Saya amat tertarik dengan satu bangsa kuno yang bahasa dan tamadunya telah pupus sekarang iaitu bangsa Hittite. Bangsa ini mula membina empayar yang besar dan kuat di sekitar wilayah Anatolia sekitar 1600 tahun sebelum masihi. Bersama bangsa Mesir puba, bangsa Hurrian atau Mittani dan bangsa Assyrian di Mesopotamia, tamadun Hittite dianggap sebagai salah satu tamadun zaman gangsa yang terhebat pada zaman itu. Barangkali bagi anda yang suka akan sejarah Mesir kuno pernah mendengar satu pertempuran atau battle yang dipanggil Battle of Kadesh.
Pertempuran Kadesh ini adalah satu peristiwa peperangan paling tua yang pernah dicatatkan dalam sejarah dunia kuno. Ia adalah pertempuran diantara Kerajaan Mesir Purba dibawah Firaun Ramses II dengan Kerajaan Hittite. Pertempuran ini dianggap oleh sejarawan sebagai satu peristiwa penting kerana ia membawa kepada satu perjanjian damai antarabangsa bertulis yang tertua di dunia. Salinan perjanjian damai itu pada hari ini ada disimpan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.
Menurut sejarawan, keunikan tamadun bangsa Hittite ini bukanlah terletak pada binaannya seperti piramid di Mesir atau kuil-kuil dan istana maha besar seperti di tamadun Mesopotamian atau Babilon, malah bukan juga teknologi atau inovasi daripada bangsa tersebut seperti bangsa-bangsa kuno di Asia Barat yang lain.
Mereka unik kerana tamadun mereka dapat bertahan dengan adanya kekuatan ketenteraan dan DIPLOMASI antarabangsa. Bangsa Hittite dikelilingi oleh musuh-musuh yang sama hebat seperti yang saya sebutkan tadi terutama orang Mesir dan Assyrian serta bangsa gasar di kawasan pergunungan utara Anatolia. Namun mereka dapat survive selama beratus tahun dan membina satu empayar yang luas. Hal ini mengingatkan saya kepada DIPLOMASI tamadun kita di masa kegemilangan kerajaan Srivijaya dan Melaka.
Sebagaimana bangsa Hittite yang menggunakan kemahiran diplomasi mereka untuk mengelak daripada diserang oleh musuh-musuhnya terutama Mesir, begitu juga dengan kerajaan Srivijaya malah Melaka sendiri. Srivijaya menjalankan diplomasi antarabangsa yang sangat berkesan. Maharaja-Maharaja Srivijaya mengadakan diplomasi dengan bangsa asing seperti Sri Lanka, Chola, Pala, China malah Arab. Srivijaya juga mengadakan hubungan perkahwinan dengan kaum kerabat wilayah bawahannya atau dibawah pengaruhnya seperti hubungan kekerabatan diantara Samara Vijayatungga dengan kerabat diraja Sri Lanka.
Begitu juga dengan Keluarga diraja Hittite yang mengahwinkan putri mereka dengan Firaun Ramses II untuk menguatkan hubungan kekerabatan. Malah ahli sejarah mendapati terdapat lebih kurang 100 surat menyurat diantara Raja Hittite dengan Firaun Mesir yang dimulakan dengan kata-kata abang dan adik, seolah-olah mereka mengaku diri mereka bersaudara. Diplomasi sebegini kita biasa lihat dalam surat-surat raja-raja Melayu.
Tetapi sayang, bangsa Hittite yang kuat dan hebat ini juga pupus dan lenyap dalam sejarah selama 3000 tahun dan hanya menjadi cerita dalam kitab Bible sahaja. Sehinggalah awal 1900 barulah tamadun bangsa ini ditemui semula oleh para Arkeologis yang membuat penggalian di Turki. Namun kita bangsa Melayu masih bernasib baik kerana kita masih wujud dan belum tenggelam dalam sejarah.
Cuma yang tenggelam adalah sejarah bangsa Melayu itu sendiri. Sebab itulah sekarang adalah masanya untuk kita gali semula semua sejarah bangsa kita, supaya kita dapat bangkitkan jati diri kita dan bangun menjadi satu bangsa yang besar tapi kuat, bukan lemah dan longlai bisa disapu dan dipijak oleh bangsa-bangsa lain. Sekian, wallah hua’lam.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih