Normal bagi mana-mana pemerintah memberi layanan baik kepada perwakilan asing yang melawat negara mereka. Tetapi bagi perwakilan asing yang menjadi tetamu Tsar Rusia terutama Peter the Great, ia merupakan sesuatu yang menakutkan. Ini kerana satu-satunya jalan keluar daripada sambutan jamuan yang diadakan para Tsar ini untuk mereka ialah mabuk!

Hal ini amat merungsingkan mana-mana individu yang dihantar ke Rusia sebagai utusan atau duta sesebuah negara. Salah seorang daripadanya ialah seorang bangsawan Itali bernama Raphael Barberini. Sekitar 1564, beliau diminta oleh Ratu Elizabeth I England untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemerintah Rusia ketika itu, Ivan the Terrible (Ivan IV Vasileyich).

Setelah menunaikan amanah Elizabeth I dengan menyerahkan surat kepada baginda, Ivan meraikan Barberini dan ahli rombongannya dengan satu jamuan secara besar-besaran. Dengan jamuan sebegini, ini bermakna mereka perlu meneguk sejumlah besar arak sampai mabuk.

Untuk dapatkan info lanjut tentang Kesatuan Soviet, boleh dapatkan melalui pautan: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Setelah semua merasakan diri mereka mabuk, Barberini dan ahli rombongannya segera berlari keluar dari istana tetapi berdepan kesukaran untuk menaiki kuda mereka. Dengan keadaan malam yang gelap dan tanah berlumpur, situasi ini ibarat malang bertimpa-timpa kepada mereka. Selepas beberapa lama, barulah Barberini dan ahli rombongannya dapat meninggalkan istana dalam keadaan memalukan. Agaknya lepas Tsar Ivan pulih daripada mabuk yang dialami dan tahu apa yang berlaku, pastinya gelagat mereka ini menjadi bahan ketawa di istana.

Mungkin semua menyangka hal ini kerap berlaku. Benar, ia kerap berlaku terutama pada abad ke-15 dan ke-16. Tetapi menjelang abad ke-17, jamuan bersama Tsar hanya akan diadakan sekiranya tetamu yang diraikan ialah figura asing terhormat seperti raja atau bangsawan yang mempunyai hubungan rapat dengannya.

Orang terbaik yang boleh menerangkan jamuan sebegini ialah Andreas Rhode, setiausaha kepada Duta Denmark ke Rusia, Hans Oldeland sekitar tahun 1659. Kebiasaannya, tsar akan menghidangkan tiga jenis minuman iaitu bir, wain dan madu. Kesemua minuman ini diisi dalam bekas-bekas besar yang berbeza sebelum ia diletakkan dalam dewan jamuan. Di atas meja jamuan, hidangan-hidangan disediakan dengan Rheinwein (sejenis arak) dituang dalam gelas-gelas besar tetamu.

Lukisan jamuan seorang Tsar sekitar 1673.

Dengan setiap gelas yang diisi arak sebegini melebihi 120 gram, perkara terakhir yang dimahukan para tetamu ialah mabuk terlalu awal. Selain itu, pastinya tsar juga akan mengajak mereka mengangkat gelas terlebih dahulu bagi meraikan jamuan yang diadakan sebelum minum. Oleh sebab itu, gelas yang mengandungi Rheinwein ini hanya akan disentuh selepas ia disentuh oleh tsar terlebih dahulu.

Ramai tetamu kalau setakat minum sikit buat cukup syarat, patut tak jadi masalah. Tetapi bagi para Tsar termasuk Peter the Great, itu takkan diterima. Bagi diplomat Austria abad ke-17, Augustin von Meyerberg, satu-satunya cara tetamu meninggalkan jamuan tsar ialah dipapah keluar dalam keadaan mabuk. Ini kerana bagi orang Rusia, mabuk dianggap satu tanda penghormatan kepada tuan rumah yang bersusah-payah meraikan tetamu mereka.

Begitupun, tidak semua yang mengikut tradisi ini. Dalam kes Meyerberg, tuan rumahnya yang juga duta Rusia Afanasiy Ordin-Nashchokin tidak mahu membebankan rakan diplomatnya itu dengan adat sebegitu. Tetapi jika anda tamu kepada Tsar, maka diplomat-diplomat Rusia akan memastikan anda mabuk walau dengan apa cara sekalipun.

Bagi para Tsar, ini merupakan cara terbaik untuk menayangkan kekayaan yang dimiliki di hadapan para perwakilan asing. Ini kerana kos sesetengah arak yang diminum termasuk vodka (dipanggil juga sebagai wain roti) amat mahal dengan sesetengahnya dihasilkan oleh kerajaan. Selain itu, ini juga cara untuk memaksa perwakilan asing berlaku jujur dengan baginda semasa jamuan berlangsung. Dalam keadaan mabuk, apa saja maklumat yang diraih amat berharga dan mampu memberi kelebihan dalam sebarang tindakan diplomatik dengan negara-negara luar.

Atas sebab itu, pegawai-pegawai istana akan berusaha memberi minum kepada tetamu yang meninggalkan istana walaupun mereka terlalu mabuk untuk minum. Hal ini amat merungsingkan ramai perwakilan asing sekiranya diberitahu mereka akan ditugaskan di Rusia. Satu cara untuk mengelak ‘pusingan tambahan’ ini ialah pura-pura mabuk atau terlelap. Hanya dengan cara itu, barulah mereka terlepas kerana tuan rumah (baik Tsar atau orang istana) menyangka mereka telah melayan para tamu dengan baik.

Tetapi apa akan berlaku sekiranya si tetamu tidak boleh menghabiskan minuman yang dihidangkan? Hal ini mungkin sukar dipercayai tetapi si tetamu boleh diberi keizinan oleh Tsar atau kerabat diraja Rusia untuk berbuat demikian. Ini berlaku kepada duta Itali, Ambrogio Contarini semasa menjadi tetamu Putera Ivan Vasilevich (sebelum bergelar Tsar). Sebaik menyedari tamunya itu tidak mampu minum suku daripada arak yang dihidangkan, baginda mengizinkan Contarini untuk tidak minum lagi.

Potret Tsar Peter I/Peter the Great

Namun begitu, semua ini tidak boleh mengatasi kegilaan Peter the Great terhadap arak. Dikenali sejak dari muda sebagai pencinta arak dan bertanggungjawab memperkenalkan cukai janggut, gelagat baginda menimbulkan kerungsingan ramai pihak terutama bila mabuk. Sehinggakan pada satu tahap, Peter turut dilabel sebagai anti-gereja berikutan tindakannya mengadakan pembaptisan secara olok-olok menggunakan vodka dalam setiap pesta yang diadakannya.

Kebiasaannya, Peter akan mencabar para tetamu untuk minum 1.25 liter vodka sekali jalan. Kononnya dengan minum sebegitu rupa, ia merupakan tanda taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada baginda. Tetapi jika para tetamu menyangka mereka akan dapat melepaskan diri daripada pesta anjuran Peter dengan mudah, lupakanlah.

Para tetamu akan dibawa ke luar di mana mereka ditugaskan untuk menebang pokok-pokok yang wujud sekitar pesisir pantai istana. Bila dah penat, para tetamu menyangka mereka akan dijamu makanan dan minuman yang enak. Tetapi yang menanti mereka ialah lebih banyak bekas vodka untuk diminum!

Minumlah seberapa banyak pun, Peter tidak akan berpuas hati. Jika ada tetamu yang terlelap, mereka akan dikejutkan dan disuruh minum lagi. Pesta arak anjuran baginda berlanjutan dari malam sampai pagi. Menjelang pagi, mereka ingat lepas pulang ke rumah, tak perlu lagilah teguk arak atas arahan baginda.

Malangnya, pada waktu begini, mereka akan dipanggil kembali ke istana untuk bersarapan dengan Peter. Kalau sarapan biasa termasuk minuman panas, normallah. Tapi vodka lagi?! Itu yang mendorong sesetengah tetamu cuba mencari alasan untuk tidak menghadirinya termasuk pura-pura sakit. Mereka hanya akan menghela nafas lega sekiranya Peter gering selepas minum arak tanpa henti malam sebelumnya. Kalau tak, terpaksalah lari ke mana-mana wilayah berhampiran untuk mengelak situasi ini.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Akibat tabiat buruk Peter ini, ia mengakibatkan pelbagai tragedi semasa pemerintahan baginda. Salah seorang yang terkesan ialah Anna Ioannovna, balu kepada Duke of Courland Friedrich Wilhelm. Pada satu ketika, Wilhelm menghadiri salah satu pesta arak anjuran sepupu isterinya itu. Dalam perjalanan pulang dari St Petersburg, baginda mengalami kemalangan dan mangkat di tempat kejadian. Ramai sejarawan percaya Wilhelm dalam keadaan mabuk selepas cuba bersaing dengan Peter dalam pesta berkenaan.

Tetapi selepas era Peter the Great, barulah ramai perwakilan asing merasa lega jika menghadiri mana-mana jamuan Tsar. Ini kerana baginda merupakan pemerintah terakhir yang minum semberono ini. Sejak itu, semua Tsar/Tsarina Rusia lain termasuk Tsar Nicholas II tidak lagi mengamalkan tradisi yang membawa rebah ini.


Rusia dari dulu tidak terlepas daripada pemimpin yang berkuasa secara mutlak. Maka bagi sesiapa yang meminati sejarah Rusia, kalian boleh beli buku ini: https://shopee.com.my/The-Patriots-Putin-Tsar-Moden-Rusia-i.238336777.17912981320

RUJUKAN

Manaev, G. (2022, 6 Julai). How Russian tsars used to get foreign envoys blind drunk. RBTH.

Sharma, S. (2017, 11 Jun). Peter the Great: The Tsar You’d Never Want to Say Cheers With. News18.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply