Bagi yang mengikuti filem-filem Ice Age, watak Manny semestinya berada dalam minda. Manny merupakan seekor gajah berbulu lebat, persis seperti mammoth yang sudahpun pupus dari kehidupan sekitar 400,000 tahun dahulu. Meskipun sudah lama, mammoth merupakan antara haiwan yang sangat mudah dikaji oleh kerana penemuan-penemuan saintifik yang baik. Terdapat beberapa bangkai yang ditemui beku di sekitar Siberia dan Alaska, bersertakan tebaran fosil, gigi, kandungan perut, najis dan juga lukisan-lukisan prasejarah di gua oleh manusia kontemporari.

Antara falasi moden ialah mammoth mempunyai saiz gergasi. Sebenarnya tidak. Mammoth mempunyai saiz seakan-akan sama dengan Gajah Afrika. Mammoth jantan mempunyai ketinggian 270-340sm dengan purata berat 6,000 kg. Manakala betina pula sekitar 260-290 sm dengan purata berat 4,000 kg. Anak mereka mempunyai purata berat dalam 90 kg. Dan setiap ekor mammoth dilahirkan dengan bulu lebat yang sesuai untuk memanaskan badan semasa iklim sejuk. Bangkai-bangkai yang ditemui pula menunjukkan bulu panjang di luar dengan satu lagi lapisan bulu pendek di bawah.

Habitat di iklim sejuk telah mengecilkan telinga dan ekor mereka untuk mengelakkan pembekuan (frostbite). Gigi gerhamnya pula unik, kerana boleh tumbuh semula sebanyak enam kali. Dan untuk pertahanan diri, mammoth mempunyai gading panjang bercangkuk. Purata jangka hayat pula sekitar 60 tahun sahaja.

Meskipun dengan segala ciri-ciri kekuatan, mammoth malangnya tumpas kerana manusia. Hidup mereka sebenarnya tiada beza pun dengan gajah sekarang, mungkin dengan sifat agresif sedikit. Namun sepertimana gajah-gajah moden diburu, begitulah nasib ditimpa mammoth sekitar 4,000 hingga 10,000 tahun yang lalu. Masa kejatuhan spesis ini pula dilihat sezaman dengan harimau saber-tooth, kuda Amerika dan juga sejenis unta. Dan disini terletak satu petunjuk bahawa manusia hanyalah punca sampingan semata-mata.

Alam semulajadi sebenarnya sudah memilih mammoth untuk pupus. Pada zaman itu, perubahan ikli dipercayai berlaku yang memanaskan Bumi. Terselimut dengan bulu tebal, suhu baharu mula menjadi tidak sesuai untuk mammoth. Dipercayai juga perubahan iklim telah menyebabkan kepupusan tumbuh-tumbuhan penting di kawasan-kawasan sejuk yang membekalkan sumber mineral kepada mammoth. Dengan suhu yang menyebelahi manusia, kepupusan sememangnya suatu kemestian.

Manusia mula menerokai kawasan-kawasan utara sebaik sahaja Zaman Ais tamat. Tidak lama kemudian, manusia menemui dan memburu mammoth untuk daging, tulang dan kulit. Ditekan kiri dan kanan, mammoth tiada pilihan selain kepupusan.

Punca ketiga pula dipercayai angkara sebutir batu dari langit yang menghentam Bumi. Pada tahun 2007, sebuah kajian mendapati bahawa perubahan iklim sedemikian barangkali berlaku akibat asteroid itu sendiri. Hentaman asteroid tersebut dipercayai telah menyebabkan kebakaran hutan yang mencairkan ais dan memanaskan udara.

Tetapi sama seperti spesis lain, timbul satu persoalan: dimanakah tempat mereka membuat “The Last Stand”? Sebuah pasukan penyelidikan antarabangsa dari Universiti-Universiti Helsinki, Tubigen dan Rusia (Akademi Sains-Sains Rusia) berjaya membuat sejenis peta simulasi yang mengikuti pergerakan mammoth ke arah kepupusan. Dan mereka mendapati bahawa spesis mammoth mendapat “suaka” selama 7,000 tahun di sebuah pulau yang tidak disentuh manusia oleh kerana ketinggian paras laut.

Rahsia ini tersingkap dari komposisi isotop karbon, nitrogen, sulfur dan strontium pada tulang dan gigi mammoth di sekitar Siberia Utara, Alaska, Yukon dan Wrangel Island. Usia tulang-temulang ini pula berada dalam 4,000 hingga 40,000 tahun. Hasil daripada kajian ini memberikan mereka gambaran jelas tentang perubahan makanan mammoth oleh kerana sejenis gangguan alam sekitar. Dan perubahan kolagen karbon mammoth di Wrangel Island pula tidak begitu ketara walaupun Bumi sedang memanas.

Dengan erti kata lain, mammoth di serata dunia telah tumbang seekor demi seekor di satu demi satu kawasan… dimana haiwan terakhir dalam spesis ini pergi buat selama-lamanya di Wrangel Island, Lautan Arktik.

RUJUKAN

Study: Short-Term or Catastrophic Events Caused Extinction of Wrangel Island Mammoths-http://www.sci-news.com/paleontology/extinction-wrangel-island-mammoths-07671.html

Why Did the Woolly Mammoth Die Out?-https://www.nationalgeographic.com.au/history/why-did-the-woolly-mammoth-die-out.aspx


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.