Dinasti Sui mungkin tidaklah berdiri begitu lama. Namun, dinasti diraja ini memberikan kesan yang cukup signifikan terhadap kebudayaan China setelah lama memori seputar para pemerintahnya sirna. Rakyat jelata menyikapi tindakan-tindakan dua orang maharaja yang memerintah dinasti ini dengan sokongan dan juga penentangan.
Sebahagian daripada projek yang dilaksanakan oleh para pemerintah Dinasti Sui kekal wujud sehingga kini sekaligus membolehkan para pelancong dan rakyat negara China sendiri mengingati detik-detik yang berlalu sepanjang berdirinya dinasti ini.
Dinasti Sui diasaskan oleh Yang Jian (juga dikenali sebagai Maharaja Wen dari Dinasti Sui), pada tahun 581 Masehi. Sebelum Dinasti Sui ditubuhkan, China melalui sebuah zaman yang dikenali sebagai zaman Dinasti-Dinasti Utara dan Selatan, di mana pada waktu ini, negara tersebut terbahagi kepada beberapa buah negara berbeza.
Maharaja Wen pada asalnya adalah seorang pegawai yang berkhidmat untuk Dinasti Zhou Utara, dinasti yang memerintah hampir kesemua wilayah utara China dan memusatkan kuasanya di Chang’an. Yang Jian merupakan seorang panglima yang berbakat dan kuasa serta pengaruh beliau semakin meningkat apabila puterinya dikahwini oleh pewaris takhta Dinasti Zhou Utara, iaitu Yuwen Yu (yang kelak menjadi Maharaja Xuan dari Dinasti Zhou Utara)
MAHARAJA WEN MENUMPAHKAN PERHATIAN KE WILAYAH SELATAN
Menantu lelaki Yang Jian iaitu Maharaja Xuan dicatatkan sebagai seorang pemerintah yang bersikap acuh tidak acuh. Pada tahun 579M, iaitu hanya setahun setelah beliau ditabalkan sebagai maharaja, Maharaja Xuan turun takhta dan menyerahkan kuasa kepada puteranya, Yuwen Yan yang baru berusia 6 tahun.
Yuwen Yan memakai gelaran Maharaja Jing dari Zhou Tara. Maharaja Xuan mangkat pada tahun 580M dan hal ini membuka peluang buat Yang Jian untuk merampas kuasa dengan bertindak menjadi pemangku maharaja baru (Maharaja Jing). Pada tahun berikutnya, Yang Jian mula mengatur rancangan untuk mer4mpas kuasa, mengambil alih takhta untuk dirinya sendiri dan seterusnya menubuhkan Dinasti Sui.
Walaupun Dinasti Zhou Utara menguasai bahagian utara China, wilayah-wilayah selatan negara itu diperintah oleh Dinasti Chen. Setelah selesai menjamin kedudukannya sebagai maharaja dengan membvnuh 59 orang kerabat diraja Zhou Utara, Maharaja Wen mengalihkan perhatiannya ke selatan.
Dengan hasrat untuk menaklvki wilayah-wilayah selatan, Maharaja Wen menghimpunkan bala t3ntera bersaiz gergasi yang jumlahnya mencecah setengah juta orang. Begitu juga dengan armada perang yang besar saiznya. Sepanjang berlayar menuruni Sungai Yangzte, angkatan t3ntera Sui dengan mudah menangani sebarang penentangan yang dihadapi dan dalam masa tiga bulan, ibu kota Chen yang terletak di Jiankang berjaya ditawan. Lantaran itu pada tahun 589M, China sekali lagi disatukan di bawah sebuah pemerintahan tunggal.
PENCAPAIAN-PENCAPAIAN DINASTI SUI
Walaupun Dinasti Sui hanya berdiri bermula dari tahun 581M sehingga 618M, banyak sumbangan signfikan yang diberikan olehnya terhadpa sejarah China. Misalnya, banyak projek pembinaan dimulakan di zaman pemerintahan dinasti ini. Projek pembinaan yang paling penting adalah pembinaan Terusan Besar. Projek mega ini dilaksanakan oleh Maharaja Yang, maharaja kedua bagi dinasti ini.
Terusan ini menghubungkan Sungai Kuning dengan Sungai Yangzte. Ia memainkan peranan yang sangat penting di zaman dinasti-dinasti terkemudian, seperti Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, dinasti yang mengubah laluannya ke ibu kota mereka, Beijing.
Apapun, dengan besarnya kos bagi menjalankan projek ini di samping hakikat bahawa ia dibina dengan menggunakan tenaga bvruh p4ksa, pembinaan Terusan Besar yang dilaksanakan oleh maharaja ini kurang disenangi oleh rakyat jelata.
Selain itu, dinasti juga melaksanakan beberapa pembaharuan dalam struktur pentadbirannya. Sebagai contoh, Sistem Lapangan Samarata yang diperkenalkan sekitar sekurun sebelum itu disebarluaskan ke seluruh China pada tahun 582M di zaman pemerintahan Dinasti Sui.
Sistem ini bertujuan melindungi petani-petani kecil daripada pemilik-pemilik tanah yang mempunyai kuasa yang besar, dengan kaedah memperuntukkan sebidang tanah kepada petani kecil di mana petani ini perlu mengerjakan tanah tersebut sepanjang usia bekerjanya. Apabila petani tersebut bersara ataupun meninggal dunia, pihak kerajaan akan mengambil semula tanah itu dan meninggalkan sebahagian kecil daripadanya untuk diwarisi oleh zuriat petani itu tadi. Sistem ini sangat masyhur hinggakan ia turut diamalkan oleh dinasti seterusnya, iaitu Dinasti Tang.
KEMPEN-KEMPEN KET3NTERAAN DAN KETUMBANGAN DINASTI SUI
Dinasti Sui juga memahat memorinya menerusi kempen-kempen ket3nteraan yang dilancarkan ke atas wilayah-wilayah jiran. Di wilayah selatan, Sui memer4ngi pasukan t3ntera Vietnam dan berjaya meluaskan penguasaan China ke atas Annam di utara dan Champa di selatan negara itu.
Sementara itu, pencapaian pasukan t3ntera Sui tidak begitu memberangsangkan dalam kempen mem3rangi Kerajaan Goguryeo di Korea. Mereka melancarkan ser4ngan sebanyak tiga kali, namun setiap satunya berjaya dipatahkan oleh pasukan t3ntera Korea.
Kegagalan kempen ket3nteraan ke atas Goguryeo merupakan faktor utama yang menyumbang kepada ketumbangan Dinasti Sui. Pemberontakan mula tercetus pada tahun 613M dan berlanjutan sehingga 618M, tahun di mana Maharaja Yang terbvnuh dalam sebuah kejadian ramp4san kuasa.
Walaupun maharaja Sui yang baru, iaitu Maharaja Gong diangkat oleh Li Yuan (pengasas Dinasti Tang) sebagai maharaja pada tahun 617M, beliau tidak lain tidak bukan hanyalah maharaja boneka dan kuasanya hanya diperakui di kawasan-kawasan yang berada di bawah kawalan langsung Li Yuan. Selepas Maharaja Yang mangkat pada tahun 618M, Maharaja Gong menyerahkan takhta kepada Li Yuan yang kemudiannya menubuhkan Dinasti Tang.
TERJEMAHAN:
Wu Mingren. (25 Mei 2018). The Sui Dynasty: 37 Years, Two Emperors and One Grand Canal. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-important-events/sui-dynasty-emperors-grand-canal-0010102
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih