Selama bertahun-tahun, kita sangka dinosaur merupakan spesies reptilia berdarah sejuk. Tetapi semua itu berubah menerusi satu dapatan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature baru-baru ini. Siapa sangka, dinosaur juga berdarah panas seperti mamalia dan burung.

Sebelum ini, pengkaji dinosaur mendakwa haiwan tersebut berdarah sejuk sama seperti reptilia moden lain. Malah, nama dinosaur itu sendiri dalam Bahasa Yunani bermaksud cicak teruk – reptilia berskala besar, bergerak perlahan dan bergantung kepada haba persekitaran. Tetapi sejak itu, lebih banyak penemuan dibuat termasuk hakikat bahawa nenek moyang burung ialah dinosaur. Ini menyebabkan teori dinosaur haiwan berdarah sejuk mula dicabar dan diperdebatkan.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Salah satu dapatan yang mencabar teori ini ialah penemuan fosil dinosaur di kawasan Bulatan Antartika. Disebabkan kawasan itu mengalami kegelapan selama berbulan-bulan, dinosaur yang tinggal di situ perlu mempunyai keupayaan membekalkan haba kepada tubuhnya sendiri.

Justeru, bagi menjawab persoalan ini, sekumpulan penyelidik dari Universiti Yale diketuai Dr. Jasmina Wiemann mengkaji kadar metabolik dinosaur menerusi fosil-fosil yang ada. Sebelum ini, agak sukar mengetahui penanda metabolik kerana saintis masih belum memahami bagaimana proses pemfosilan memberi kesan kepada mineral-mineral dalam tulang. Tetapi ia boleh dicapai apabila sisa pernafasan yang stabil telah difosilkan.

Bagi membuat perbandingan antara dinosaur dengan spesies-spesies haiwan hari ini, 55 sampel tulang femur haiwan berbeza diambil bagi mencari penanda molekular sisa pernafasan setiap haiwan. Antara contoh sampel femur haiwan yang diambil ialah burung-burung moden, mamalia, cicak, plesiosaurus dan pterosaurus. Dari situ, Dr Wiemann dan rakan-rakan penyelidiknya boleh menentukan skala kadar metabolik sisa pernafasan haiwan-haiwan yang dipilih.

Tiada siapa menyangka dinosaur maging seperti T. rex rupanya berdarah panas.

Analisis mereka mendedahkan sesuatu yang mengejutkan: kebanyakan dinosaur rupanya berdarah panas. Bagi dinosaur seperti Triceratop dan Stegosaurus, kadar metabolik sisa pernafasan mereka sama seperti reptilia moden hari ini. Tetapi selebihnya menunjukkan tingkah laku termokawalatur seperti migrasi bermusim, berjemur di tengah panas atau lebih suka berada di habitat beriklim panas.

Sesetengah dinosaur berdarah panas disebabkan ia merupakan pengguna oksigen yang tinggi seperti T. rex dan Velociraptor. Sementara dinosaur-dinosaur jenis sauropod seperti Diplodicus juga mempunyai ciri haiwan berdarah panas.

Keputusan kajian ini turut membakulsampahkan hipotesis burung dan mamalia terselamat daripada peristiwa kepupusan besar-besaran yang berlaku pada akhir Zaman Cretaceous kerana berdarah panas. Hakikatnya, banyak dinosaur yang pupus dalam peristiwa itu berkongsi ciri sama dengan dua kumpulan spesies haiwan berkenaan.

Kajian ini dianggap penting kerana manusiawi kini berada pada era kepupusan besar-besaran yang keenam. Tambah Dr Wiemann lagi, dengan memahami fisiologi haiwan yang telah pupus dan moden bertindak balas terhadap perubahan iklim dan gangguan persekitaran, ia membantu manusia merancang tindakan seterusnya pada masa hadapan. Ini termasuk bagaimana untuk memelihara dan memulihara biodiversiti sambil mendepani cabaran perubahan iklim hari ini.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Luntz, S. (2022, 25 Mei). T-Rex Was A Hot-Blooded Hunter, But Some Dinosaurs Needed To Soak Up The Sun’s Heat. IFLScience.

Koumoundouros, T. (2022, 29 Mei). Dinosaurs’ Last Ancient Breaths May Finally Answer a Long-Standing Mystery. Science Alert.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply