Jika pembaca mengikuti penulisan saya sebelum ini mengenai persoalan adakah benar orang Thai ‘menyembah’ raja mereka, dalam penulisan tersebut ada menceritakan tentang perjalanan Raja Taksin dalam usaha baginda menyatupadukan wilayah Siam dan di samping rancangan baginda untuk memulihkan institusi keagamaan.
Tetapi mengenai Chakri amat jarang disentuh walaupun baginda bersama Raja Taksin berjuang menyelamatkan Siam daripada diancam Burma. Malah secara keseluruhan tidak diceritakan sepenuhnya, jadi wajarlah Chakri mendapat ruang yang lebih spesifik untuknya kali ini.
Mengikuti garis masa sejarah Siam. Di segenap sudut Tanah Siam sering bersilih ganti diperintah oleh kerajaan-kerajaan yang mendiami kawasan itu seperti Sukhothai, Ayutthaya, Lan Na, Chiang Mai dan kerajaan-dinasti lainya seperti Suphannaphum, Prasat Thong, Bhan Phlu Luang, Thonburi dan Rattanakosin.
Dinasti Monarki di Thailand pada hari ini masih utuh sejak abad ke-18 dan tidak mengalami nasib seperti dinasti sebelumnya yang telah musnah atas pelbagai faktor, walaupun ada spekulasi mengatakan bahawa Monarki Thai hari ini sedang ‘goyah’ sebab timbul macam-macam kontroversi. Tidak menjaminkan bahawa Monarki itu akan runtuh buat masa sekarang.
Perkembangan Dinasti Chakri
Berbalik pada topik asal, Monarki Thai tidak akan berdiri kukuh sehingga kini jika tiada usaha daripada ‘forefather’ yang berazam untuk menjaga kebajikan dan keselamatan masyarakat Thai pada masa itu dan untuk generasi seterusnya.
Dinasti terakhir (buat masa ini) yang memerintah Thailand pada masa sekarang adalah daripada Dinasti Chakri, dikenali juga sebagai Dinasti Rattanakosin dan Kerajaan Bangkok.
Pengasas Dinasti Chakri, Chao Phraya Chakri kemudiannya dikenali sebagai Rama I, Menaiki takhta secara rasmi pada 6 April 1782 setelah Raja Taksin digulingkan pemberontak. Pada awal pemerintahan Raja Chakri, baginda memindahkan ibu kota Siam ke Bangkok. Ibu kota sebelumnya yang terletak di Thonburi menjadi tempat kediaman rasmi golongan diraja Upparat(bakal raja siam).
Bapanya bernama Thongdee memegang jawatan sebagai kerani bertaraf rendah di Istana Ayudhya. Manakala ibunya merupakan seorang gadis jelita berbangsa Cina,
Ada beberapa persamaan yang ketara di antara Raja Taksin dan Raja Chakri, iaitu masing-masing memegang jawatan rendah di istana Ayudha.
Menurut riwayat rasmi keturunan Dinasti Chakri, Thongdee berketurunan Kosa Pan, iaitu seorang bergelar Phra Khlang yang menjawat sebagai ‘Menteri Luar Negeri’ kepada Raja Narai.
Nama Kosa Pan agak masyur pada ketika itu kerana beliau pernah mengetuai rombongan kedutaan Ayudha ke Istana Raja Louis XIV, Perancis.
Oleh itu, Raja Chakri tetap meneruskan rancangan pemulihan institusi keagamaan seperti yang dicadang dan diusahakan oleh Raja Taksin, baginda sedar bahawa krisis institusi keagamaan disebabkan perpecahan golongan Sami/Sangha mengikut kelompok pro dan kontra Raja Taksin.
Bagi membezakan antara pengikut sami beragama Buddha yang biasa dengan sami yang pro-Taksin boleh diketahui melalui warna pakaian jubah mereka. Sami biasa mengenakan jubah berwarna kuning, manakala sami ‘pro-taksin’ mengenakan jubah berwarna merah. Golongan ini yang berpusat di wilayah Uttaradit, dipimpin oleh seorang sami yang bergelar Chao Phra Fang, tujuan mereka adalah untuk mendirikan sebuah negara berteraskan agama Buddha dengan menyatukan keagamaan melalui pentadbiran dan politik.
Visi Raja Taksin memang sangat mendambakan sebuah negara tanpa mengabaikan seruan agama melalui cara radikal, itu mengakibat konflik antara golongan agamawan.
Kemungkinan besar Taksin masa itu mengambil ‘iktibar’ selepas menyaksikan kemusnahan Ayutthaya, kepercayaan baginda bahawa tindakan raja terdahulu mengundang karma kerana telah mengabaikan ajaran Buddha.
Demi keselamatan dan kestabilan sosiobudaya, Raja Chakri bertindak menamatkan krisis kemerosotan moral yang dipercayai menjadi pokok permasalahan kemerosotan institusi keagamaan.
Selain itu, baginda juga telah bertindak mengarahkan proses menyemak semula dan membetulkan kitab Tripitika.
Raja Chakri & Pembentukan Pemikiran Intelek Masyarakat
Usaha Rama I/Chakri tak terhad dalam bidang keagamaan saja, tetapi merangkumi bidang sosial.
Dalam hal ini, Sejarah dan Sastera menjadi aspek penting bagi menyebarkan pemikiran dan kefahaman sosiopolitik tentang pemimpin terdahulu sesudah kemusnahan Ayutthaya supaya masyarakat dapat menyerap nilai-nilai yang diterangkan melalui tafsiran agama.
Oleh itu, terdapat percubaan terjemahan karya klasik antarabangsa seperti Rachathirat (Khmer), Sam Kok (Cina), Danang dan Inao (Jawa), Jinakalamalipakon(Pali) dan sebahagian karya klasik terkenal Sanskrit, Mahabharata.
Tujuan utamanya adalah memastikan nilai sosiopolitik dan moral pemimpin dapat diserapkan masyarakat Siam tanpa ragu-ragu dan salah faham.
Tidak lupa juga proses peluasan kuasa yang berlaku pada zaman Rama I turut mengesankan wilayah Kerajaan Melayu Patani pada 1785, apabila Siam melancarkan se-rangan dan berjaya men4kluki Patani dan menjadi wilayah tunduk kepada Siam serta diwajibkan menghantar bunga emas kepada Siam.
Pada tahun berikutnya antara 1789-1791 wilayah besar Patani dipecahkan kepada tujuh wilayah; Patani, Saiburi (Teluban), Nongchik, Yaring, Yala, Reman dan Rangae untuk melemahkan orang Melayu. Tak hairan mengapa Rama I diberikan gelaran Maharaja ‘The Great’ sepanjang zaman dalam sejarah Thai.
Kita tak mampu mengubah sejarah, dengan sejarah juga kita dapat mengubah masa depan supaya kesilapan masa lalu dapat diperbaiki serta dapat dielakkan apabila masyarakat sudah sedar akan kepentingannya.
RUJUKAN:
Sejarah Thai Zaman Bangkok 1767-1957 – Kobkua Suwannathat-Pian(DBP)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih