Sepanjang lebih 2000 tahun sejarah ketamadunan China berdiri, terdapat begitu banyak kerajaan yang memiliki nama yang serupa, ini menyukarkan proses kajian sejarah. Namun secara umumnya sejarawan biasanya akan membezakan mereka menggunakan perbezaan kata waktu seperti “Dinasti Jin Akhir”, nama keluarga seperti Dinasti Zhao-Song, Liu-Song, Cao-Wei, lokasi ibu kota seperti Dinasti Han Barat, Dinasti Han Timur, dan ada beberapa lagi cara lain untuk membezakannya.
Terdapat sangat banyak dinasti China dalam sejarah yang memiliki nama yang serupa, contohnya Dinasti Jin, sebutan dan ejaannya memang sama iaitu “Jin”. Tetapi ada juga dua perkataan “Jin” yang berbeza mengikut homofon. Bukan hanya ada dua dinasti sahaja. Jadi dibawah ini disertakan sedikit ringkasan mengenai jatuh dan bangun dua buah empayar yang memiliki nama serupa tetapi dari bangsa yang berbeza iaitu Dinasti Jin.
Dinasti Jin (265–420) atau Liang Jin/Jìn Cháo, adalah salah satu dinasti yang pada awal kebangkitannya sangat megah, berikutan diasaskan oleh klan Sima dan menundukkan bekas majikan mereka sendiri iaitu klan Cao (Empayar Wei), namun tidak banyak pencapaian sepanjang tempoh yang berlangsung antara tahun 265 dan 420 Masehi.
Dinasti ini merupakan sebahagian daripada tempoh “Zaman Perpecahan China” (220-589M). Dalam Dinasti Jin terdapat dua bahagian utama dalam catatan sejarah, yang pertama adalah Dinasti Jin Barat dan meneruskan kesinambungan mereka adalah Dinasti Jin Timur.
Oleh itu, kedua-duanya dikenali secara kolektif oleh sejarawan sebagai “Liang Jin” atau “Sima Jin” untuk membezakan dinasti ini dari dinasti lain yang menggunakan nama dari karakter sebutan Cina yang sama seperti Dinasti Jin Akhir (juga dikenali sebagai Dinasti Jin Agung).
Keluarga Sima pada awalnya tidak ubah sekadar berkhidmat sebagai hamba yang dilantik dalam pelbagai jawatan kerajaan sejak era Cao Cao mendominasi Dinasti Han Timur melalui Maharaja Xian (Liu Xie) yang dijadikan boneka. Malahan Cao Cao telah melantik Sima Yi (datuk kepada pengasas Dinasti Jin) sebagai guru kepada anaknya sendiri.
Sehinggalah selepas Cao Cao meninggal dunia, anaknya Cao Pi mewarisi kuasa dan menggulingkan Dinasti Han Timur sebelum menubuhkan Empayar Cao-Wei (Dinasti Wei). Sejak itu, ahli keluarga Sima terus berkhidmat untuk kerabat diraja Cao-Wei selama beberapa generasi.
Tetapi pengaruh dan kekuatan klan Sima bertambah besar setelah insiden di makam Gaoping pada tahun 249. Pada tahun 263, Sima Zhao menyatukan negara Shu dan menawan Maharaja Liu Shan. Pada tahun 264, Zhong Hui melancarkan pemberontakan terhadap Sima Zhao.
Akhirnya pada tahun 265, Sima Yan memaksa maharaja Cao Huan dari Empayar Cao-Wei menyerahkan takhta kepadanya, mengakhiri era Dinasti Wei dan menubuhkan Dinasti Jin dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Wu.
Dinasti telah bertukar sebanyak dua kali tetapi boleh dikatakan, P3r4ng Tiga Kerajaan yang berlangsung semenjak era Dinasti Han Timur masih belum berakhir kerana ketiga-tiga (Wei, Wu, Shu) masih belum disatukan, pada titik ini, hanya tinggal kerajaan Wu sahaja yang masih bertahan.
Pada tahun 280, Dinasti Jin akhirnya menakluki negara Wu Timur dan menyatukan seluruh China, tetapi konflik dalaman, korupsi, dan pergolakan politik dengan cepat melemahkan dinasti, dan penyatuan itu hanya berlangsung selama sepuluh tahun.
Setelah maharaja Jin kedua menaiki takhta, Maharaja Hui, ramai para putera diraja cuba merebut kuasa dalam P3r4ng Lapan Putera yang dahsyat. Pemberontakan Wu Hu pula menyusul, di mana sebilangan besar rakyat dan anggota pemerintah yang menjadi pelarian melarikan diri ke arah selatan sementara utara dikuasai oleh pelbagai kumpulan nomad.
Ini menandakan berakhirnya kedaulatan Dinasti Jin di bahagian Barat pada tahun 316 setelah hampir semua anggota istana, pegawai diraja dan kerabat diraja Dinasti Jin menjadi pelarian menuju ke wilayah selatan di Sungai Huai, dan memulakan kembali pemerintahan mereka dengan menubuhkan Dinasti Jin Timur dan bermulalah zaman Enam belas Kerajaan.
Sima Rui mendirikan dinasti jin timur di Jiankang pada tahun 317, dengan wilayahnya terbentang di sebahagian besar wilayah selatan China hari ini.
Suku-suku nomad dari utara berterusan meny3r4ng China sepanjang abad ketiga dan keempat Masehi. Pada tahun 304 Liu Yuan, seorang bangsawan suku Xiongnu, mendirikan Kerajaan Han di bahagian barat daya wilayah Shanxi sekarang. Liu Yao menggantikannya dan menukar nama kerajaannya sebagai Kerajaan Mantan Zhao, kemudian memberontak menentang Dinasti Jin.
Pasukannya menguasai Luoyang, ibu kota Jin, dan memaksa Maharaja Jin Yuandi (317-322) untuk memindahkan ibu kotanya ke Jiankang (sekarang Nanjing): oleh itu Dinasti Jin Timur (317-420) bermula di China Tengah dan Selatan. Didorong oleh pemberontakan Xiongnu yang berjaya, empat suku lain, yaitu Di, Jie, Xianbei, dan Qiang, juga menubuhkan negara mereka sendiri.
Pada awal abad kelima, sebanyak 13 negeri kecil telah dibentuk di China Utara oleh lima suku utara. Dalam sejarah China, pendudukan mereka di China Utara disebut sebagai Lima Suku Nomad Membawa China Ke Zaman Kekacauan.
Dinasti Jin/Jinn (1115–1234)
Dinasti Jīn atau dalam bahasa Jurchen sebagai “Anchun Gurun” (Aisin Goro) juga dikenali sebagai dinasti Jurchen atau Dinasti Jurched, diasaskan oleh klan Wanyan dari suku Jurchen, iaitu nenek moyang suku Manchu yang menubuhkan Dinasti Qing selaku dinasti terakhir China sekitar 500 tahun kemudian.
Nama Dinasti Jin versi Jurchen ini kadang-kadang ditulis sebagai “Jinn” untuk membezakannya dengan Dinasti Jìn China yang terdahulu, kerana namanya dieja dengan karakter huruf dan sebutan yang sama. Namun Dinasti Jinn ini lazimnya dikenali sebagai Dinasti Jin Agung.
Dinasti Jin ditubuhkan di wilayah Manchuria utara oleh ketua suku Jurchen bernama Wanyan Aguda pada tahun 1115. Pesaing terawal suku Jurchen adalah Dinasti Liao, yang juga merupakan kerajaan yang ditubuhkan oleh kaum nomad dari suku Turki-Khitan. Dinasti Liao sebelum itu telah menguasai China utara, termasuk Manchuria dan sebahagian dari wilayah Mongol selama beberapa abad.
Pada tahun 1121, suku Jurchen menyertai Perikatan Laut dengan Dinasti Song dan bersetuju untuk bersama-sama berganding bahu meny3r4ng Dinasti Liao.
Namun walaupun tentera Song teruk dibantai Liao, tentera Jurchen berjaya menghalau pemerintah Liao hingga suku Khitan itu terpaksa mendirikan kerajaan baru Kara-khitan/Kara-khanate di Asia Tengah. Kerajaan Kara-khanate inilah yang kemudiannya hampir berjaya menjatuhkan Empayar Turki Seljuk.
Pada tahun 1125, setelah kem4t!an Aguda, Dinasti Jin memutuskan hubungan sekutu dengan Dinasti Song dan meny3r4ng China Utara. Pada 9 Januari 1127, pasukan Jin menjarah kota Kaifeng, ibu kota Dinasti Song Utara, dan menangkap Maharaja Qinzong, bersama ayahnya, Maharaja Huizong, yang telah lari dari takhta dalam keadaan panik ketika menghadapi pasukan Jin.
Setelah kejatuhan Kaifeng, pasukan Song di bawah pimpinan Liu Song yang mengambil alih kuasa terus berjuang selama lebih dari satu dekad menentang pasukan Jin, akhirnya mereka memeterai Perjanjian Shaoxing pada tahun 1141, Dinasti Jin menuntut agar semua tanah Song di utara Sungai Huai diserahkan kepada Jin dan hukuman m4ti terhada Jeneral Song bernama Yue Fei sebagai harga untuk keamanan.
Bermula dari awal abad ke-13 Dinasti Jin mula menghadapi tekanan Mongol dari utara. Genghis Khan dalam kempeb pertamanya mengetuai tentera Mongol ke wilayah Xia Barat (Tangut) pada tahun 1205 dan melenyapkan kerajaan itu dari peta dunia empat tahun kemudian.
Pada tahun 1211, kira-kira 50,000 askar Mongol berkuda meny3r4ng Dinasti Jin dan mula menyerap askar pemberontak dari suku-suku Turkik, Khitan dan Jurchen. Tentera Jin memiliki setengah juta orang dengan 150,000 pasukan berkuda tetapi mereka meninggalkan Datong “ibu kota barat”.
Pada tahun berikutnya, Mongol mara ke utara dan menjarah “ibu kota timur” Jin, dan pada tahun 1213 mereka mengepung “ibu kota pusat”, Zhongdu (Beijing). Pada tahun 1214, Dinasti Jin memeterai perjanjian damai yang memalukan tetapi berjaya mengambil kembali ibukota mereka.
Beberapa abad berlalu, setelah penaklukan Mongol, kejatuhan Dinasti Yuan dan kebangkitan Dinasti Ming, ketua suku Jurchen ketika itu yang bernama Nurhaci telah menggabungkan tiga suku Jurchen dan menubuhkan kembali Dinasti Jin yang dikenali sebagai Dinasti Jin Akhir (1616–1636).
Anak lelaki dan pewaris kuasa Nurhaci yang kelapan, Hong Tàijí, kemudian mengubah nama bangsanya dari Jurchen menjadi bangsa Manchu pada tahun 1635. Pada tahun berikutnya, dia menukar nama Dinasti Jin Akhir kepada Dinasti Qing pada tahun 1636. Inilah kerajaan feudal China yang terakhir tetapi bukan diperintah oleh bangsa Han. Mereka digulingkan oleh pemberontak nasionalis melalui Revolusi Xinhai dan digantikan oleh Republik China.
Hari ini, berbeza pula ceritanya tetapi masih berdasarkan tradisi yang sama iaitu berkongsi nama. Hingga ke saat ini terdapat dua buah negara yang masing-masing membawa nama negara “China” dan saling menuntut hak keabsahan bagi pihak masing-masing sebagai pembawa nama sebenar, dua negara ini ialah Republik Rakyat China yang diperintah Komunis di tanah besar dan Republik China yang diperintah Nasionalis di pulau Taiwan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih