

Adapun demikian, aku suka beberapa gambaran sejarah yang dipaparkan. Ya, Al-Fateh memang mengambil inspirasi daripada sejarah tokoh seperti Julius Caesar dan Alexander The Great. Sebab betapa dia nak jadi pen4kluk seperti mereka, nama panggilannya dalam sejarah pun digelar sebagai Sang Pen4kluk. Dek kerana betapa terinspirasinya dengan sejarah pen4klukan Caesar, tertakluk sahaja Konstantinopel, terus dia menggelar dirinya sebagai “Kaisar Rom”.

Berhentilah mengatakan dia “membuka” sedangkan fungsi sebuah empayar ialah pen4kluk. Tidak ada yang buruknya pada gelaran pen4kluk itu sebab bangsa-bangsa agung dalam sejarah, sememangnya akan melahirkan pen4kluk antara mereka! Bangsa Melayu memiliki penakluk hebat seperti Dapunta Hyang Sri Jayanasa dan juga Nakhoda Ragam, bangsa Arab berbangga dengan Khalid Al-Walid, maka selayaknya Al-Fateh, seperti mana namanya, seorang pen4kluk!

Aku juga suka bagaimana siri ini memaparkan watak Mara Branković, yang merupakan ibu tiri kepada Al-Fateh. Fakta menarik, Mara Branković bukan seorang beragama Islam, tetapi beragama Kristian Ortodoks dalam kebanyakan rekod.

Mara merupakan seorang wanita berbangsa Serbia, dan dari keluarga bangsawan Serbia yang dikahwin dengan Sultan Murad, ayahanda Al-Fateh. Tentang agamanya, barangkali perkahwinan mereka dibenarkan atas tradisi perkahwinan dengan ahli kitab.

Watak Mara ini agak senyap dalam tradisi penulisan sejarah Islam, tetapi peranannya sangat besar sebagai figura seorang ibu buat Al-Fateh, mata-mata Al-Fateh untuk memerhati kerajaan-kerajaan Kristian, juga sebagai pengimbang dan pengaman antara orang Islam dan orang Kristian. Dan ya, seperti mana dalam siri ni, Mara kekal seorang Kristian Ortodoks dan m4ti sebagai seorang Kristian Ortodoks, tidak memeluk Islam.

Tetapi aku agak bengang dengan bagaimana ibu kandung Al-Fateh digambarkan sebagai “figura yang misterius”, tidak dikenali sedangkan seluruh dunia mengenalinya sebagai Hüma Hatun. Makamnya masih mekar sebagai ibu kandung Al-Fateh. Entah bagaimana diletakkan dalam doku-sejarah ini dengan naratif “Al-Fateh sehingga hari ini tidak mahu bercerita mengenai ibunya.”

Ibu kepada sultan sebuah 3mpayar agung, kenapa nak dirahsiakannya? Sejarawan hanya berbeza pendapat mengenai bangsa ibunya sama ada orang Italy yang memeluk Islam, atau orang Macedonia. Aku rasa sengaja peranan ibu kandungnya dihilangkan dalam doku-sejarah ni sebab tak nak mengaburi peranan Mara sebagai figura seorang ibu buat Al-Fateh.

Juga, tentang bagaimana Al-Fateh dididik. Ia sebenarnya sebuah penghinaan apabila Al-Fateh dikatakan dipvkul oleh gurunya sampai lvka lalu dari lvka itu, ia mengalir dar4h. Sebenarnya dalam tradisi 3mpayar Uthmaniyah, adalah diharamkan dar4h seorang keturunan diraja ditumpahkan sebab mereka percaya ia akan mengundang malang dan bala. Jadi, agak cuai untuk penulis dokumentari ini membiarkan babak seperti ini dimainkan.

Dan langsung tak diceritakan tentang ketika Al-Fateh menjadi sultan kali pertama menggantikan ayahandanya Sultan Murad, baginda ada menulis surat kepada ayahandanya untuk kembali menjadi sultan dan melawan pemberontak. Yang diceritakan Al-Fateh direntap kekuasannya daripada ayahandanya sendiri dan juga perdana menteri Uthmaniyah iaitu Halil Pasha.

Seterusnya, banyak betul watak-watak penting yang tak diceritakan. Mana perginya Akshamsaddin, seorang ahli sufi yang merupakan guru agama Al-Fateh? Watak ini sangat besar dalam peranannya dalam mendidik Al-Fateh, bahkan beliaulah yang menasihati Al-Fateh untuk melakukan s3rangan terakhir ke atas Konstantinopel!

Mana pergi Hasan Ulubati, seorang syvhada muslim yang bersama dengan beberapa orang t3ntera Turki pada hari terakhir s3rangan telah memanjat tembok Konstantinopel lalu memacakkan panji Uthmaniyah sekaligus menaikkan semangat tent3ra Islam?

Mana pergi babak hebat lagi mengasyikkan mengenai Al-Fateh mengimamkan solat jemaah ratusan ribu t3nteranya di hadapan kota Konstantinopel sehinggakan menggentarkan jiwa tent3ra kafirun melihatkan betapa bersatu-padunya t3ntera Islam di bawah satu akidah dan agama!

Mana pergi usaha Al-Fateh mencari makam sahabatnya nabi mencari Abu Ayub Al-Ansari  yang ditanam di dinding kota Konstantinopel ketika percubaan pertama umat Islam men4kluk Konstantinopel pada kali pertama dahulu berhasil dengan kegagalan? Pasti indah dapat menyaksikan ulangan semula Al-Fateh menemui tubuh sahabatnya nabi yang tidak reput dek masa dan dilindungi ALLAH ini.

Kalau dikatakan nak bagi doku-sejarah ini bebas daripada unsur spiritual, dan memberi nafas sekular, kenapa perkara seperti bulan menjadi merah, ramalan astrologi yang mengarut, legenda atas Hagia Sophia ada aura eletrik, tayangan foto Virigin Marry menaikkan semangat para tent3ra Kristian, dan unsur-unsur legenda lain diketengahkan, tetapi tidak babak solat berjemaah beramai-ramai.

Ada juga babak kontroversi yang menjadi perbahasan sejarawan seperti penj4rahan selepas Konstantinopel jatuh tidak terlihat dalam siri ini. Ada rekod sejarah mengatakan ya, Konstantinopel selepas kejatuhannya, maka tent3ra-tent3ra Al-Fateh menj4rah harta-harta di dalamnya sehinggakan membuatkan Al-Fateh menangis memerhati ker0sakan yang berlaku.

Namun, bukan semua sejarawan bersetuju dengannya, dan kebanyakan sejarawan turki membantah naratif ini dengan membawa bukti-bukti lain menentangnya. Dan memandangkan siri ini dibuat oleh orang Turki, makanya aku tak hairan sangat kenapa ia tak dimasukkan langsung dalamnya.

Lagi satu nak tegur ialah bagaimana Janissari yang tak seiring dengan penerangan sejarawan dalamnya. Dalam satu babak, sejarawan memuji Janissari sebagai t3ntera professional terawal dalam sejarah, tent3ra yang sangat berdisipilin, dilatih dari kecil, didoktrinkan dengan semangat j!had, namun gambaran untuk Janissari mengiringi penerangan tu seolah-olah mengambarkan Janissari ni tent3ra paling tak berguna kat Eropah!

Selain itu, bagaimana t3ntera Uthmaniyah dalam filem ini, juga para sultannya digambarkan langsung tidak kena dengan gambaran sejarah membuatkan aku agak menyirap. Mana serban Al-Fateh yang diperbuat daripada kain kafannya? Kenapa sultan memakai baju serba hitam sahaja sedangkan sejarah selalu menulis sultan memakai pakaian berwarna-warni?

Kenapa Janissari tidak memakai baju besinya? Mana s3njata lain macam mvskets and arquebvses? Uthmaniyah dikenali sebagai 3mpayar serbuk api pertama dalam sejarah bukan kerana meriam semata-mata, tetapi kerana penggunaan s3njata api yang sangat efektif!

Bahkan angkatan berkuda Sipahi milik Uthmaniyah yang seolah-olah tidak wujud langsung. Turki asalnya berp3rang persis seperti orang Monggol, berasal daripada kawasan sepermainan yang sama, namun bagaimana keturunan bangsa nomad berkuda ini tidak digambarkan tidak memiliki angkatan berkudanya langsung? Ia satu penghinaan sebenarnya kepada sejarah Turki.

Akhir kata daripada aku, aku bagi 4/10 sahaja daripada doku-drama sejarah yang sangat-sangat tidak lengkap ini! Terlalu banyak kenapa daripada kepuasan yang aku cari sebenarnya…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.