Qin, adalah sebuah empayar yang menyatukan seluruh China. Selepas 200 tahun era di mana negara-negara kota di China saling berperang antara satu sama lain tamat di bawah penyatuan Yin Zheng atau nama maharajanya iaitu Qin Shi Huangdi. Dinasti Qin berdiri menaungi sebuah tamadun yang paling terpencil dikelilingi oleh hutan tebal di bahagian selatan dan banjaran Tibet di kelilingnya.

Namun, tidak lama kebangkitan Qin kerana sebaik sahaja Qin Shi Huangdi mati, maka bermulalah episod China kembali ke kancah perang saudara. Salah satu watak yang ditakdirkan untuk menyelamatkan China kembali adalah Liu Bang dan Xiang Yu. Dipendekkan cerita, ketika itu bangkitlah sebuah Kerajaan Chu yang cuba menuntut keadilan selepas penindasan demi penindasan oleh Shi Huangdi. Selepas beberapa kali berperang dengan Qin, maka Chu pun makin kuat dan dua orang tokoh yang menaikkan Chu ialah Xiang Yu dan Liu Bang.

Demi meneruskan kemenangan Chu menenatang Qin, maka Raja Chu ketika itu, Raja Huai telah mengisytiharkan siapa yang sampai dulu dan menawan Kota Xiang Yang (pusat pemerintahan Qin) maka dia akan dianugerahkan kawasan Central Plains di China yang kaya raya. Liu Bang yang ketika masih berada di dalam Chu serta Xiang Yu adalah dua general yang diperintahkan oleh Raja Chu ketika itu.

“Sesiapa yang berjaya menawan pusat pemerintahan Qin iaitu Xiang Liang maka beta akan hadiahkannya kawasan di tengah China yang penuh dengan kekayaan.”

Maka ketika itu, berlumbalah Liu Bang dan Xiang Yu untuk ke Tengah China. Setiap seorang daripada mereka diminta untuk mengambil undian laluan yang manakah yang akan dipilih untuk ke Xiang Yang daripada Negara Chu.

Liu Bang bernasib baik apabila mendapat laluan timur yang lebih senang berbanding dengan Xiang Yu yang mendapat laluan barat yang berliku. Pada asalnya, kedua-dua tokoh dalam sejarah ini adalah sahabat baik bahkan mereka telah bersumpah setia mahu kekal bersama walaupun sesiapa yang menawan Kota Xiang Yang.

Namun, apabila Liu Bang telah sampai dahulu ke Liu Bang, dan Xiang Yu terlambat. Di sinilah api mula bercambah antara sahabat dunia akhirat ini. Apabila Xiang Yu menyedari bahawa dia mula kalah, maka ketika itulah perasaan tidak puas hati lahir dari jiwanya.

Pada detik 207 S.M menyaksikan askar yang dipimpin oleh Liu Bang berjaya menawan Laluan Wu dan sekaligus menguasai Guangzhong dan ibu negara Qin iaitu Xiang Yang, Mahajara terakhir Qin ketika itu akhirnya menyerah diri kepada Liu Bang.

Pengkhianat yang ada di dalam pasukan Liu Bang, Cao Wushan ketika itu telah mengantar mesej secara diam-diam kepada Xiang Yu melaporkan bahawa Liu Bang telah mengisyitiharkan dirinya sebagai “Raja Guangzhong” berdasarkan janji daripada Raja Huai II daripada Chu bahawa sesiapa yang berjaya menawan Xiang Yang, maka dialah pemilik sebenar Tengah China, atau Guangzhong. Cao Wushang juga telah mengatakan kepada Xiang Yu bahawa Liu Bang telah merampas segala harta kekayaan Xiang Yang dan mengatakan bahawa ianya adalah miliknya. Xaing Yu yang pana baran mula bengang mendengarkan khabar berita itu.

Fan Zheng, penasihat kepada Xiang Yu yang sebenarnya telah lama mendapat daripada pemerhatiannya pada ilmu astrologi bahawa Liu Bang akan jadi pesaing utama kepada Empayar Qin telah memujuk Xiang Yu untuk membunuh Liu Bang meski suatu masa dahulu mereka pernah bersumpah untuk menjadi adik beradik dan saling meminum darah masing-masing sebagai simbolik mereka sudah menjadi adik beradik.

Pada asalnya Xiang Yu menolak kerana menganggap Liu Bang seperti adik sendiri. Tetapi selepas dipujuk oleh Fan Zheng, penasihat kepada Xiang Yu, akhirnya Xiang Yu terpaksa akur demi menyatukan seluruh China di bawahnya.

Maka, Xiang Yu pun mengadakan sebuah jamuan yang konon-konon mahu meraikan kejayaan Liu Bang menawan Xiangyang. Liu Bang yang tidak mempunyai prasangka apa-apa memandangkan Xiang Yu adalah sahabatnya pun menghadirkan diri di majlis ini.

Mujurlah ketika itu, pakcik kepada Xiang Yu iaitu Xiang Bo yang merupakan sahabat baik kepada Zhang Liang, penasihat untuk Liu Bang telah memaklumkan kepada Zhang Liang. Zhang Liang sempat menasihatkan Liu Bang untuk meminta tolong Xiang Bo dalam hal ini.

Jamuan Maut Di Gerbang Hong

Liu Bang datang ke jamuan di Gerbang Hong sambil membawa 100 orang askar bersamanya. Liu Bang dengan rendah hati mengatakan bahawa kejayaannya menawan Xiangyang adalah sekadar nasib baik dan meminta maaf merampas kejayaan yang seharusnya dilakarkan oleh Xiang Yu.

Ketika jamuan berlangsung, beberapa kali Fan Zheng memberi isyarat kepada Xiang Yu supaya membunuh Liu Bang yang sedang asyik makan namun semuanya tidak diendahkan oleh Xiang Yu yang masih ada ras abersalah di hatinya.

Fan Zheng ketika itu kemudian meemanggil sepupu Xiang Yang iaitu Xiang Zhuang untuk melakukan tarian pedang dengan niat untuk mencari peluang membunuh Liu Bang, Xiang Bo ketika itu pula menyedari sesuatu yang buruk akan berlaku menawarkan diri untuk menyertai jamuan itu dan setiap kali lembing Xiang Zhuang hampir sahaja menusuk tubuh Liu Bang, Xiang Bo akan berada di situ melindungi Liu Bang.

Zhang Liang pula menyedari apa yang cuba disampaikan oleh Fan Zheng lantas meminta kebenaran untuk keluar sebentar daripada jamuan itu atas sebab tertentu tetapi sebaliknya pergi mencari jeneral perang Liu Bang, iaitu Fan Kuai untuk datang menyelamatkan Liu Bang.

Fan Kuai pula sebaik sahaja mendengar apa yang berlaku telah menyerbu ke dalam jamuan dengan pakaian perang lengkap dan ianya telah membuatkan Xiang Yu kagum lalu mengatakan bahawa Fan Kuai adalah seorang jeneral perang yang berani.

Fan Kuai kemudiannya kononnya mabuk meredah masuk ke dalam kawasan khemah yang menjadi tempat jamuan itu dibuat. Ucapan Fan Kuai ketika itu masih kemas tercatat dalam sejarah:

“Aku tidak pernah langsung gentar akan kematian! Secawan wain cukup untuk aku! Raja Qin yang kita kalahkan dahulu punya hati laksana harimau dan serigala. Dia membunuh orang yang tidak terkira banyaknya. Semuanya dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Semua! Ingatlah bahawa Raja Huai pernah berkata kepada kita siapa yang memasuki Xian Yang terawal, dialah yang akan dilantik sebagai raja bila Kerajaan Chu naik nanti! Tetapi Liu Bang tetap mengingati kamu! Ketika askarnya sampai ke Xian Yang, dia mengingati hubungannya dengan kamu! Maka selepas memasuki Xiang Yang, dia tidak menyentuh nyawa yang tidak berdosa dan mengubah askarnya jauh daripada Xiang Yang ke Bashang.

Perlulah diketahui bahawa Liu Bang meletakkan askar ke laluan masuk ke Xian Yang adalah kerana mahu menjaga kawasan ini daripada perompak-perompak yang selalu mengganas! Ketahuilah bahawa Liu Bang telah banyak berjasa, namun tak pernah dia meminta sebarang ganjaran pun. Tetapi, hanya kerana mendengar khabar angin daripada pengkhianat macam Cao Wushang, kamu mahu membunuh orang yang dah banyak berjasa?

Xiang Yu, ketahuilah anda sedang mengulangi apa yang dilakukan oleh Raja Qin pertama!”

Xiang Yu yang mendengar kata-kata Fan Kuai itu memuji keberanian dan menjemput Fan Kuai untuk menyertai sekali jamuan itu.

Selepas ucapan itu, Liu Bang mengatakan bahawa dia ada hal untuk diselesaikan sekaligus menjadikan alasannya untuk meninggalkan jamuan itu. Peluang itu digunakan oleh Liu Bang untuk melarikan diri sambil Zhang Liang dihantar berjumpa dengan Xiang Yu untuk mengatakan Liu Bang terlalu mabuk untuk hadirkan diri. Maka terselamatlah Liu Bang daripada dibunuh!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply