
Nama sebenarnya ialah Syed Ali bin Syed Mohammed. Lahir di Singapura pada 2 Februari 1933. Mula bergiat dalam dunia filem pada tahun 1953. Filem pertama beliau ialah Kampung Nelayan arahan Jaafar Wiryo yang diterbitkan oleh Keris Films. Nama “Fiji” di hujung nama Ali diberikan oleh P. Ramlee ketika sedang berlakon dalam filem Pancha Delima. Mengikut

Bila sebut sahaja nama Karim Latiff sudah tentu tergambar watak sebagai Safar yang dilakonkan olehnya di dalam filem Ahmad Albab arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1968. Karim Latiff dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan pada 8 Febuari 1936. Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan dengan menyertai pertunjukkan pentas bangsawan dengan menyertai kumpulan

Setelah dilantik menjadi pengarah, Hussain Haniff memilih untuk mengarah cerita dari karya novel Sasterawan Ali Aziz yang bertajuk Hang Jebat Pelaku Terajidi. Hussain Haniff yang sememangnya terkenal dengan pendirian memberontaknya memulakan kajian terhadap naskah Ali Aziz ini dengan begitu teliti. Hussain Haniff seorang yang sangat cerewet dalam berkarya, beliau suka memperlihatkan kesempurnaan d

Rabu 20 Ogos 1986 bersamaan 15 Zulhijjah 1406 telah berpulang ke rahmatullah seorang pelakon dan pengarah filem Melayu, Salleh Ghani atau nama sebenarnya Haji Salleh bin Abdul Ghani. Salleh Ghani dilahirkan di Kampung Belembang, Muar, Johor pada 3 Disember 1923. Beliau adalah putera sulong daripada enam adik-beradik. Salleh Ghani mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu

“Apabila umat Islam menyambut hari raya bererti menyambut hari lahir saya juga,” demikian seloroh P.Ramlee berkata kepada seorang wartawan dalam satu temubual di rumahnya di Jalan Dedap, Kuala Lumpur. Secara umum mengetahui P.Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929. Tetapi berlaku kesilapan dan ketidaktepatan jika tarikh itu dipadankan dengan tarikh 1 Syawal pada tahun itu mengikut

Dalam kegembiraan dan lawak jenaka yang ditunjukkan melalui filem-filemnya. Jauh disudut hati beliau tersimpan perasaan duka. Itulah P.Ramlee yang tidak suka berkongsi kisah duka dan masalah yang dihadapinya dengan semua orang. Menurut Nasir anak kandungnya, bapanya itu sering berduka, perasaannya tidak pernah diluahkan kepada sesiapa pun, kadang kala dia duduk termenung dan saya dapat melihat

Hang Jebat ialah salah seorang dari sahabat Datuk Laksamana Hang Tuah yang dikatakan telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Di dalam buku sejarah lama dan Hikayat Hang Tuah ada menceritakan kisah legenda Hang Tuah lima bersaudara ini. Hang Jebat yang akhirnya dikatakan telah kecundang di tangan Hang Tuah akibat dari perbuatan derhakanya terhadap Sultan. Masyarakat Melayu

Pada pagi Selasa 29 Mei 1973, pagi subuh yang merentap jiwa jiwa yang mengenali P. Ramlee. Corong corong radio berkumandang pada jam 7.30 pagi; P.Ramlee meninggal dunia. Maka berhimpun para karyawan, sasterawan, bintang filem , ahli politik, wartawan, sahabat handai serta peminat seni tanahair membanjiri banglo No. 22, Jalan Dedap Taman Furlong, Setapak Kuala Lumpur.

P. Ramlee pernah bercinta dengan perempuan cina? Apa hubungannya seniman agung dengan perempuan cina seorang gadis kabaret yang dikenalinya di Singapura? Yusaini Amir pengarah filem P.Ramlee pernah melontarkan soalan ini melalui salah satu babak dalam filem arahannya di mana P.Ramlee bertemu dengan seorang gadis cina bernama Siew Chen di Singapura, namun babak itu tidak dipanjangkan.