Baru lepas layan filem Kanang Anak Langkau. Filem yang baik tapi jalan cerita dah boleh diagak dari awal. Sebab cerita ini pun dari kisah benar.

Filem bertemakan ketenteraan ni tak lari jauh dia punya plot dan jalan cerita.

“Hampir kalah – lawan balik – menang”

Leftenan Adnan pun macam tu, Malay Regiment pun macam tu. Bravo 5 special sikit bagi aku, sebab pelakon dia masuk medan tempur pakai nametag.

Tear of the sun pun sama juga. Plot dan jalan cerita macam ni.

Jangan salah faham, aku tak kutuk filem yang mengangkat nilai sejarah perjuangan ni. Bagus untuk pengetahuan dan memupuk nilai patriotisme di kalangan anak muda.

Disebabkan tiga filem di atas tu adalah berdasarkan kisah benar, pengarah pun tak boleh nak ubah atau menokok tambah.

Tapi bila plot dan jalan cerita macam ni terus dijadikan filem, aku malas nak masuk wayang.

Aku masih ulang Act of Valor sebab babak pasukan tu pergi selamatkan tebusan tu hebat. Menonjolkan sisi kehebatan dan kecekapan anggota Navy Seal untuk bertindak dalam keadaan genting. Keputusan untuk junamkan kereta terus dalam air tu menunjukkan anggota pasukan tu mampu berfikir secara kritikal dan rasional dalam keadaan yang kelam kabut.

Aku juga masih ulang 13 hours – secret soldier of Benghazi sebab pertempuran yang power dari atas bumbung bangunan tu. Dan sebab Tanto masuk medan tempur pakai short pant, gila stail.

Filem Mine tu dia tegak jer berdiri 48 jam, pun best juga.  Aku suka cara dia bertindak untuk cuba selamatkan diri walaupun dengan keadaan kaki terikat macam tu.

Filem Paskal bagi aku agak menarik sebab operasi menyelamatkan tebusan dekat pelantar minyak tu belum diguna pakai oleh pengarah-pengarah sebelum ni. Filem ni juga menampilkan sisi kehebatan anggota paskal yang dimiliki oleh Tentera Laut Malaysia.

Filem malaysia berkaitan ketenteraan dan kepolisan kadang-kadang terikat dengan sensitiviti. Kau tak boleh nak ubah satu kisah sejarah pertempuran askar tanah melayu ikut suka, memang kena kecam lah.

Jangan pula kata filem luar tak kisah pasal sensitivi. Micheal Bay kena kecam teruk dengan CIA sebab menonjolkan watak ketua markas CIA tu lambat hantar bantuan dalam filem Secret Soldier Of Benghazi. Tapi tiga orang bekas tentera yang menjadi saksi kejadian tu berada dia belakang Micheal Bay dan team produksi.

Aku pernah berbual dengan seorang member yang menulis skrip filem berkaitan forensik.

“Kita tulis cerita macam ni, jangan sampai penjenayah ambil tiru apa yang kita tulis.”

Aku sendiri pernah cuba tulis novel dengan genre jenayah rompakan. Dalam masa yang sama aku tak mahu orang tiru cara rompakan yang aku tulis. Tapi cerita masih tersangkut lah.

Benchmark aku masa aku cuba tulis novel genre jenayah rompakan ni ialah dari filem Heat, Den of Thieves, The Town dan Going in Sytle.

Filem Going in Style antara yang paling aku suka.

“Show a person with worse eye, and make she cant forget.”

Ayat ni dari babak perbualan Joe dan Garcia. Joe yang jadi saksi rompakan bank beri kenyataan pada polis perompak tu ada lukisan tatoo pahlawan mongol pada leher perompak. Pada akhir filem ni, Joe dapat tahu Garcia sebenarnya ialah perompak tu. Tatoo mongol tu dibuat untuk mencipta kenyataan palsu dari saksi.

Cara dia alibi untuk mengelakan dia menjadi seorang suspek tu cukup hebat.

Bagi aku, antara peristiwa yang sejarah yang patut dilakonkan ialah Battle of Jitra dan pendaratan tentera Jepun di Kota Bharu. Dua peristiwa sejarah ini boleh mengenalkan kepada orang awam pasal persenjataan dan ammunition yang digunakan oleh tentera tanah melayu pada masa tu.

Tak lupa juga Battle of Muar. Peristiwa ni juga penting untuk faham strategi melumpuhkan pergerakan dan kemaraan pihak musuh. Sekurangnya tiga peristiwa ni boleh memberikan informasi kepada orang awam bagaimana tentera Tanah Melayu berjuang.

Jangan kau buat askar pakai M4 sudah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.