Sejarah kehadiran Islam di India memperlihatkan kedudukannya yang unik. India digelar ‘Tanah Seribu Agama’ yang menjadi tanah suci bagi agama Hindu, Buddha, Kristian, Jaina dan Sikh.

Berdasarkan hal ini menunjukkan sejarah Islam di India dikelilingi elemen bukan Islam yang kuat selain pengaruh Hinduism yang sebati dalam struktur masyarakat di India.

Melihat keadaan ini maka tidak hairan penerimaan masyarakat India terhadap agama-agama selain Islam mendapat sambutan di hati penduduk India disebabkan pertapakan agama-agama tersebut sudah lama berpasak di Tanah India sejak sekian lama menjangkau ratusan tahun sebelum kedatangan Islam lagi.

Agama Hindu misalnya telah mengubah corak sistem sosial penduduk India yang berpegang kepada agama ini meskipun sistem kasta dilihat menjadi punca utama perpecahan dalam masyarakat.

PERKEMBANGAN AWAL ISLAM DI INDIA

Penyebaran agama Islam di benua India bukanlah pertama kali berlaku ketika zaman Dinasti Ghaznavid, sebaliknya Islam mula bertapak di India melalui Muhammad bin Qasim semasa pemerintahan Umaiyyah.

Dinasti Umaiyyah di bawah pimpinan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik dinasihatkan oleh al-Hallaj bin Yusuf As-Saqafi untuk menghantar utusan ketenteraan ke wilayah Sind bagi melindungi pedagang Arab ekoran terdapat gangguan daripada kumpulan lanun di perairan Sind.

Selain itu dikatakan pedagang Arab sering diganggu oleh Raja Dhahir. Raja Dhahir merupakan Raja Sindh beragama Hindu dan antara raja terakhir dalam pemerintahan Sindh.

Disebabkan kelemahan pemerintahan beliau, Pemerintah Sindh tidak berupaya mengawal perairan Sindh sekaligus menyebabkan kumpulan lanun bermaharajalela di perairan dan menimbulkan kegusaran di kalangan penduduk tempatan akan keselamatan mereka.

Dalam satu peristiwa kumpulan lanun telah menahan kapal-kapal yang mengandungi sejumlah wanita dan kanak-kanak Islam yang dikirim oleh Raja Sri Lanka kepada al-Hallaj.

Al-Hallaj memohon pada Raja Dahir untuk membantu membebaskan tebusan wanita dan kanak-kanak daripada kumpulan lanun ini, namun Raja Dahir enggan dan menolak untuk memberi kerjasama dengan alasan tindakan lanun tersebut di luar bidangnya.

Namun al-Hallaj tidak berpuas hati dengan keengganan Raja Dahir menyambut tawaran itu lalu beliau menghantar satu ekspedisi ketenteraan ke wilayah Sindh.

Sejak peristiwa ini menjadi titik permulaan peluasan kuasa empayar Islam dan juga gelombal awal perkembangan Islam di India sehingga wilayah Sindh dikuasai oleh Islam sepenuhnya.

Ibukota Karachi di Pakistan sekarang berada dalam wilayah Sind..

Apa yang menarik, ekspedisi ketenteraan yang diketuai Muhammad al-Qasim ini bergerak melalui Qannapur(Panjgur), Armanbela(Lasbela) dan Qanbuli dikatakan laluan sama yang digunakan oleh Iskandar Zulkarnain sewaktu memasuki India.

PENGARUH DINASTI GHAZNAVID DI INDIA

Kerajaan Ghaznavi diasaskan oleh Alptigin pada 997Masihi. Beliau merupakan bekas hamba di zaman Empayar Samanid. Disebabkan kelebihannya Alptigin dilantik menjadi Gabenor di Khurasan pada tahun 956.

Alptigin

Ghaznavi merupakan sebuah empayar berbangsa Turkic yang menempatkan pusat kekuasaanya di Afghanistan.

Dinasti Ghaznavid

Walaupun begitu, pengaruh Ghaznavid di India dilihat satu perkembangan penting yang berlaku secara langsung terhadap perkembangan Islam di India.

Pengaruh orang-orang Turki dan Parsi sedikit sebanyak amat mempengaruhi penyebaran Islam di Benua India lantas menenggelamkan pengaruh Arab.

Apabila Sabuktigin mangkat, Mahmud berjaya menduduki kerajaan Ghazna setelah menewaskan adindanya, Ismail kerana tidak berpuas hati atas pelantikan beliau sebagai pengganti Dinasti Ghaznavi.

Setelah menaiki  takhta Ghazna, Sultan Mahmud Ghaznavi bertindak memperluas kuasa dengan menguasai Baluchistan dan Khurasan.

Sultan Mahmud Ghaznavi

Sejak di zaman ayahandanya, Sabuktigin. Kerajaan Ghazna selalu mendapat tentangan kuat daripada Kerajaan Hindu.

Raja Jaipal iaitu pemerintah Kerajaan Hindushahi yang berpengaruh dari Lamaghan hingga lembah Chenab sering memberi tekanan kepada perluasan kuasa yang dilakukan Sabuktigin.

Beberapa siri pep3rangan pun berlaku dan mengakibatkan kekalahan teruk kepada pihak Jaipal. Kemudian satu perjanjian antara kedua-dua belah pihak telah dipersetujui.

Semenjak kematian Sabuktigin, Mahmud Ghaznavi memang berhasrat untuk menyambung usaha ayahnya untuk mengembangkan syiar Islam di India.

Empayar Ghaznavi

Keazaman Sultan Mahmud dalam usaha ini didorong oleh faktor perkukuhan kuasa dan politik Dinasti Ghaznavi di India.

Apabila memasuki India, Raja-raja Hindu mula menyedari niat Sultan Mahmud yang berhasrat menakluk India.

Kerajaan-kerajaan Hindu mula mengumpul kekuatan sesama mereka dan mewujudkan persepakatan antara Delhi, Ajmir, Kanauj, Kawaliur,Kaligar dan Ujjain.

Namun gabungan bersama ini tidak dapat menyekat kemaraan tentera Mahmud Ghaznavi lalu menewaskan perikatan ini.

Hasil perluasan kuasa yang dilaksanakan oleh Mahmud Ghaznavi sebenarnya memberi impak besar kepada perkembangan Islam di India selain ia bukan saja menjadi satu kuasa politik yang berpangaruh, tetapi perubahan tamadun di Benua India melalui syiar Islam yang banyak mengubah struktur sosial masyarakat India.

Walaupun orang bukan Islam dikenakan cukai Jizyah atas alasan perlindungan yang diberikan kerajaan Islam. namun orang bukan Islam bebas mengamalkan agama dan budaya mereka.

Dengan itu Sejarah Islam di India amat menarik untuk diteliti perkembanganya kerana ia berlaku secara berperingkat melalui pelbagai usaha dari kerajaan Islam, Pedagang Islam mahupun gerakan Sufi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.