Lembah Beringin, mungkin ada yang pernah dengar mungkin ada yang tak pernah dengar nama tempat ni. Terletak di Hulu Selangor. Jauh dari Lembah Klang. Kalau lalu Lebuhraya PLUS mesti pernah nampak papan tanda Lembah Beringin ni.
Apa je yang ada kat sini?
Terlalu banyak rumah terbiar. Tak kira rumah banglo mahupun teres. Berderet lot-lot kedai yang tak siap. Tinggi dinaiki lalang dan belukar.
Dah kenapa tempat ni terbiar macam ni? Ruginya bila dah buat tapi tak siap.
Kita patah balik masa ekonomi Malaysia berkembang pesat sekitar awal 1990-an. Pemaju-pemaju projek perumahan berpusu-pusu beli tanah dan bangunkan projek mereka.
Apa yang membuatkan Lembah Beringin ni istimewa berbanding tempat lain ialah disinilah khabar angin bertiup kencang mengatakan jangkaan Putrajaya dibina dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan didirikan menggantikan Lapangan Terbang Subang.
Malah kawasan sekitar Lembah Beringin seperti Bukit Beruntung, Sungai Buaya dan Rawang dapat rasa impak ekonominya.
Tapi pelamin anganku musnah apabila Putrajaya dan KLIA dibina di Prang Besar, jauh ke selatan Kuala Lumpur.
Akhirnya pada akhir 1990-an, Krisis Kewangan Asia 1997 melanda Malaysia. Harga hartanah jatuh, syarikat bankrup dan kemelesetan ekonomi dalam sekelip mata.
Kebanyakan rumah-rumah yang sepatutnya siap pada 1998, terbengkalai terus. Pembeli menjadi mangsa keadaan atas janji yang ditabur oleh pemaju. Sehingga kini, Lembah Beringin berada dalam hutan konkrit.
Oleh: Azizul Farhan
___
Tahu tak korang, Korea Selatan turut terpalit dalam Krisis Kewangan Asia 1997. PSYCHOLOGY OF MONEY sedia untuk korang timba ilmu cara untuk korang tak lingkup korang seperti situasi Lembah Beringin.
https://bit.ly/psychologyofmoneypatriots
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih