Pada pagi Selasa 29 Mei 1973, pagi subuh yang merentap jiwa jiwa yang mengenali P. Ramlee. Corong corong radio berkumandang pada jam 7.30 pagi; P.Ramlee meninggal dunia. Maka berhimpun para karyawan, sasterawan, bintang filem , ahli politik, wartawan, sahabat handai serta peminat seni tanahair membanjiri banglo No. 22, Jalan Dedap Taman Furlong, Setapak Kuala Lumpur.
Hujan renyai membasahi
Akhbar 30 Mei 1973:
Padamnya Sebuah Pelita – Utusan Melayu
Ramlee Dies – Malay Mail
P.Ramlee dies of Heart Attack – The Star
Bapak Filem Melayu Sudah Hilang – S. Sudarmadji
Kehilangan sukar diganti – Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein
Sebelum akhbar
tempatan dan pemimpin negara mengeluarkan kenyataan dan membuat liputan berita
ini, muncul seorang wanita kecil susuk tubuhnya dari Kedah. Beliau pertama
sekali mengesahkan kejadian ini. Bagaikan mimpi, beliau bertemu insan ini hanya
dicorong radio dan akhbar. Sekali sekala melihat di pawagam berikutan tuntutan
kerja yang sibuk.
Datin Dr. Salmah
Ismail merupakan DOKTOR WANITA MELAYU PERTAMA Negara. Berkelulusan King Edward
VII College of Medicine, Singapura. Beliau merupakan Pegawai perubatan senior
yang mempunyai 25 tahun pengalaman, bertugas di Hospital Kuala Lumpur. Pada
pagi itu beliau bertugas di unit Kecemasan & Trauma. Menerima panggilan
untuk merawat pesakit yang akan turun dari Ambulan pada bila bila masa.
“Lelaki dewasa, tiada denyutan jantung, bantuan segera” – mesej yang disampaikan-
Hari ini lain, beliau menyentuh sendiri sekujur tubuh di katil besi, sedikit buih di mulutnya, tidak memberi sebarang respon. Diminta jururawat dan pembantu perubatan memberi bantuan pernafasan. Tiada respon. Beliau memeriksa secara terperinci, segala ilmu yang ada digunakan untuk membuat kepastian. Hari ini lain, tidak seperti sekujur tubuh lain perlu beliau sahkan kematian. Hari ini lain, ini tubuh P. Ramlee.
—-
Waktu Kematian – 5.30 pagi
Sebab : Sakit Jantong ( Heart Attack)
Orang yang memberitahu sebab kematian : Datin Dr. Salmah Binti Ismail – Pegawai Perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur.
—-
Surat kematian dikeluarkan jam 11.35pagi
– 29 Mei 1973.
Pegawai Perubatan HKL.
Jenazah P.Ramlee
dibawa pulang dan disembahyangkan di Masjid Jamek, Kampung Baru. Akhirnya
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas tepat jam 5.30
petang.
Ironinya Ramlee
bertemu Salmah Ismail dipengakhiranya, nama yang sama dengan isteri beliau
Biduanita Saloma. Bukan sahaja terhenti di hari kematian beliau, malah Datin
(kini Tan Sri) Dr. Salmah binti Ismail meninggal dunia pada 21 Julai 2014 pada
usia 95 tahun, juga dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.
Suratan atau
kebetulan 2 Tokoh Melayu dipertemukan semula? Tokoh Kedoktoran Wanita Bertemu
Seniman Agung? Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang
orang beriman. Alfatihah.
Latar Belakang Tan Sri Dr Salmah Ismail
Beliau dilahirkan
di Alor Star, Kedah pada 19 Disember 1918
Pendidikan
Beliau mendapat
pendidikan di Kampung Bahru Girls’ School dan kini dikenali sebagai Sekolah
Menengah Sultanah Asma Alor Star, Kedah. Beliau telah lulus dan memperolehi
Junior Cambridge pada tahun 1934 dan Senior Cambridge pada tahun 1935. Beliau
merupakan calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama di Kedah yang lulus
peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang. Dengan kelulusan yang amat baik
beliau dapat melanjutkan pelajaran ke King Edward VII College of Medicine di
Singapura pada tahun 1936 dengan mendapat Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah.
Beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1947.
Kerjaya
i. Doktor Pelatih
di Hospital Besar Kuala Lumpur
ii. Pegawai
Perubatan di Negeri Kedah (1950-1960)
iii. Pegawai
Perubatan di Negeri Selangor (1961-1967)
iv. Pemilik klinik
persendirian di Kuala Lumpur dan rangkaian Klinik Salma (1967)
v. Pengerusi
Salma-Bakar Sdn. Bhd.
vi. Pengarah
Specialist Mediklinik Sdn. Bhd
Pencapaian
Menempa sejarah
sebagai wanita Melayu pertama yang berjaya memperolehi kelayakan Doktor di
seluruh Malaya pada waktu itu. Pencapaian ini dianggap sangat cemerlang dikala
masyarakat Melayu masih lagi dibaluti adat resam dan tradisi lama yang melarang
anak-anak perempuan belajar hingga ke peringkat yang begitu tinggi.
Berita kejayaan
beliau tersiar dalam akhbar The Straits Times pada 24 Disember 1947.
RUJUKAN:
Tan Sri Dr. Salmah Ismail – Anugerah Tokoh Melayu Gemilang,
Temubual Saloma Arkib Negara
Kenangan Abadi P.Ramlee – RamliIsmaill
First Malay Woman Doctor – New Straits Times -1947
Era Azman
Repair Gambar Lama




No comments yet