Istana adalah seni bina sangat bermakna dalam budaya Eropah. Sekalipun ada negara sudah bertukar perlembagaan menjadi republik, struktur binaan istana masih dikekalkan. Malah Jerman sebagai sebuah republik berjaya tidak merµntµhkan istana-istananya. Banyak istana boleh diambil contoh.

Neuschwanstein wajar dijadikan contoh yang sangat baik. Terletak di kawasan berbukit, Neuschwanstein dulu menjadi bangunan istirehat (retreat) untuk para raja Bavaria. Ia dibina semasa pemerintahan Ludwig II, yang menggunakan harta sendiri tanpa menyentuh dana awam rakyat Bavaria.

Keindahan Neuschwanstein menjadi inspirasi Disney.

Tetapi Ludwig II mαngkαt tidak lama kemudian. Lalu Neuschwanstein dibuka pada tahun 1886 untuk kegunaan orang awam. Zaman demi zaman, istana ini tidak jemu menarik perhatian orang ramai.

Dijangka seramai 61 juta orang sudah mengunjungi Istana Neuschwanstein, dalam lingkungan 1.3 juta setahun sejak kebelakangan ini (Wittrowski, 2011).

Walaupun sudah lama, seni binanya masih memukau masyarakat dengan membawa identiti warisan sendiri. Inilah unsur paling meriah dalam negara-negara Eropah. Bangsa di sini tidak melµpµskan bangunan ratusan tahun – malah siap menaikkan tarafnya pada mata pengunjung.

Padahal istana-istana di sini sudah lama dipµkµl angin ribut dan terjemur dalam panas. Tidak cukup menjaga kualiti pembinaan, istana-istana Eropah kekal terhias dengan lukisan dan ukiran berseni. Setiap sudut seolah-olah mendabik kehebatan Eropah.

Memahami Tujuan Pembinaan Istana

Malaysia mempunyai istana yang lebih moden. Nasib Malaysia tidak sama untuk dibandingkan dengan Eropah dulu. Memang banyak negara moden Eropah timbul daripada empayar-empayar besar.

Sebuah alcazar (istana) yang dibina pada abad ke-11 di Sepanyol.

Contohnya Austria terkeluar daripada rahim Empayar Jerman. Dan Empayar Jerman pula diasaskan dengan gumpalan negara berdaulat yang pernah sebati di bawah panji Empayar Rom Suci. Dan sejarah jauh Empayar Rom Suci pula berasal daripada Empayar Rom lama.

Jadi walaupun ada negara baru, pengaruhnya masih terikat dengan empayar bertamadun yang lama. Malaysia lain. Negara ini terbentuk daripada abu penjαjαhan. Tidak sama dan takkan sama.

London tidak mengambil Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Sebaliknya, Tanah Melayu seolah-olah menumpang pada Empayar British sahaja. Begitu juga pada masa berada dibawah tali berdµri Portugis dan Belanda.

Berabad-abad kena pµkµl di tanah sendiri, Malaysia tidak berpeluang untuk merasai keperluan adanya istana silam. Istana yang ada pun terlalu lama sampai orang ramai sudah tidak faham keperluannya.

Di Eropah, istana dibina hanya untuk keutamaan peperαηgαη. Pada dinding istana misalnya, ada lubang untuk kegunaan pemαηαh. Dan ada kelengkapan lain, iaitu untuk mendidihkan minyak agar dapat disembur atau dituang pada mµsµh terlalu dekat.

Itu fungsi pertama. Ada istana yang berfungsi untuk kediaman atau mesyuarat. Dalam keadaan sekarang, banyak istana sudah ditukar menjadi bangunan parlimen.

Seni Bina Istana Sebagai Pergαdµhan Agama

Walaupun Eropah memeluk tauhid Kristian, benua ini ada beberapa blok yang bertembµngαn. Ajaran Katolik tidak mesra dengan ajaran Reformation, apatah lagi Ortodoks dan Protestanisme. Jadi seni bina menjadi minyak untuk dicurahkan pada api masing-masing.

Seni bina Baroque misalnya menghias dengan gaya teater, sebagai tanda julang-menjulang. Katolik enggan kalah pada tangan Reformation dan Protestanisme yang membawa seni bina sendiri (Forster, 2001).

Sebab itulah Baroque bersepah daripada Itali sampai Perancis. Malah ada tempat di Rusia pun meneguk inspirasi ini. Kerana seni bina di sana telah menjadi medan perseterµαn selepas penat berperαηg antara satu sama lain.

RUJUKAN:

Forster, M. (2001). Catholic Revival in the Age of Baroque: Religious Identity in Southwest Germany, 1550-1750. Cambridge University Press. Halaman 87.

Wittrowski, M. (2011). The Christmas Miracle of Castle Neuschwanstein. Books on Demand. Halaman 81.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.